21; Patung

784 73 4
                                    


Aku si boneka.

Tidak punya hati dan perasaan. Aku hanya memerhati orang sekeliling dengan rasa yang kosong. Majoriti manusia zaman sekarang suka bermain main dengan cinta. Apa itu cinta? Aku sendiri tidak mengerti.

Aku ditempatkan satu tempat yang selalu dijadikan majlis tari menari. Setiap tahun, pasti dewan ini diisi dengan kemahiran majlis.

Wajah aku putih dan tinggi 5'3 . Dipakaikan dress night Berwarna merah jambu. Dan rambutku didandan simpul. Ala ala patung barbie. Aku hanya berdiri di tepi dewan sebagai hiasan mereka.

Hari ini sekali lagi aku terdengar mereka mahu menjadi dewan ini majlis tari menari. Walaupun aku tidak dapat bergerak, namun aku agak teruja dengan pengumuman itu. Aku dapat menyaksikan pelbagai geragam manusia.

Ada yang mahu menjadi perhatian dengan melamar pasangan mereka di tengah lantai tari menari di bawah cahaya lampu. Tidak ke itu menarik? Ah! Aku teringin sangat untuk jadi seperti mereka. Merasa cinta dan dicintai.

Dan malam itu seperti digempur. Memang majlis tari menari itu berlangsung. Maka dapatlah aku memerhati gelak tawa dan wajah mereka manusia. Semuanya cantik! Semuanya kacak! Tidak dinafikan.

Mata aku tertangkap sesusuk tubuh rambut berwarna pastel dan sedikit hitam. Tinggi dan berblazer hitam. Timbul satu rasa yang aku tidak pasti dimana. Namun mata aku tidak boleh terhenti memandang lelaki itu.

"Nam Joon!" Panggil salah seorang rakannya yang berada di hadapan aku. Jadi nama dia Nam Joon? Lelaki itu datang menghampiri kawasan aku. Aku semakin rasa tidak keruan.

"Mana dia?" Soal Nam Joon kepada rakannya. Rakannya tersenyum dan menunding jari ke arah seorang gadis yang jauh lebih cantik dari aku. Mungkin paling cantik di sini. Gadis itu sedang berbual sambil tersenyum manis.

Nam Joon tersenyum lebar dan tangannya mengeluarkan kotak kecil berwarna merah di poketnya. Rakan Nam Joon menepuk bahu.

"Good luck!"

Nam Joon melangkah menghampiri gadis itu. Dibawa gadis itu ke tengah lantai dewan. Wajah gadis itu penuh tanda tanya. Nam Joon melutut di hadapan gadis itu dan meluahkan perasaan terhadap gadis tersebut.

Aku? Terkesima dan terkejut dan sedikit rasa yang sukar untuk diungkapkan. Aku sendiri tak pasti kenapa aku harus rasa begini.

Semua orang yang mengelilingi mereka berwajah teruja dan menanti jawapan gadis itu. Tentunya mereka dan Nam Joon mengharapkan jawapan yang membawa kebahagiaan.

"Sorry" ringkas gadis itu membalas dan meninggalkan Nam Joon di tengah orang. Nam Joon terdiam. Rakan Nam Joon disebelah aku juga terpapar seketika. Pantas rakannya menghampiri Nam Joon dan menarik Nam Joon keluar dari dewan.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Malam semakin larut dan majlis tadi sudah lama melabuh tirainya. Fikiran aku terfikir kejadian Nam Joon melamar pujaan hatinya tadi. Kesian Nam Joon. Jika aku berpeluang untuk menjadi gadis itu, pasti aku akan menerima.

"Kau nak jadi manusia?" Satu suara lembut menegur aku. Aku mencari suara itu.

"Kau nak rasa macam mana sayang, suka, sakit dan pelbagai lagi?" soal lagi suara itu.

"Ya" jawab aku sepatah.

"Baiklah"

Satu cahaya menyinar di atas aku. Aku menutup mata aku kerana cahaya itu terlalu terang.

Argh!

