3; Nevermind

1.2K 110 1
                                    

Aku menundukkan kepala aku di hadapan kedua ibu ayah aku. Mereka merenung aku dengan penuh pandangan hairan dan pelik. Sekeping kertas masih di pegang kemas oleh ibu aku.

"Basketball?" Sepatah soalan ibu. Aku mengangguk. Ibu menghela nafas berat. Aku kekal menunduk. Aku tahu ini keputusan drastik. Selepas kejadian itu, Ibu menyuruh aku memilih satu aktiviti supaya aku dapat melupakan sejarah hitam aku yang lalu.

"Kan boleh pilih yang lain" giliran ayah aku pula bersuara.

Pantas aku menggeleng.

"Tapi kau bukan pandai main basketball pun. Sedarlah diri itu sikit" Adik aku bersuara sinis memerli aku. Aku mengerling sekilas ke arahnya. Sakit hati apabila adik sendiri bersuara begitu terhadap aku.

"Betullah apa adik kau tu cakap. Ibu tengok kamu bakat dalam menjaring bola pun tiada ni tiba tiba nak masuk menyertai mereka" bebelan panjang ibu aku.

Aku membisu. Aku tidak faham, bukan ke tiada apa yang mustahil dalam dunia ini jika kita berusaha? Jadi kenapa ibu mahu menghalang pula?

"Kan boleh berlatih?" Aku bersuara dalam gentar. Ibu aku berdengus. Ayah aku pula sudah lama berpaling tanda malas mahu melayan kehendak aku.

"Suka hati kaulah" bingkas Ibu bangun lalu meninggalkan aku seorang diri.

✘✘✘

Aku cuba membaling bola keranjang ke dalam jaring yang agak tinggi. Gagal. Aku cuba sekali lagi. Tetap gagal. Aku duduk kepenatan. Memandang Ibu bapa aku tidak menyokong apa yang aku lakukan mereka tidak mahu menaja yuran pembelajaran aku di pusat latihan bola keranjang.

Aku harus berusaha sendiri. Aku menarik nafas semangat, Pantas aku bangun. Bola digenggam dan aku membuat lantonan.

Beberapa lantonan aku lompat dan cuba menjaringkan gol. Bola tersasar dan jatuh ke bawah tanda aku gagal untuk menjaringkannya.

"Salah tuh, sepatutnya kau tak boleh terburu buru menjaring bola. Pastikan gerak hati kau betul baru kau balingnya" satu suara menyapa aku. Aku berpaling.

Dan saat itu, bermulalah perkenalan kau dan aku.

✘✘✘

"Kenapa kau teringin sangat hendak menyertai permainan ini?" Soal kau suatu hari. Ketika itu kita baru berlatih cara betul melawan arah musuh. Semuanya berkat ajaran kau, aku semakin mahir.

"Sebab aku ada kisah silam yang sukar untuk dilupakan, dan ibu aku suruh aku pilih satu hobi untuk melupakan.." jawab aku perlahan. Kenangan lalu kembali memenuhi ruang minda aku. Air mata yang hampir keluar aku menahan.

"Habis kenapa tak je pergi berlatih dengan pakar?"

Aku tersenyum hambar.

'Tak payahlah kau berlatih sangat. Kau tak akan boleh punya!'

'macam mana kau nak main kalau selama ini bakat asas pun kau tiada?'

'Jangan! Tak boleh! Tak payah!'

'Kau tak mampu!'

"Ibu ayah aku tidak pernah sokong impian aku ini" kata aku sambil membelek bola. Kau memandang aku lama. Rasa sebak dalam dada waktu ini. Siapa sahaja tidak sedih apabila impiannya tidak disokong oleh saudara darahnya sendiri?

Semua seolah mengharapkan aku gagal dalam impian aku. Seperti jika suatu hari nanti aku berjaya, aku akan lupa dengan asal usul aku dan musnahkan harapan mereka. Tidak mungkin!

Kau memaut bahu aku. Dan kau menghadiahkan sebuah senyuman.

"Nevermind, jangan pernah putus asa dengan apa yang kau suka. Cakap dalam diri kau jika kau sudah rasa ingin berputus asa, berdiri dengan teguh semula dan bangkitlah!"

Aku merenung tepat ke anak mata kau.

"Pegang ayat ini sampai bila bila. Ingat? Kita masih muda untuk berputus asa. Jadi jangan pedulikan mereka yang ingin melihat kau jatuh, kerana mereka sememangnya tidak layak melihat kau terputus harapan"

Aku tersenyum dengan kata kata semangat kau.

"Terima kasih"

✘✘✘

"Maafkan saya, dia sudah pindah dan saya sendiri tidak tahu dimana alamat barunya sekarang"

Aku terpapar. Kenapa kau pergi tanpa sebarang pesanan? Sampainya hati engkau. Aku perlukan kau. Aku perlukan semangat kau. Aku perlukan kekuatan kau.

Kau sumber inspirasi aku. Jadi perlu ke kau menghilangkan sekarang? Semua orang tidak percayakan aku selain kau. Argh! Kenapa dunia seolah tidak berlaku adil dengan aku?

Aku menuju ke gelanggang bola jaring. Cuba mencari kekuatan sendiri tanpa kau.

Aku membuat lantonan dan aku cuba menjaringkan gol. Tersasar. Aku cuba sekali lagi. Gagal. Aku tidak berputus asa, aku cuba sekali lagi. Dengan penuh hembusan semangat aku melompat dan membuat balingan.

Bumb!

✘✘✘

"Kan ibu dah cakap. Kau tiada bakat dalam bola jaring. Lupakan jelah!" Ibu menengking aku lalu berlalu keluar dari bilik aku. Aku merenung kain putih yang membaluti tangan aku.

Keluhan berat dilepaskan. Sememangnya aku tidak punya bakat dalam perkara ini ke?

Pemilihan pemain semakin hampir dan tangan aku pula terseliuh. Aku merenung bola disebelah aku. Perasaan marah serta sedih bercampur. Lantas aku mengapai dan mencampaknya ke sisi lain.

"Arghhh!!" Jerit aku. Air mata mengalir tanda aku semakin berputus asa dengan impian aku. Aku merenung ke awan biru. Bayangan kau mengusikku.

Tidak mengapa, jangan mengalah. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Percaya dengan takdir. Percaya dengan diri kau. Berdiri dengan teguh dan bangkitlah!

Baru aku sedar. Ya masih ada seseorang yang percayakan aku jika kau pergi. Aku bangun dan tidak akan mengalah.

✘✘✘

Aku hadirkan diri di hari pemilihan pemain. Dengan sebelah tangan aku yang berbalut, Ramai yang tertanya dengan kemampuan aku.

Aku tidak peduli lagi kata orang. Aku tidak berikan apa apa sebarang masalah oleh itu aku tidak akan berputus asa.

Hembusan semangat mengalir dalam diri aku dan aku membuat balingan.

✘✘✘

"Tahniah. Anda terpilih untuk menyertai pasukan ini. Selamat datang pemain baru"

Aku tersenyum syukur. Memang benar ada seorang yang percayakan aku jika kau pergi iaitu,

Diri aku sendiri.

Bangtan Imagines | btsWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu