6; Kaca Mata

871 103 6
                                    

Langkah aku ke dewan utama di Hotel dicepatkan. Kaca mata aku yang melorot sedikit dibetulkan. Jam menunjukkan pukul 5 petang dan itu bermakna aku sudah lambat untuk memulakan tugas aku di dewan nanti. Kerja sebagai pengurusan acara memang memerlukan waktu yang tepat.

Majlis itu bermula pada pukul 8 malam. Kata majikan aku, majlis ini penting! Majlis untuk menyambut ulang tahun ke tiga kumpulan penyanyi yang agak terkenal. apa nama kumpulannya Bft? Bff? Ah! Lantaklah. Sudah kebiasaan orang seperti aku sibuk 24jam. Tidak punya masa untuk kenal dengan bintang bintang ini. Yang penting aku harus segera ada di dewan sekarang.

'Kyaaaa!'

Jeritan gadis memanggil nama kumpulan pujaan mereka bergema di luar dewan. Aku mengumam. Belum mula tapi mereka sudah buat kecoh di hadapan dewan.

"V Oppa! Buat aegyo!" Pinta salah seorang dari mereka. Seorang lelaki dihadapan mereka hanya menurut dan membuat muka comel seperti alien sesat di muka bumi. Aku hanya mengerling. Lantas aku menuju ke pintu utama untuk masuk ke dalam.

'Kyaaaaaaa!'

Jeritan mereka semakin mengila tolakan kasar berlaku antara mereka dengan tidak sengaja salah seorang dari mereka menolak aku. Aku rebah terjatuh di atas lantai. Kaca mata yang menghiasi wajah aku terbuka dan jatuh entah kemana.

"Argh!!" Jerit aku kesakitan. Suasana yang gamat tadi sunyi seketika. Mereka hanya melihat aku jatuh tanpa menolong aku untuk bangun semula. Aku mendengus geram lalu meraba raba lantai untuk mencari kaca mata aku.

Krak!

"Eh! Cermin mata siapa ni?" Lelaki yang membuat comel dihadapan mereka tadi mengambil kaca mata yang terdapat di bawah tapak kasutnya. Aku merenung kaca mata aku yang sudah pecah akibat dipijak oleh lelaki itu.

"Oh no! Cermin mata aku!"

✘✘✘

"Erk.. tak boleh ke dia ganti dengan kasi duit terus dan tak payah buat kerja?" Pinta salah seorang kawan kepada Tae Hyung. Aku menggeleng laju. Aku menghentak meja dihadapan aku.

"Saya ada rabun yang agak teruk! Macam mana saya nak buat kerja kalau pandangan saya kabur?! Selagi kerja saya belum siap jangan mimpi dia boleh terlepas!" Marah aku berjela jela. Lelaki di hadapan aku terkedu dan cepat cepat menunduk memohon maaf. Lantas dia melangkah pergi dari situ.

Jin melambaikan tangan ke arah Tae Hyung. "Nasib kau lah V" Tae Hyung mula mengeluh. Huhu, tak pasal pasal Tae Hyung kena buat kerja tanpa gaji disini. Aku mengerah tenaga Tae Hyung untuk membuat itu dan ini. Segala tugas aku 90% Tae Hyung yang melaksanakan tanpa banyak soal.

"Salah tu! Macam ni!"

"Awak masukkan 200 hadiah ini kedalam setiap beg hadiah ini. Cepat!"

"Ambil kain tu, pasang kat sini! Hais, tak reti buat kerja ke?"

Tae Hyung mula mengetap bibir menahan geram dengan aku.

"Tahulah! Awak tak penat ke membebel? Diam sekejap boleh?"

"Siapa suruh awak rosakkan cermin mata saya?" Balas aku. Tae Hyung terdiam dan terus melakukan kerjanya.

Aku tersenyum lebar. Geli pula hati ini. Seronok dapat orang gaji tidak bergaji. Aku melangkah ke stor untuk mengambil kain rentang untuk dipasang nanti.

