#22

7.7K 194 19
                                    

"sial, laju gila kau bawak! nak mati ke hah?!" jerit Fareez sambil menahan tangan kanan pada kerusi.

"laa.. laju ke?" soal Asyraf lalu terus menekan break.

emergency break -..-

gedebuk! muka Fareez tersembam ke dashboard. Fareez memegang dahinya. nafas di tarik dan di hembus menahan geram. wajahnya mula memerah menahan marah.

Asyraf Azham sudah cuak. dia menelan air liur. apahal aku pandai sangat break emergency?! bodoh!

"woi!! sakai la kau ni!! gila, bodoh!! kau nak kasi aku mati ke sial?! kau fikir ni litar F1?! bongok..mentang-mentang jalan clear kau buat ni macam jalan bapak kau! Sakai!" hambur Fareez. terkejut beruk Asyraf mendengar Fareez mencarut. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

Fareez mengurut dadanya dan membetulkan nafas. "huh..astaghfirullahalazim..kau tau tak, dah berapa lama aku tak mencarut?" soal Fareez dengan nada dingin dan menahan sabar. Asyraf menggeleng laju.

"tiga..tahun.." sambung Fareez sambil memejam matanya. dulu Fareez memang seorang yang kuat mencarut dan bising. tetapi selepas hari pernikahan Aisya tiga tahun lepas, dia berazam tidak mahu mengeluarkan lagi kata-kata kesat itu. Namun..ia sudah kembali.

"aku mencarut kali terakhir..lepas belasah kau tiga tahun lepas.."ujar Fareez lagi.

terus terimbau kembali saat Fareez membelasah Asyraf bila lelaki itu tidak hadir ke majlis pernikahannya dan adik Fareez tiga tahun lepas.

bukk! satu tumbukan padu hinggap di pipi Asyraf Azham. Asyraf hanya rela di perlakukan begitu.

"bodoh! sial! kau tau tak kau beri harapan tinggi pada adik aku bodoh?!" jerit Fareez sambil menarik kolar baju Asyraf. Asyraf hanya menundukkan kepala.

"apasal kau tunduk? apasal kau tunduk Sakai?!"

bush! satu lagi tumbukan mengenai pipi kiri Asyraf pula. Asyraf tersembam ke tanah. Fareez mengusutkan rambutnya.

"argh! kau kenapa sial? apa masalah kau? apahal kau buat benda terkutuk ni hah?!" soal Fareez. gunung berapi sudah meletus. mukanya panas menggelegak.

"Reez.. maafkan aku Reez..aku tak berniat nak sakitkan hati Aisya Reez.."ujar Asyraf sambil memeluk kaki Fareez Daniel.

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz