19; Fansign

682 83 10
                                    

Imagine ✨

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Imagine ✨

One day, Abangtan datang Malaysia. Kau punyalah suka sebab kau dah lama nak jumpa dengan Bias kau, Min Yoon Gi. Kau pun belilah tiket konsert mereka dan kau datang ke konsert mereka. Sepanjang kau tengok persembahan diorang kau asik menjerit

"Sugaaaaa! Oppaaaa!" Ulang ulang tanpa kau jemu. Ada satu mata yang memandang kau tapi kau tak perasan. Terus kau menyokong abang abang BTS yang lain juga.

Habis je konsert kau dijemput ke fansign BTS. Horreyyyy! 🎉 waktu di barisan kau memanggil Yoon Gi.

"Sugaa~"

"Sugaa~"

Yoon Gi memandang kau. Kau terpaku dan terdiam seketika. Kau tak menjangka Yoon Gi akan pandang kau. Yoon Gi hadiahkan kau satu senyuman manis. Kau membalas. Hati kau berbunga-bunga. Lalu kau pun berhenti panggil dia sebab kau terasa malu dengan kejadian tadi.

Mata kau melihat pula ahli BTS yang lain sambil memanggil nama mereka. Dalam beberapa minit kau pandang kembali Yoon Gi. Mata Yoon Gi masih memandang kau dan tersenyum pada kau seperti gambar di atas. Kau melarikan pandangan. Namun kau perasan, Yoon Gi asik pandang kau dan senyum. Apabila kau memanggil nama ahli BTS yang lain, Yoon Gi akan buat muka comel supaya kau toleh ke arahnya kembali.

Kini, tibalah giliran kau mendapat autograph dari kesemua ahli Bangtan. Selesai kau mendapat sign dari yang lain sampailah masa kau hadap Yoon Gi. Bias number 1 dalam hati kau. Jantung kau berdegup pantas. Kau hulurkan album dan Yoon Gi menyambut dengan penuh hormat.

"Nama awak siapa?"

Soalan pertama kau terima dari Yoon Gi.

"__(Y/N)__"

"Oh. Umur?"

"XX years old"

"You are so different. I like you"

kata Yoon Gi kepada kau. Kau terkedu seketika. Kau cuba berbual sedikit dengan Yoon Gi untuk menutup rasa malu. Yoon Gi pula terus melayan kau tanpa jemu. Salah seorang pekerja disitu menarik kau tanda masa kau sudah tamat. kau agak kecewa namun kau terasa bahagia dapat berjumpa dengan Yoon Gi.

Kau balik ke rumah. Hati kau, fikiran kau, masih berbunga dengan kejadian tadi. Kali ini kau betul betul angau dengan Yoon Gi.

Kau membuka komputer riba kau. Satu notification mengatakan Yoon Gi memuat naik video special di Youtube. Cepat cepat kau membuka.

"Hello Army in Malaysia. Saya Min Yoon Gi. Saya tahu apa yang cakap ini mungkin mengecewakan sebahagian Army. Namun hati saya kuat memanggil untuk melakukan semua ini.

Hari ini di fansign, saya terjumpa seorang gadis. Dia berbeza. Waktu pertama sekali saya terpandang senyumannya, diri saya terpaku. Dalam setiap saat saya tak boleh fokus dengan Army lain. Mata saya hanya mahu memandangnya sahaja.

Apabila tiba di gilirannya, saya cuba berkenalan dengan dia. Dan dari situ, saya tahu kami tidak boleh menjalinkan hubungan bersama. Kerana kehidupan kami, agama kami, jauh berbeza...

Maafkan saya kerana lupa tentang anda diluar sana Army. Dan untuk gadis itu, jika awak tonton video ini. Saya nak awak tahu, awak tetap dihati saya walaupun kita tak mungkin bersama. Terima kasih untuk senyuman itu"

________________________

Dan ku tidak tahu ini mahu dipanggil Sweet atau sawit ●︿●

Bangtan Imagines | btsМесто, где живут истории. Откройте их для себя