45; Court Love

576 45 7
                                    

Jeon Jung Kook as Jung Kook
Lee Eun Bin as You

Sebenarnya ini fanfic lama nad. Dah lama sangat. Selongkar punya selongkar phone ini nad terjumpa fanfic mengarut nih. Kahkah. Serius mengarut. Ayat pun tak berapa nak hebat waktu nih. Time tu watak nad tak guna Jung Kook, tapi nad guna nama original. Ini nad dah edit sikit bagi version abangtan pula. Huhuhu enjoy 💕

--------------

Jeon Jungkook membuka mata. Dahinya berpeluh-peluh melihat keadaan sekeliling. Baru dia ingat, dia berada dalam bilik mahkamah. Mahkamah Cinta yang menentukan siapa yang berjaya menakluk hati Eun Bin.

Tuk! Tuk! Tuk!

Hakim mengetuk tukul kayunya di atas meja. Tanda perbincangan akan bermula.

"Tertuduh bernama Jeon Jung Kook telah di tuduh jatuh cinta dengan Lee Eun Bin. Adakah benar?" Tanya Peguam bela Eun Bin dengan serius.

Peguam Jung Kook bangun lalu bersuara.

"Iya! Dia sudah lama cinta Eun Bin sejak dari pertemuan mereka di cafe harituh. Awak tak tahu ke?" Kata Peguam Jeon Jung Kook dengan sedikit sinis.

Peguam bela Eun Bin mula naik darah. Eun Bin pula hanya menunduk. Dia mangsa dalam perbincangan ini.

"Jika benar dia cintakan Eun Bin kenapa dia tak pernah luahkan perasaannya? Kenapa dia pendamkan? Takut ke? Ke dia tau dia taklah sekacak mana untuk jatuh cinta dengan Eun Bin?" Balas Peguam bela Eun Bin dengan tajam.

Fuhhh! Pedas gilalah ayat Makcik nih! Kalau dia bukan dalam bilik mahkamah ini dah lama dia cili cili mulut makcik nih. Dah lah aku tak dibenarkan bercakap dalam bilik nih. Jung Kook hanya menjeling tajam ke arah Peguam bela Eun Bin.

"Wahai Jung Kook, kenapa kamu tak pernah meluahkan perasaan terhadap Eun Bin? Boleh terangkan?" Tanya Hakim. Haa nih baru betul. Bukan asik dengar Makcik tempayan tuh bercakap.

"Saya sebenarnya malu dan tak bersedia. Jujur Ya arif. Tak ada niat lain" Jung Kook jujur. Dalam hal macam nih malu semua di ketepikan. Dia menarik nafas lalu berkata lagi...

"Kalau Awak semua dah jatuh hati dengan seseorang itu adakah time tu juga awak ngaku? Mestilah tak kan. Apa yang awak semua rasa macam tuhlah yang saya rasa!" Luah Jung Kook. Nah! Puas hati.

Peguam Eun Bin ketawa.

"Hahaha! Jung Kook awak sebagai lelaki patut berterus terang! Bukan malu malu macam kucing! Awak perempuan ke nak malu?"

Sekali lagi Hati Jung Kook membara. Untuk sedetik waktu peguam Jung Kook bangun. Lalu berkata dengan tenang.

"Puan.. kenapa awak bersungguh melarang Jung Kook mencintai Eun Bin? Adakah awak telah diupah oleh seseorang?" Peguam Bela Eun Bin mencebik. Seolah-olah benar seperti yang dikatakan oleh peguam Jung Kook.

"Ya! Dia telah diupah. Dan orang yang mengupah dia adalah aku!" Tae Hyung bersuara. Jung Kook memandang ke arah suara itu. Hm. Mamat nih. Tak habis-habis kacau life aku.