Aku membuka mata aku. Aku terduduk di atas lantai. Aku rasa tidak kena. Bagaimana aku boleh duduk? Bukan ke aku kaku hanya berdiri? otot jemariku juga boleh bergerak. Bagaimana?

"Aku beri kau peluang untuk merasa perasaan manusia, pergi dapat dia dalam masa seminggu. Jika kau berjaya kau akan jadi manusia untuk selamanya. Jika tidak, kau akan kembali menjadi manusia" sekali lagi suara itu menerangkan kepada aku. Baru aku mengerti segalanya.

Aku tersenyum lebar dan terus bangun mencari Nam Joon. Aku tahu aku diberi peluang untuk mengubati hati Nam Joon.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Hasil usaha aku, tiga hari aku mencari. Aku berjaya menjadi rakan wanita Nam Joon. Mungkin aku yang paling rapat dengan dia waktu ini. Benar Nam Joon masih bersedih apabila Lily wanita tempoh hari menolak lamarannya.

Aku hadir bagai cahaya dalam kegelapannya. Aku sedaya upaya menceriakan hari Nam Joon. Dan kini aku tahu apa itu kebahagiaan.

"Saya masih tak dapat lupakan dia" luah Nam Joon kepada aku. Aku tersenyum nipis. Kini aku sedang merasa sakit di dalam hati.

"Mungkin terlalu pantas awak meluahkan perasaan kat dia" Jawabku dan aku tahu apa itu pura pura. Nam Joon tersenyum hambar.

"Awak tolong saya boleh?" Nam Joon meminta bantuan kepadaku. Aku merenung wajahnya. Timbul rasa kasihan lalu aku mengangguk.

Dalam satu masa, aku merasa bahagia sakit dan pura pura.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Seperti yang dijanjikan, aku menolong Nam Joon dari segala yang aku mampu. Aku tidak mahu Nam Joon rasa apa yang aku rasa sekarang.

Hasil pemerhatian aku, aku mengajar Nam Joon cara yang sebenar untuk memikat hati sang kekasih. Walaupun sedih, namun aku harus bertabah untuk Nam Joon.

Aku sanggup menemui Lily dan memujuk dia untuk memberi peluang kepada Nam Joon.

Segalanya sudah selesai. Hanya menanti waktunya sahaja.

"Terima kasih" ucap Nam joon serta merta. Aku sedang berdiri di sebelahnya merenung Nam Joon. Senyuman manis dihadiahkan.

"Orang cakap, disebalik kejayaan seorang lelaki ada seorang gadis yang sentiasa menyokong dia. Dan saya rasa awaklah wanita itu" sekali lagi kata kata Nam Joon menambah luka dalam hati aku. Aku mengangguk dan hanya tersenyum.

"Itu dia"

Lily hadir di dewan seperti dijanjikan. Nam Joon berdiri di tengah lantai sama seperti tempoh hari. Aku berundur. Mahu memberi ruang buat mereka.

Aku memerhati dari jarak jauh. Nam Joon sedang berkata kata manis kepada gadis tersenyum.

Hati aku terasa sayu. Dan air hangat mengalir di pipi. Apa rasa ini? Kenapa aku sedih?

"Itulah rasa cinta"sekali lagi suara itu menyapa aku. Cinta? Jadi cinta itu menyakitkan?

"Tak. Cinta tak menyakitkan. Tapi demi cinta, kita sanggup berkorban hingga rasa sakit"

Aku memerhati mereka sekali lagi. Nam Joon tersenyum lebar. Mungkin dia sudah berjaya. Nam Joon menarik gadis itu dan mengucup dahi Lily.

"Jadi kau dah rasa apa itu cinta?" Soal suara itu. Aku mengangguk kecil. Detik jam 12 berdetik tanda sudah seminggu aku menjadi 'manusia'

Dan aku gagal. Satu cahaya yang sama terpancar di atas aku dan aku kembali terasa kaku.

Aku berdiri semula di tempat aku. Mata aku memandang Nam Joon. Dia sedang mencari seseorang. Mungkin mencari aku untuk memaklumkan dia sudah berjaya memikat pujaan hatinya.

Terpusing pusing dia mencari aku. Nam Joon jalan melepasi aku.

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now