41; Whip Cream

656 51 2
                                    

"Aku rindukan senyuman manis kau Hyun Ri"

"Maaf, Hyun Ri yang kau cintakan dah tak wujud lagi..."

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Nam Joon membaca jadual waktunya yang telah tercetak di dalam kertas bersaiz A4. Kertas yang terisi dengan tulisan warna hitam dan putih itu menunjukkan betapa padat dan sibuknya mereka pada minggu ini.

"Oh! Nampaknya hujung minggu ini kita akan melakukan sebuah lagi pengambaran muzik video"

Nada suara Nam Joon kedengaran sedikit ceria. Jujurnya mereka, ahli kumpulan Bangtan Boys lebih suka melakukan pengembara seperti filem. Penat namun sangat berbaloi.

"Betul ke? Wah! Seronoknya!"

Ji Min antara ahli yang paling gembira bersuara. Kesemua ahli Bangtan Boys agak gemuruh dan teruja menunggu waktu itu.

Akhirnya waktu yang di tunggu telah tiba. Awal lagi mereka telah tiba dan bersedia untuk melakukan muzik video khas buat peminat. Lagu baru yang akan debutkan tidak lama lagi.

Dan tentunya pengalaman baru dapat dirasai lagi. Dari semasa ke semasa Bangtan Boys dapat meningkatkan prestasi dan juga membaiki kesilapan yang masih berbaki dalam diri mereka.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Kau bukan perempuan yang berguna! Apa yang ada pada kau?! Aku benci kat kau! Buat apa aku teruskan hubungan ini dengan kau!"

Yu Ri membiarkan Seo Min menghina dia disekeliling orang ramai. Ada di antara mereka berhenti melangkah seketika dan melihat keadaan pasangan tersebut sedang bergaduh di bawah sebuah pokok.

"Aku dah ada yang lain! Kau dah boleh pergi!!"

Dengan terus menerus Seo Min memaki hamun Yu Ri. Kelopak mata Yu Ri tertutup rapat ketika Seo Min meninggikan nada suaranya.

Setitis demi setitis air mata mengalir di pipi ranum milik Yu Ri. Terasa hangat dan berat. Keadaan mula terasa tidak bertindak adil kepadanya.

"Dan Cut! Bagus Hyun Ri! Lakonan yang sangat mantap! Bagus!"

Kang Hyun Ri membuka kelopak matanya semula. Ternyata Hyun Ri amat menghayati watak Yu Ri wanita yang dipermainkan untuk filem yang bakal di pawagamkan.

Lee Kim selaku memegang watak lelaki yang memarahi Yu Ri sebentar tadi menepuk bahu Hyun Ri.

"Wei! Kau nangis betul betul ke? Haha. Mianhae. Aku tak sengaja"

"Eh! Be professional. Rilekslah kan kita tengah berkerja ni"

Lee Kim tertawa sejenak. Benar, lakonan Hyun Ri benar benar menjadi. Hampir beberapa kali dia tertipu dan menyangka Hyun Ri menangis betul betul. Pengarah pula tidak sudah sudah memuji bakat yang ada pada Hyun Ri.

Sememangnya Hyun Ri bukan calang-calang orang dalam seni lakonan. Dia terlalu berharga dalam dunia seni. Bukan mudah untuk punya bakat semula jadi sepertinya.

Tidak hairanlah jika Hyun Ri diangkatkan sebagai pelakon wanita terbaik. Hyun Ri beredar meninggalkan set penggambaran. Sekarang adalah waktu rehatnya. Tinggal beberapa babak sahaja untuk dilalui.

Hyun Ri menuju ke sebuah Cafe yang berdekatan dengan set penggambaran. Menuju ke kaunter pesanan dan Hyun Ri berdiri bersebelahan seorang lelaki yang sederhana rendah.

Pergerakkan Hyun Ri terkaku seketika tatkala lelaki itu berpaling dan sedikit lagi mahu terlanggar bahunya. Lelaki itu terkedu dan segera memberi ruang buat Hyun Ri. Hyun Ri tersenyum manis.

"Mianhae"

Ucap si lelaki. Hyun Ri sekadar mengangguk perlahan. Kembali pandangan di merenung papan menu yang tergantung di atas. Pekerja di hadapannya bersedia untuk mengambil pesanan Hyun Ri.

