14; 0330

716 71 10
                                    

Aku menunggu di hadapan stesen keretapi. Kaki aku berhenti di belakang garisan kuning. Aku merenung jam di dinding.

0330 petang dan aku menoleh kiri kanan aku. Biasanya dia akan hadir pada detik ini. Satu susuk tubuh yang agak tegap berdiri disebelah aku. Senyuman manis terukir di wajahnya.

"Hai" Kim Jongin menegur aku. Aku membalas dengan penuh ramah. Sejak aku bekerja di luar kawasan perumahan aku, sering kali aku berjumpa dengan Jongin pada detik 0330 di stesen keretapi. Tidak pernah terlepas. Setiap hari dan tepat pada waktunya.

"Dah lama tunggu?" Soal dia kepada aku. Aku menggeleng.

"Baru je"

Satu gerabak keretapi terhenti di hadapan kami. Dan itu tanda Jongin akan tinggalkan aku dan pergi ke destinasinya. Jongin melangkah masuk dan menghadiahkan sebuah senyuman akhir sementara buat aku.

"Jaga diri. Saya pergi dulu ya?" Aku mengangguk dan bayangan Jongin hilang dibawa gerakkan keretapi. Dan begitulah lazimnya setiap hari perbualan kami. Walaupun agak pendek namun aku dapat rasakan setiap hari pada detik 0330 hubungan kami semakin rapat. Dan juga, mungkin.. hati aku berjaya Jongin ambil tanpa dia sedar.

0350 giliran gerabak aku pula tiba. Aku melangkah masuk dan tidak sabar untuk menunggu hari esok.

✘✘✘

Tepat 0300 aku menunggu keretapi seperti biasa di ruang menunggu. Hari ini hari aku tidak berjalan begitu baik. Berlegar legar dalam ingatan aku beban yang perlu aku tanggung sendiri tanpa kekuatan dari sesiapa. Aku punya keluarga dan keluarga aku bukan dari yang senang.

Ayah aku sudah lama pergi dan ibu aku pula sakit. Aku punya adik kecil yang masih bersekolah jadi segala beban itu perlu aku pikul sendiri dengan tabah. Kekadang aku rasa mahu lari dari realiti. Namun seperti ada tali yang tarik aku kembali. Aku mengeluh berat.

"Awak ada masalah ke?" Tegur Jongin. Aku terkejut. Aku merenung jam di dinding. 0330. Masa berlalu sehingga aku tidak sedar detiknya telah tiba. Aku sekadar tersenyum nipis.

"Kehidupan kita ini seperti kereta api. Kena ambil pada waktu yang betul agar tidak tersalah landasan dan destinasi" kata Jongin kepada aku. Aku merenung dia. Adakah dia tahu masalah aku? Jongin menghadiahkan senyuman ikhlas.

"Dalam hidup ini memanglah pelbagai masalah yang perlu kita tempuhi dengan tabah. Jadi sabar la ya? Saya percaya awak kuat" nasihat terakhir Jongin kepada aku dan dia melangkah masuk ke dalam gerabak. Aku hanya menghantar dia dengan pandangan mata. Aku cuba untuk faham maksud Jongin. Tapi apa dia? Aku buntu memikirkannya.

✘✘✘

Mungkin aku sudah mula faham apa maksud Jongin kepada aku tempoh hari. Aku terlalu banyak memikirkan masalah aku walhal itu semua boleh dihadapi dengan mudah jika aku tabah dan sabar. Aku merenung jam di dinding seperti biasa. Tidak sabar mahu menanti kehadiran dia pada detik 0330.

0332 . Waktu berlalu. 2 minit terasa lama. Ke mana dia? Tidak datang ke? Aku berteka teki dalam hati. Kaki aku mundar-mandir di kawasan menunggu. Tiba tiba mata aku terpandang surat khabar yang dijual di kedai kecil disitu. Aku membaca dengan hati yang berdebar.

KERETAPI BERTEMBUNG.
18 tercedera, 150 maut.

Aku membaca senarai nama maut dan gambar mangsa. Mata aku terpaku pada satu nama.

Kim Jongin.

Aku rasa dunia aku mula kelam. Dan realiti seolah-olah bertindak kejam kepada aku. Aku terduduk di ruang menunggu. Air mata yang mengalir cuba aku menahan. Jongin sudah pergi tinggalkan aku.

"Saya percaya awak kuat"

Satu ayat Jongin terlintas di fikiran aku. Jadi itu ke maksud Jongin? Dia mahu aku tabah dalam segala perkara? Walapun perkara itu menyakitkan aku? Argh! Jongin. Maafkan aku kerana begitu sukar untuk mengerti nasihat kau di setiap detik 0330.

✘✘✘

Aku menunggu di ruang menunggu stesen keretapi. Sudah hampir setahun Jongin pergi tinggalkan aku. Aku mula terima hakikat. Dan aku tidak mahu kesedihan menyelubungi diri aku. Aku mahu kuat demi Jongin.

"Arghhhh! Itu Kai kan?!" Jerit sekumpulan gadis di sebelah kanan aku. Aku merenung mereka. Kai? Tidak silap aku itu penyanyi baru dari kumpulan EXO yang popular. Cuma wajahnya sahaja aku belum pernah menatap.

"Kai! Tengok sini" laung gadis tersebut. Aku menoleh ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh mereka. Terdapat seorang lelaki yang tinggi dan wajahnya ditutup dengan mask hitam.

0330. Lelaki itu membuka mask dan melambai ke arah kumpulan gadis tersebut. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam gerabak dan hilang dari pandangan aku. Aku tergamam seketika.

Wajahnya...

Aku menggeleng laju. Tak tak mungkin. Aku cuba untuk membuang segala rasa. Jongin telah pergi tinggalkan aku dan tidak mungkin akan kembali pada detik 0330.

__________________________

And done. Fuh! Finally. Ini adalah salah satu cerita merepek yang kyung yang dipersembahkan untuk kamu semua. 😂😂 maaf sebab jauh tersasar dari abangtan (ಥ_ಥ)

Request by - @kaiexo__

harap anda terhibur dan tolong jangan kecam kyung membuat cerita seperti ini xD maaf :v

Next request oneshot imagine Suga. Fighting \(*T▽T*)/ #savemeeee

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now