8; Buku

736 94 4
                                    

Aku seorang ulat buku.

Hidup aku hanya dipenuhi dengan buku dan buku. Hampir setiap aku membawa diri ke perpustakaan awam. Aku seronok dikelilingi buku dan juga penulisan yang membawa aku ke alam ini indah. Ada orang kata hidup aku kosong, Sunyi dan membosankan. Ah, aku tak kisah. Yang menjalani kehidupan itu aku. Bukan mereka. Jadi untuk apa aku ambil peduli? Janji aku gembira dengan hidup aku sekarang.

Jung Ho Seok.

Lelaki itu setiap hari hadir ke perpustakaan ini sama seperti aku. Pernah kami terserempak dan membalas senyuman antara satu sama lain. Dan dengan hanya senyuman itu, aku dapat rasakan hubungan kami bakal menjadi sesuatu yang teristimewa.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Aku cuba meletakkan kembali buku yang bertajuk She Was Pretty di rak yang paling atas. Memandang aku seorang yang pendek, gagal untuk aku meletakkannya kembali. Aku menjengkitkan sedikit kaki aku dan cuba untuk melompat meletakkan buku itu kembali.

Buku itu tercampak. Dan tubuh aku terlanggar rak buku itu. Oleh kerana rak itu rapuh dan mungkin sudah lama iya beralih sedikit dan mula tumbang ke belakang. Barisan buku yang bersusun di rak tersebut jatuh lantai dan berterabur.

"Ouch!" Jerit aku kesakitan akibat terkena buku yang agak tebal di atas kepala aku. Mata aku membesar apabila melihat apa yang terjadi di hadapan aku. Hati aku mula mengelabah dan saat ini tubuh aku terasa kaku.

Macam mana ni? Desis aku dalam hati. Aku ketakutan. Pergelangan tangan aku terasa hangat. Aku menoleh ke arah orang yang memegang tangan aku.

Ho Seok?

"Sini!" Ho Seok menarik aku keluar dari perpustakaan. Biarkan buku dan rak yang tumbang itu jatuh tanpa berbuat apa apa. Aku yang masih dalam keadaan bingung itu hanya menurut langkah Ho Seok. Hatinya yang gelabah dan ketakutan tadi mula surut. Aku rasa selamat dalam pegangan Ho Seok.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Dari saat itu, perkenalan aku dengan Ho Seok semakin akrab. Bukan ke aku pernah terfikir dahulu dengan hanya sebuah senyuman boleh menjadi hubungan yang istimewa? Aku suka dengan Ho Seok. Dan aku tahu dia turut merasakan perasaan yang sama seperti aku.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Kenapa awak suka sangat baca buku?" Soal Ho Seok suatu hari kepada aku.

"Sebab buku kan jambatan ilmu" aku membalas sambil membaca kembali novel yang terdapat di tangan aku.

"Kalau ilmu tu, kenapa baca novel?" Tegur Ho Seok. Aku tersengih. Memang betul kata Ho Seok itu. Aku menutup buku aku dan memandang dia.

"Kebanyakan novel yang saya baca semuanya bermula dengan kesengsaraan dan berakhir dengan kegembiraan. Saya nak hidup saya macam dalam sebuah novel" jawab aku dengan yakin. Memang benar, aku mahukan kehidupan aku seperti dalam novel. Sakit hanya sementara dan bahagia selamanya.

Ho Seok tersenyum manis. Lalu mengangguk tanda mengerti dengan apa yang aku katakan.

"Memang hebat impian awak itu" jawab Ho Seok. Aku sekadar menghadiahkan senyuman.

'Tapi ini realiti sayang dan kau harus menerimanya' Desis Ho Seok dalam hati.

✘✘✘

Masih aku ingat beberapa minggu lepas dia meluahkan perasaan terhadap aku. Dia membawa aku jalan jalan dan tengok wayang. Dan saat itulah dia meluahkan segalanya.

Kan aku sudah cakap kehidupan ini seperti novel? Indahnya dunia. Dan kini hati aku milik Ho Seok.

Tapi kini hubungan kami agak jauh sedikit. Mungkin dia sibuk? Ah, tak mengapa. Janji dia sentiasa ada untuk aku.

✘✘✘

Aku menekan butang loceng rumah Ho Seok. Rindunya aku terhadap hero dalam kisah cerita aku. Hari aku membuat keputusan untuk datang ke rumah kau sendiri. Tidak perlu tunggu tunggu.

Kim Tae Hyung. Kawan kau membuka pintu rumah. Aku tersenyum.

"Ho Seok ada?"

Mata Tae Hyung sayu memandang aku. Aku terdiam. Apa maksud pandangan itu?

✘✘✘

Air mata aku mengalir membasahi pipi. Berita yang aku terima pagi tadi benar benar membuat hati aku hancur. Ho Seok ada penyakit? Kenapa dia tak pernah cakap? Ho Seok sudah tinggalkan aku untuk selamanya.

Buku yang aku terima dari Tae Hyung hadiah dari Ho Seok aku peluk dengan erat.

Ini ke kisah cerita yang aku inginkan? Tidak! Tidak! Ini tak sama seperti apa yang aku inginkan. Buku yang diberikan dari Ho Seok aku merenung.

Perlahan-lahan aku membuka. Terdapat satu helaian kertas tertulis ayat buat diri aku sebagai pesanan terakhir dari Ho Seok.

Jadikanlah buku sebagai kisah hidup awak. Bangun dan lihatlah. Ini realiti dan bukan kisah novel yang seperti awak harapkan.

Coretkan kisah cinta awak bersama saya agar mereka sedar yang realiti itu tidak semestinya indah dalam buku.

I love you forever.

_____

Request by dayamiya

Dia ni baik. Siap kasi jalan cerita dan suruh dijadikan oneshot je 😘 so guys, ni idea dia ye. Kyung cuma tambah tambah sikit. Hope awak suka . Sorry kalau tak seperti apa yang awak harapkan 😭

Xoxo, Kyungru

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now