40; Sebenarnya saya peminat dia!

727 78 9
                                    

Aku merenung sekeping kertas putih dalam pegangan aku. Tiket ini, tiket yang telah aku usahakan berbulan bulan lamanya untuk aku perolehi. Akhirnya setelah aku tempuh pelbagai dugaan berjaya juga aku beli.

Aku melompat gembira. Mata aku dialih pula ke arah dinding yang tergantung sekeping poster besar. Tujuh lelaki yang segak bergaya terpapar mampu membuat hatiku cair.

Dan mata aku melirik kearah seorang lelaki yang paling hujung. Terutamanya lelaki itu!

Kim Tae Hyung!

Lelaki yang aku puja di dalam kumpulan Bangtan Boys. Aku tersengih sendirian. Tak sabar rasanya nak jumpa Oppa Tae Hyung! Argh! Lantas aku bangun dari dudukku.

"Oppa tunggu! Saya datang sekejap lagi"

Kata aku pada gambar tersebut. Rasa seperti orang gila pula. Argh! Lantaklah. Haha. Memang aku dah gila. Haha. Aku meluru ke arah bilik air.

Konsert mereka bakal bermula pada malam esok. Aku tidak mahu beratur panjang pada waktu pagi terik. Aku mahu jadi yang pertama dan menunjukkan betapa besarnya sokongan aku pada mereka!

Terus aku memakai baju lengan panjang dan bertulisan putih 'BTS' di belakang. Seluar pula, Jens hitam menjadi pilihan. Rambut aku ditutup menggunakan baenie hitam. Segalanya hitam. Nasib baik lightstick aku putih. Kalau tak dah macam aku nak pergi majlis pengebumian pula. Ha ha ha.

Segera aku keluar dari rumah. Beg sandang belakangku di bawa sekali. Dan aku mengambil teksi untuk ke stadium yang ditempatkan konsert BTS berlangsung.

Tiba sahaja aku di stadium aku melihat hampir 89 peratus persediaan persembahan mereka hampir siap. Aku semakin teruja. Aku cuba untuk masuk tiba tiba seorang pengawal keselamatan menahan aku masuk.

"Maaf adik, konsert BTS esok malam. Awal sangat adik datang ni"

Aku merenung dia. Tidak ke dia tahu makna 'penyokong tegar'? Hais. Aku merengus geram.

"Kenapa pula? Tak salah kot saya datang awal! Saya ni peminat setia BTS tau!"

Suara aku sedikit meninggi pada pengawal tersebut. Dia masih menghalang aku untuk masuk. Aku berdecit.

"Saya peduli apa awak peminat ke tak! Awak tetap tak boleh masuk. Balik balik!"
Dia menolak aku kasar. Hais! Main tolak tolak pula. Aku mengalah lantas aku menoleh ke belakang. Sempat aku menjelirkan lidah aku kepadanya. Sekali lagi aku menghela nafas.

Macam mana aku nak masuk? Aku betul betul tak nak beratur panjang esok. Ligat benak aku berfikir. Serta merta aku terlihat sekumpulan gadis berpakaian sama seperti aku menuju ke bahagaian pintu belakang stadium.

Dileher mereka tergantung sebuah pas kemasukan. Mungkin mereka pekerja bawah Bighit? Aku berfikir sejenak. Lalu aku mendapat idea. Lantas aku mendekati mereka dan mereka langsung tidak menyedari kehadiran aku. Sibuk berbual antara satu sama lain.

Mereka melepasi pintu masuk mengunakan pas pelepasan dan aku dengan cepat aku menyelinap masuk tanpa sesiapa pun tahu. Akhirnya usaha aku berjaya!

Aku bukan sahaja berjaya masuk awal ke konsert BTS malah aku turut dapat melihat disebalik tabir konsert mereka. Aku keriangan. Aku meneruskan perjalanan aku.

Serta merta laluan aku ditahan oleh seorang lelaki. Aku mengangkat wajah aku dan aku tergamam. Benar benar terkejut dengan kemunculan lelaki itu. Aku menutup mulut aku agar dapat mengawal perasaan kau.

Kim Tae Hyung benar benar berada di hadapan mata aku! Dia mencebik bibirnya memandang aku.

"Kau ni siapa? Mana pas kau? Kenapa kau boleh ada kat sini? Aku tak pernah nampak pun?"

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now