#13

9.5K 203 14
                                    

sudah dekat seminggu perangai Aisya Aqeela berubah.

masa itu jugalah aku sering di abaikan. ah, tapi aku tak kisah. mungkin ini balasan sebab aku pernah lakukan benda sama terhadap dia.

Aku meraup wajah beberapa kali. "ah..kenapa dengan aku ni?" Aku memandang semula meja kerjaku. banyak lagi dokumen yang perlu aku tanda tangani. Tapi aku leka. apa la daddy akan kata kalau tengok kerja aku macam ni.

aku kembali melakukan kerja yang tergendala akibat lamunanku sebentar tadi.

.
.
.

"Aisya.."panggil Aidan. Aisya hanya membiarkan sahaja panggilan Aidan dan terus menyambung kerjanya di meja belajar.

"Aisya saya panggil ni.." kata Aidan lagi. Namun ia tetap sama, Aisya langsung tidak berpaling. Aidan menghembus keluhan halus.

"Aisya look at me.." Aidan berjalan ke arah Aisya. Bahu Aisya di pegang kemas dari belakang. Aisya segera menepis tangan lelaki itu. Tersentak Aidan dengan perlakuan Aisya.

"Aisya..apa yang saya dah buat?"soal Aidan. Aisya akhirnya memusingkan kepala menatap wajah suaminya.

"awak tak buat apa-apa..so don't worry.." balas Aisya dengan suara mendatar. Aidan tergelak sinis. Jawapan apa tu?

"if I didn't do anything wrong, then why did you keep shut me out?" soal Aidan. Aisya tertunduk sedikit.

"awak, saya penat la..tak ada masa..please jangan kacau saya.." Aisya memalingkan semula kepala menghadap meja belajar. Aidan melipat tangan ke dada.

"yeah, masa untuk suami awak tak ada langsung and you always busy with your things! Aisya..kalau saya ada buat salah just tell me! kita bincang baik baik..bukan macam ni..bukan dengan cara awak abaikan saya..saya masih lagi suami awak,awak kena ingat!" Aidan meninggikan suara. tidak tahan lagi.

"jadi lepaskan saya! kalau awak tak tahan dengan saya lepaskan saya!!" tengking Aisya. Aidan terdiam seribu bahasa. tidak pernah dia terfikir yang Aisya akan mengeluarkan kata kata itu. hati Aidan terguris.

dengan keluhan berat, Aidan berjalan keluar dari bilik mereka dengan wajah ketat.

Aisya menekup muka dengan tapak tangan. dia menangis semahu-mahunya.

Aisya minta maaf..tak pernah terdetik dalam hati Aisya nak abang lepaskan Aisya..sebab Aisya cintakan abang..

***

"Aisya, kau ni biar betul..mummy dengan daddy kau tak risau ke kau ni nak duduk dengan aku? kau dah bagitau ke kau nak stay rumah aku?" tanya Daania. Risau jika tak pasal-pasal kena tuduh culik anak Dato' dengan Datin Sri.

"tak payah la risau sangat..mummy dengan daddy aku faham la tu..macam tak biasa aku lari rumah duduk sini.."balas Aisya selamba. Daania menggigit bibir bawah.

"amboi, mentang-mentang selalu lari sini..kau jadikan rumah aku tempat menumpang sesuka hati kan??"Tanya Daania dengan nada geram. Aisya tersengih kambing.

"ala, boleh la..untuk best friend kau jugak.."pujuk Aisya. Daania memuncung bibir, "dah la..tunggu sekejap..aku nak buat air.." Daania bangun dari sofa dan berjalan ke dapur.

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now