"Aku upah dia sebab aku sayang Eun Bin! Kalau Ya arif nak tau, Jung Kool hanya berpura-pura ada perasaan kat Eun Bin kerana kekayaan yang dimilik oleh Eun Bin"
Muka Jung Kook bagaikan disimbah air longkang. Dia tuduh aku. Perghhh!

"Benar ke Jung Kook!?" Tanya Hakim dengan sedikit marah. Dia memang tegas dalam hati begini.

"Ya Arif izinkan saya membuat pengakuan! Saya memang benar menyayangi Eun Bin. Bukan atas dasar dia kaya atau cantik. Tapi saya cintakan dia kerana perwatakannya . Percayalah!" Jung Kook mula resah. Dia betul betul sayangkan Eun Bin.

"Jadi kenapa tak pernah luahkan?" Tanya Peguam bela Eun Bin. Aish makcik ni lagi! Tak guna betullah Peguam bela Eun Bin nih! Dah cukup nyata aku sayangkan Eun Bin. Kenapa dia masih berkeras?

Jung Kook hanya membatu apabila disoal gitu. Rasanya dia dah jawab soalan seperti itu tadi. Jadi tak perlu dia menjawab soalan bodoh tuh lagi.

"Mangsa bernama Eun Bin, ada apa apa yang awak nak katakan? Selama ini awak ada perasan yang Jung Kook cintakan awak?" Tanya Hakim.

Eun Bin menggeleng kepala tanda 'tak pernah langsung!'

"Bagaimana pula dengan Tae Hyung?"

Eun Bin mengangguk kepala 'yaaa selalu sangat..'

Tae Hyung mula tersenyum. Seolah-olah kemenangan milik dia! Ha Joon mula rasa kecewa. Salah dia juga tak pernah luahkan segalanya. Nah tengok. Segalanya dah terlambat. Pastinya Kemenangan milik Tae Hyung. Jung Kook mengalah. Dia harus terima hakikat Eun Bin cintakan Tae Hyung dan bukannya dia.

"Tapi Ya arif.. saya Percaya Jung Kook cintakan saya dengan seadanya. Dia boleh memberi kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup saya walaupun kami taklah setaraf.. tapi saya yakin. Jadi Hukumlah dia bersama dengan saya seumur hidup" kata Eun Bin dengan lemah lembut dan tersenyum. Mulut Jung Kook terlopong. Macam tak pecaya apa yang baru dikatakan oleh Eun Bin tadi.

Suasana diam seketika. Peguam bela Eun Bin buat muka masam. Manakala Tae Hyung dah lama blah dari mahkamah selepas penerangan Eun Bin tadi.

"Baiklah kalau begitu.. Tertuduh bernama Jeon Jung Kook telah dituduh jatuh cinta dengan mangsa bernama Lee Eun Bin maka dengan ini Jeon Jung Kool awak telah dijatuhkan hukuman hidup bersama dengan Eun Bin seumur hidup"

Tuk! Tuk! Tuk!

Perbincangan tamat.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Jung Kook..." panggil Eun Bin dari arah belakang. Jung Kook sedang menaip cerita barunya terhenti seketika apabila isterinya menegur. Jung Kook tersenyum.

"Awak buat cerita baru ea?"

"Yupp, tajuk dia Court Love"

"Haha asal pelik sangat tajuknya? Tengok jap" Eun Bin merampas Laptop Jung Kook lalu membaca.

"Oppa.. kenapa watak dia nama kita?"
Jung Kook tersenyum lalu mencubit pipi Eun Bin.

"Sebab ini kisah hidup kita. Mencintai Eun Bin umpama dalam mahkamah yang saya yang harus tempuhi demi hukuman bersama seumur hidup dengan Eun Bin.." Jung Kook tersenyum manis.

"Hahaha! Ngarotlah awak nih" kata Eun Bin lalu memeluk Jung Kool dengan erat. Kebahagia menyelinap dalam diri mereka. I Love You Eun Bin!

Tamat.

_____________________________________

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now