"Ice Chocolate with Whip Cream"

Pinta Hyun Ri dengan lembut. Pekerja tersebut mengangguk angguk sambil menekan skrin sentuh komputer.

"Ada lagi?"

"Oh! Tolong letak Whip Cream nanti dengan banyak. Sangat banyak sampai penuh pun tak apa. Saya akan bayar lebih"

Pinta lagu Hyun Ri. Lelaki disebelahnya merenung Hyun Ri dengan pandangan pelik. Hyun Ri mengerti maksud pandangan itu. Pekerja tersebut menurut permintaan Hyun Ri.

"Saya suka Whip Cream"

Ujur Hyun Ri tanpa dipinta. Lelaki yang menutup separuh wajahnya dengan topeng hitam tersenyum buat Hyun Ri. Seraya dia mengangguk. Mereka menunggu minuman mereka disiapkan.

"Okay saya pergi dulu"

Pinta Hyun Ri setelah minumannya telah tersedia. Lelaki itu mengangguk perlahan tanpa mengeluarkan suara. Hyun Ri berlalu pergi.

Namun mata lelaki itu tidak lepas merenung Hyun Ri yang telah pergi jauh darinya. Serta merta telefon bimbit lelaki itu bergegar. Tanda panggilan masuk.

Nama Nam Joon Hyung terpapar di skrin. Lantas butang Hijau ditekan.

"Yah Park Ji Min where are you?"

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Selepas mereka selesai dengan lakonan mereka, korang kena sedia okay?"

PD nim memberi arahan pada anak buahnya. Kesemua ahli Bangtan Boys mengangguk faham. Mata mereka tidak lepas menyaksikan sebuah penggambaran filem sedang melakonkan tugas mereka.

Sungguh drastik dan sangat mencabar. Jauh beza dari segi proses pembikinan muzik video.

"Itu Kang Hyun Ri kan? Hyung dengar dia sangat hebat berlakon! Bila tengok depan depan macam ni, memang terasa auranya"

Seok Jin memuji Hyun Ri yang sedang menghayati wataknya. Ji Min yang berada disebelahnya turut memerhati cara Hyun Ri berlakon.

"Dasar perempuan murahan! Aku yang kutip kau dulu! Langsung tak kenang budi!"
Tengking pelakon lelaki pada Hyun Ri. Hyun Ri terduduk sambil mengenggam erat jemarinya. Air matanya kembali mengalir.

Dari jauh Ji Min memerhati wajah Hyun Ri. Wanita itu, adalah wanita yang dia terjumpa di kafe tadi. Wanita yang terlalu sukakan Whip Cream. Sekali lagi Ji Min merenung dia.

Jelas menunjukkan mata Hyun Ri semakin merah dan mutiara jernih mengalir setitis demi setitis. Entah dari mana Ji Min dapat rasakan sesuatu.

"Cut! Lakonan yang sangat baik! Kita berehat seketika"

Arah si pengarah. Hyun Ri mengesat air matanya dan bibirnya langsung tidak mengukirkan senyuman.

"Fuh! Memang dia pandai berlakon menangis"

Puji Tae Hyung pula. Ji Min terdiam. Hatinya berbisik. Tak! Itu bukan lakonan. Ji Min dapat merasakan Hyun Ri benar benar menangis. Pandangan Mata Hyun Ri mengambarkan seribu satu kesakitan yang disorok.

"Ji Min Hyung?"

"Ji Min Hyung!"

Panggil Jung Kook berkali kali. Ji Min tersedar dari lamunannya. Sekilas memandang Jung Kook bersebelahannya.

"Hyung okay?"

"Okay.. Erm siapa nama pelakon perempuan tadi?"

"Kang Hyun Ri.."

"Oh.. Okay terima kasih Jung Kook"

Jung Kook menggeleng kepala sambil menepuk bahu Ji Min. Ji Min memandang Jung Kook sekali lagi.

"Jom? Set kita dah nak siap"

Segera Jung Kook menarik Ji Min dari terus memerhati Hyun Ri. Sedari tadi Jung Kook perasan Ji Min tidak henti merenung wajah Hyun Ri. Si pelakon itu.

Mata Ji Min lepas memandang wajah wanita itu. Seolah ada sesuatu yang terpanggil dia untuk melakukan sesuatu terhadap Hyun Ri. Jung Kook menarik lengan Ji Min.
_________________________________

Bangtan Imagines | btsOnde as histórias ganham vida. Descobre agora