Dengan pandangan aku yang agak kabur menyukarkan aku untuk bergerak bebas. Kaki aku terpijak sesuatu dan aku tersandung. Tubuh aku mendarat di atas lantai. Argh! Sekali lagi! Aku mengadu kesakitan. Kaki aku terseliuh.

"Eh! Awak okay?" Tae Hyung yang sedang menyusun meja pantas mendapatkan aku. Aku merenung dia.

"Saya yang rabun ke awak yang rabun? Tak okaylah!" Jawab aku sedikit bengang. Tae Hyung tergelak besar. Akh memandang dia sekali lagi. Apa yang kelakar? Peliklah alien jadian ni.

"Hahaha. Tulah! Lain kali jangan suka membebel. Kan dah dapat balasan. Meh kita duduk sekejap" Tae Hyung memapah aku untuk bangun. Aku hanya menurut. Kaki aku masih terasa sengal.

Tae Hyung dudukkan aku di sebuah kerusi plastik. Sumpah aku agak kecewa hari ini. Semua hanya kerana aku mempunyai rabun yang teruk dan tidak mampu membuat kerja dengan sempurna. Air mata mula mengalir. Tae Hyung melutut di hadapan aku. Dia mengusap air mata aku.

"kenapa nangis ni? Sakit sangat ye? Tak apalah. Awak duduk je sini. Biar saya buat kerja awak" ucap Tae Hyung lembut. Terus Tae Hyung bangun dan membuat segala kerja aku tanpa bantahan. Aku terkedu dan jantung berdetak laju. Diri aku masih terpaku dengan tindakan Tae Hyung tadi.

✘✘✘

Aku mengambil nafas lega. Syukurlah Segalanya sudah selesai dan majlis berjalan lancar. Sungguh aku kagum dengan ahli kumpulan Bts yang melayan kerenah peminatnya tanpa Lelah. Semua orang gembira dengan aturan majlis ini. Majikan aku juga turut memuji hasil kerja aku. Namun semua ini tidak akan menjadi jikalau Tae Hyung tiada disisi. Aku tersenyum manis seketika mengenangkan apa yang berlaku hari ini.

Aku cuba untuk melangkah keluar dari hotel. Walaupun pandangan aku kabur, namun aku tetap gagahkan diri untuk pulang ke rumah. Takut memang takut. Tapi siapa lagi sudi menolong aku jika bukan diri sendiri?

Aku cuba berjalan dengan perlahan. Sekali lagi aku tersepak batu dihadapan aku dan hampir terjatuh.

"Ouch!" Hais! Malangkan nasib aku hari ini. Sobsob. Bahu aku terasa hangat. Aku menoleh dan Tae Hyung ada disisi aku.

"Balik sorang je?" Soal dia. Aku mengangguk lemah. Dia tersenyum manis.

"Tak apa. Biar saya yang jadi mata untuk awak hari ini. Jangan risau" Tae Hyung memimpin aku untuk berjalan pulang. Sekali lagi jantung aku berdetak laju. Hati ini sudah menjadi miliknya?

✘✘✘

Aku mengelap kaca mata hitam aku menguna kain lembut. Minda aku terimbau saat pertama kali aku berjumpa dengannya dan pertama kali dia meluahkan perasaan terhadap aku. Manisnya waktu itu.

"Hai. Siapalah yang pilih bentuk cermin mata tu ya?" tegur seorang lelaki dihadapan aku. Aku mengangkat wajah lalu tersenyum.

"Lelaki yang rosakkan cermin mata saya dulu. Hahaha" balas aku sambil ketawa kecil. Kaca mata itu aku sarungkan ke wajah aku. Tae Hyung turut tertawa dengan jawapan aku. Siapa sangka dengan hanya kemalangan dia terpijak cermin mata aku kini dia menjadi insan yang teristimewa dalam hati aku.

"Dahlah Chagi, Jom pergi tengok wayang. Oppa belanja?"

Aku mengangguk dan hanya menurut. Tae Hyung meraih jemari aku dan membawa aku ke mall.

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now