#06

10.2K 262 14
                                    

"mummy..mana angah?"tanya Aisya sebaik sahaja mummynya melabuhkan punggung di atas kerusi.

"hmm..angah tu mana nak melekat sangat kat rumah. lepak dengan kawan dia tu la.."balas wanita separuh abad itu. Aisya menganggukkan kepala dan membuat mulut O

kini dia mengalih pandangan ke arah Aidan. Aidan Rafael hanya menundukkan kepala memandang makanan. Aisya mengetap bibir.

aduh, habis la aku lepas ni..

"ha, makan makan..Adik, jangan asyik duk tenung muka Aidan tu lama-lama..lepas kahwin nanti, hang pandang la dia sampai bila pun! makan cepat..sejuk dah makanan tu.." usik Datin

Aisya tersengih kambing. ada pula mummy ni. sekali lagi aku memandang Prof Aidan sebelum menyuap nasi ke dalam mulut. Wah, mati kena telan aku lepas ni. muka dia....tak dapat aku nak terangkan. sorry readers..tapi sangat menyeramkan..

mummy selesai dahulu sebelum kami. "ha, korang makan la ye..mummy naik dulu..borak-borak la..ye?" mummy dengan pantasnya meninggalkan aku dan Prof dingin aku ni sendiri.

sikit gila mummy makan. ni mesti saja ni. tak leh jadi ni, aku kena tinggalkan dia sekarang juga! baru sahaja mahu melangkah pergi, aku di sergah.

"hoi!!"

pergerakan aku terus terberhenti. aku menoleh ke belakang. muka Prof Aidan bengis. "siapa suruh kau pergi dulu?" soalnya sinis. Aku menayang gigi.

"Saya la Prof.." aku mengangkat tangan. "Oh prof, naik dulu eh..sakit perut!" aku Cuba membuat ia menjadi alasan untuk meninggalkan lelaki itu. baru nak angkat langkah, Prof Aidan memanggil namaku.

"Aisya Aqeela!"

aku menelan air liur. "ye saya?" aku membuat senyuman plastik. "aku belum habis dengan kau. sini kau..tunggu aku makan.." panggilnya. Aku rasa, tak payah la nak bantah, sebab...nanti aku yang kena gak.

aku terpaksa aku. Aku berjalan dengan lemahnya ke arah meja makan. Dan bagai seorang kuli, aku di minta untuk membuat semua yang di arah. Cedok nasi, cedok lauk, buat air kopi, cuci pinggan..semua aku la!

dia ni banyak juga makan. habis la..aku dah la tak reti masak. meggi senang di masak lazat di makan reti la. kang silap hari bulan...aku yang dia makan! hiks!

aku menggeleng laju. Apa aku fikir ni? gila. Aidan memandang aku pelik. "kau kenapa?"soalnya. aku menggeleng. "tak ada apa.."

Aidan menghulurkan cawan kopinya. "nah, cuci..cepat sikit..camne nak jadi bini aku kalau lembap macam ni.." kutuknya.

eii...mulut tak ada insuran. sedap dia je kutuk aku! ei, kau tu?! pemalas tahap gaban meletop kebaboom gedebush banggg! hisshh geramnya akuuuu!

"hoi, menung apa lagi? cepat la!!"

dengan bibir yang dimuncungkan, aku bangun dan memukul meja tunjuk protes. Tapi aku tetap ikut arahan dia, ambil cawan tu pergi cuci. dasar lelaki dingin!

"ha..duk ngutuk aku la tu kan.."ujarnya. eiii..suka hati mak nenek aku la nak kutuk ke, caci ke, cuci ke kau tu! hati aku kan.. dah la!

"sayang.. please..your lips..don't make me want to kiss them.."

berderau darah aku mendengar ayat yang keluar dari mulut romantik itu. Inilah Aidan Rafael yang aku kenal, senang berubah cuaca. aku tak faham dengan dia!

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Onde histórias criam vida. Descubra agora