"Ooo.." melopong aku mendengar penjelasan Umar.

"Neneknya setiap hari berpesan, jangan bermain di tali air tu. Bahaya. Banyak pacat. Kadang-kadang ular pun ada."

"Ular? Eeeee.." bergetar badan aku membayangkan ular yang licin dan berkilat. Umar tersengih lagi memandang aku yang kegelian.

"Pada suatu hari, sedang budak tu dok asyik berkubang tiba-tiba dia terasa ada sesuatu benda yang licin lalu di kakinya. Apalagi dia pun menjerit sekuat-kuat hati lari lintang pukang keluar tali air. Tapi dia masih rasa yang benda licin tu masih melekat di kakinya. Apa lagi, semakin laju la dia lari sambil menjerit-jerit panggil nenek dia. Sampai di rumah, nenek dia tanya apa yang bising-bising tu? Apabila nenek dia nampak je muka budak lelaki tu nenek dia terus ketawa terkekek-kekek"

"Kenapa nenek dia ketawa?" aku bertanya.

"Sebab rupa-rupanya ada rumpai melekat dekat seluar dia. Tapi sebab budak tu takut sangat dia tak berhenti check pun terus lari balik rumah.."

Aku tersenyum melihat Umar yang bagai digamit nostalgia bercerita.

'Semenjak hari itu, budak tu pun tak mandi dah dekat tali air lagi. Tamat la ceritanya" Umar memandang aku dengan tersenyum.

"Awak ni nakal jugak ye masa kecik-kecik dulu!"

"Eh siapa kata budak tu saya?" Umar mula tersengih-sengih.

"Kalau bukan awak siapa lagi.." aku menjelingnya dengan mesra.

"Ye, saya memang nakal masa kecil dulu. Penat atuk dan nenek terpaksa melayan karenah saya. Ibu pulak sehari suntuk bekerja jadi memang kerja saya memeningkan kepala atuk dan nenek je la"

"Ibu kerja apa dulu?" aku bertanya. Daripada posisi baring aku bangun duduk mengadap Umar.

"Ibu saya pernah buat macam-macam kerja. Kerja kampung, tolong orang meniaga, ambil upah jahit baju, buat kuih.."

"Ye ke, rajinnya ibu awak" aku teringat akan wajah ibu Umar yang murah dengan senyuman.

"Memang ibu tak boleh duduk diam. Selagi ada kudrat, semua benda dia nak buat." Umar menyambung lagi.

"Tapi mesti seronok kan duduk kampung? Saya ni..kampung pun tak de" kataku dengan nada sedih.

"Ye ke. Jangan risau, nanti bila-bila saya bawak awak balik kampung saya yea" ujar Umar.

"Kampung awak sama tak macam kampung-kampung yang selalu saya tengok dalam cerita Melayu kat TV tu?"

"Macam mana tu?" Umar bertanya.

"Ada sawah bendang, ada sungai, ade itik ayam lembu kambing.." aku cuba mengingat apa lagi perkara-perkara yang selalu dikaitkan dengan kampung.

"Mungkin gambaran kampung awak tu lebih tepat dengan kampung masa saya kecil-kecil dulu. Sekarang ni..kampung saya tak macam dulu lagi" ujar Umar.

"Kenapa?"

"Ye la, sekarang semua orang dah berpindah nak duduk di bandar. Orang-orang muda sudah tidak ramai nak usahakan sawah dan kebun. Orang-orang tua pula semakin lama dah tak ada kudrat lagi. Jadi kebanyakan sawah dan kebun ditinggalkan begitu saja.."

"Ye ke.." tiba-tiba aku rasa kecewa. Angan-angan aku untuk merasai pengalaman hidup di kampung semakin pudar..

"Eh, kenapa Hana sedih?" Umar bertanya apabila melihat wajah aku yang berubah.

"Tak de pape.." aku mengeluarkan ayat biasa perempuan. Biasakan perempuan ni suka benar nak cakap macam ni lepas tu mengharapkan lelaki faham pulak tu..

"Kalau Hana teringin nak tengok suasana kampung, nanti saya bawa Hana ke suatu tempat nak?" Magic la mamat ni, setakat ni memang asyik boleh baca je fikiran aku..

"Tempat kat mana?" aku bertanya dengan nada ceria.

"Adalah..surprise honeymoon kita nanti" kata Umar tiba-tiba.

"Ok!" ujarku girang. Wah..surprise honeymoon kat mana lah agaknya tu..

"Baiklah..selamat malam Puan Hana. Saya tidur di sofa dulu.." kata Umar sambil turun daripada katil.

"Eh, jangan. Awak tidur sini la" dan aku terus turun dan mengambil bantal yang telah Umar susun di sofa dan meletakkan kembali di sebelah bantal aku.

"Baiklah" Umar tersenyum memandang aku. Aku masuk kembali ke dalam comforter dan cuba menenangkan diri aku. Hana, calm yourself down. Kau ni dah jadi isteri orang. Buat gaya macam isteri orang. Aku cuba mengingatkan diri aku yang senang gelabah tak tentu pasal ni.

Umar memadamkan lampu dan baring di sebelah aku. Namun kami dipisahkan oleh bantal peluk yang sengaja aku letak di tengah-tengah.

"Selamat malam Hana. Jangan lupa baca doa tidur ye" ujar Umar.

"Selamat malam Umar. Insha-Allah.."

Dan pada malam itu, pertama kalinya aku tidur di samping suamiku. Perasaan gelabah aku tadi semakin hilang dan diganti dengan perasaan yang aman. Aku mendengar nafas Umar yang berombak tenang. Semakin lama helaan nafasnya menjadi semakin dalam dan aku tau dia sudah pun tidur nyenyak. Bagai diulit dengan helaan nafas Umar, lama-kelamaan mata aku pun menjadi semakin berat dan lena pun datang menjemputku ke alam mimpi bersama-sama Umar di sisi..

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now