#31

6.1K 214 27
                                    

Mulai hari ini, aku akan start kerja. Kenapa aku nak bekerja? Sebab aku nak cari rezeki sendiri. Aku nak kumpul duit dan beli rumah sendiri.

"Adik dah siap?" Sapa Along dari daun pintu. Aku mengangguk. "Jom.."

Along menghantar aku ke butik semalam. Alhamdulillah,  rezeki aku..senang sahaja pengurus kedai itu menerima aku.

"Assalamualaikum.." aku memberikan salam. Tidak sampai beberapa saat, seorang wanita keluar dari bilik staff, "Waalaikumussalam.."

Aku tersenyum lalu aku mengapai dan mencium tangannya memandangkan dia lebih berumur dari aku. "Ha, sampai pun Aqeela.." ujar puan Hidayah. Aku tersenyum simpul.

"Okay, hari ni..Aqeela cuma tengok je Hadirah buat kerja macam mana, esok kamu dah boleh kerja ya?" Kata Puan Hidayah. Butik ini hanya diusahakan olehnya dan anaknya,  Hadirah. Katanya dia tidak mahu pekerja lain selain ahli keluarganya tetapi entah bagaimana dia senang sahaja menerima aku.

"Aqeela, sini la!" Panggil Hadirah mesra. Aku terus ke arahnya. " Umur awak berapa?"soalnya. "19.."jawabku. "Oh, awak kena panggil saya kakak ni.." aku berkerut dahi, "akak 23.." sambungnya. "Ohhh..baik akak.." akurku. Setelah itu, kak Hadirah mula mengajarku cara menguruskan butik. Dari segi perlayanan pelanggan, menyusun stok sehingga mengemas butik sebelum pulang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

***

"Abang...jangan tinggalkan saya ya.."

Wanita itu merangkul lenganku. Mukanya samar-samar..tetapi yang pastinya, aku cintakan dia.

"Sayang..kenapa cakap macam ni? Mana ada abang nak tinggalkan sayang.." tuturku. Di situ aku memeluk tubuhnya. Dahinya aku cium dengan penuh  kasih sayang. Apakah perasaan ini? Kenapa aku begitu sayangkan dia? Aku cintakan dia. Tetapi..siapakah wanita ini?

"Abang..sayang rindukan abang.."ujarnya. Lalu air matanya menitis. "Sayang..jangan la menangis.. abang....."

Argh, kepala aku terasa sakit.. "arghhh!!" Terus aku terjaga dari mimpi. Aku terduduk.

"Astaghfirullahalazim.." aku beristighfar. Sakitnya kepala aku.

Siapa wanita itu? Aku bagai dapat rasakan kehangatan dakapannya. Aku dapat rasakan cintanya kepada aku . Aku dapat rasakan yang dia dekat dengan aku.

Rafeqa? Tidak, jauh sekali. Dari bentuk susuk tubuhnya. Lain sekali. Wanita itu lebih kecil berbanding Rafeqa.

" dah la Aidan..mimpi je tu.." aku cuba menenangkan hati aku. Ia berdegup kencang. Engah kenapa,  hati aku terasa ingin mencari siapakah wanita dalam mimpi itu

Ah, sudah la!

***

Hari ni, hari ke-6 aku bekerja di butik ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Penat juga tetapi aku gembira. Layanan keluarga puan Hidayah sangat mesra membuatkan aku selesa di sini.

"Aqeela, fuhh..hari ni ramai betul pelanggan ya?" Ujar kak Hadirah. Aku mengangguk mengiakan kata-katanya,  "betul tu..penat juga ya hari ni.."

Ting! Bunyi loceng pada pintu hadapan menarik perhatian aku dan kak Hadirah. "Ha, tu pelanggan. Aqeela tolong tengokkan ya? Akak nak kemas stok" kata Kak Hadirah. Aku hanya mengangguk. Entah kenapa rasa tidak sedap hati pula.

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now