23; Paperplane

668 76 5
                                    

Satu kapal terbang kertas mendarat dihadapan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu kapal terbang kertas mendarat dihadapan aku.

Kertas itu jatuh betul betul dibawah kaki aku. Aku merendahkan badan aku untuk mengutip kertas tersebut. Tangan aku membuka lipatan kertas.

"Awak!" satu suara memanggil aku dengan lantang dari belakang. Aku terkejut. Terus niat aku mahu membuka lipatan tersebut terhenti. Lelaki itu datang mendekati aku.

"Itu saya punya. Ada nota didalamnya" seraya lelaki itu menuding jari ke arah tangan aku. Aku menggelabah.

"Oh. Maafkan saya!" lantas aku menghulur kapal terbang kertas tersebut. Aku menundukkan kepalaku tanda meminta maaf.

Apa nasib aku hari ini? Tadi didalam kelas, cukuplah aku dibuli. Ditambah keadaan keluarga aku lagi. Sekarang aku berada di sini untuk membuat rasa sedih.

Tapi.. Ini pula yang aku dapat?

Dia menggeleng sambil menolak huluran aku. Dia tak nak? Aku menggenggam kembali kertas tersebut.

" kenapa awak kat sini?" Soal dia. Aku menolak rambut aku yang panjang sambil menundukkan kepala. Kaki aku menguis guis pasir bagai menerangkan segalanya.

"Saja" jawab aku sepatah.

"Saya Kim Tae Hyung" dia memperkenalkan diri tanpa dipinta. Aku terpapar seketika.

Dia menghulurkan tangan dan aku menyambut. Saat bersentuhan aku dapat rasa ada debar dalam hati.

Terasa seolah dua perasaan bertukar antara satu sama lain. Bagai satu renjatan lantas aku menarik tangan. Suasana kekok menguasai.

Tae Hyung? Nama itu aku simpan kemas dalam ingatan. Aku mengangguk sekali lagi. Tae Hyung senyum tanpa jemu.

"Okaylah. Saya kena pergi. Cheer up okay?" Ucap Tae Hyung dengan kata terakhir seolah mengerti dengan keadaan dan masalah aku sekarang. Langkahnya mula menjauhi aku

Aku sedikit kecewa dan kaget. Terakhir? Aku tidak mahu pertemuan ini berakhir.

"Tae Hyung"

Panggil aku. Tae Hyung menoleh.

"Macam mana kalau kita nak berjumpa sekali lagi?"

"Setiap kali kapal terbang kertas mendarat di hadapan awak, itu bermakna saya ada dekat dengan awak"

Terus Tae Hyung berjalan meninggalkan aku sekali lagi. Aku tersenyum bahagia. Terasa seolah semangat hadir saat aku mula jatuh. Lipatan kertas milik Tae Hyung aku membuka.

Semoga terus bersemangat puteriku.

_

_________

Thank you for keep reading and vote this poor works Bananas! Sorry for long long long time no update (╥_╥) I lap u chomusss! 😭💝

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now