10; Melodi

729 89 4
                                    

Aku merenung setiap kekunci piano di hadapan aku. Hitam dan putih sama seperti kehidupan. Jari runcing aku menekan satu kekunci. Satu melodi tinggi terhasil.

Ting. Ting. Ting.

Aku menekan berkali kali kekunci itu. Fikiran aku merewang memikirkan perbualan antara aku dan ibu aku.

Dia memaksa aku untuk menyertai pertandingan piano klasik itu. Sejujurnya aku tidak mampu! Asas dalam bermain piano pun aku tiada. Aku sendiri tidak boleh beza not not yang tertulis di atas kertas. Jadi bagaimana?

Ibu kata untuk melihat aku berjaya di atas pentas nanti adalah salah satu impiannya yang telah lama dia impikan. Sebagai anak aku tak mampu untuk menolak. Tapi..

Aku cuba untuk berlatih. Sendiri! Tanpa bantuan sesiapa. Aku hendak uji diri aku sendiri. Kertas lirik yang bertajuk Kiss The Rain aku cuba untuk mainkan. Rentaknya kedengaran sedih namun ada ketenangan disebalik melodi tersebut. Jadi aku percaya lagu ini mungkin boleh bawa aku kejayaan.

Satu persatu not aku mengikut dengan teliti. Aku pernah belajarnya di internet. Berbekalkan sedikit pelajaran itu, aku gunakan sebaik mungkin.

Aku menekan di satu kekunci. Nada rendah terhasil. Aku mula keliru. Kenapa bunyinya berbeza dari yang asal? Aku cuba kembali. Tetap berbeza. Aku cuba untuk berfikir dimana kesilapan aku. Ahh! Kusut aku fikirkan. Aku terasa mahu putus asa.

Pinggang aku terasa hangat. Dan serta merta jemari aku digenggam kemas oleh seseorang. Tubuh aku terpaku.

"Awak salah kekunci, perhatian piano ini. Ada dua not yang sama tapi nada berbeza. Perhatikan betul betul"

Lembut lelaki itu membawa jari aku bermain main dengan kekunci piano. Melodi yang aku harapkan akhirnya terhasil jua dengan bantuan lelaki tersebut. Apabila aku berjaya bermain hingga ke akhir, aku menoleh untuk melihat lelaki tersebut.

Seorang lelaki memakai T-shirt putih dan kepalanya tersarung baenie merah tersenyum melihat aku.

"Nama saya Jeon Jung Kook"

✘✘✘

"Awak tahu apa maksud kekunci piano ini?" Soal Jung Kook suatu hari. Hari itu Aku baru berlatih dengannya bermain piano. Jung Kook lah guru, Jung Kook lah mentor aku. Dia setia mengajar aku dari mula hingga akhir tentang piano tanpa jemu.

Aku menggeleng.

"Cuba awak tengok kekunci piano ini. Berselang-seli putih dan hitam. Setiap kekunci menghasilkan nada yang berbeza tapi.. apabila kita gabungkan kesemua iya akan menghasilkan satu melodi yang paling indah"

Aku merenung Jung Kook dan cuba untuk memahami maksudnya. Sungguh mendalam dan sukar untuk mengerti. Aku tersenyum.

"Dan samalah seperti hubungan kita ini" sekali lagi Jung Kook bermain main dengan emosi aku. Aku kekeliruan dan hati aku berdegup laju.

✘✘✘

Aku membelek buku lirik yang dihadiahkan oleh Jung Kook. Satu muka surat menarik perhatian aku. Melodi bertajuk River flows in you dari Yiruma. Namun bukan lagu itu menarik perhatian aku tapi satu ayat yang tertulis dibawah lirik itu membuat hati aku berbunga.

-Dear my sweetheart,
Fighting! I know you can do it.
I love you- Jjk

Aku mengoyak muka surat tersebut dan mula berlatih lagu demi Jung Kook. Aku mahu Jung Kook bangga dengan hasil usaha aku. Dengan susah payah aku cuba bermain di bahagian melodi yang laju.

✘✘✘

A

ku tersenyum lebar. Tidak sabar mahu menunjukkan kepada Jung Kook dengan pencapaian aku. Aku melangkah ke salah satu bilik di bangunan muzik ini. Bilik dimana ditempatkan khas untuk Jung Kook mengajar.

Aku mahu membuka pintu namun mata aku terlebih dahulu ternampak Jung Kook memeluk tubuh seorang gadis di cermin pintu. Aku terpapar seketika. Pelukan itu sama seperti pertama kali pertemuan kami.
Hati aku mula terasa sayu. Entah kenapa aku terasa seperti orang bodoh. Jung Kook itu lelaki pujaan ramai. Jadi tidak hairanlah jika ramai gadis yang cantik mahu mendampinginya.

Kertas di tangan aku direnyokkan lalu aku jatuhkan di atas lantai berhadapan pintu tersebut. Lantas aku bejalan keluar. Hati aku benar benar perih.

"Awak! Awak!"

Aku menoleh. Jung Kook sedang mengejar aku. Kaki aku terhenti.

"Kenapa awak datang?" Soal dia dengan nafas yang tercungap-cungap. Mungkin penat berlari. Aku melarikan pandangan.

"Erm.." aku berfikir. Tangan Jung Kook menggengam jemari aku. Kertas yang aku buang tadi ada ditangannya. Dada aku berdebar.

"Awak dah berlatih lagu ni?" Soal Jung Kook. Aku sekadar mengangguk. Jung Kook tersenyum. Dia menarik aku ke dalam semula.

"Mari, saya nak dengar awak main"

Hati aku berteka teki. Jung Kook melayan aku berbeza dari gadis lain. Sama ada aku Sendiri yang merasa begitu atau sebaliknya?

✘✘✘

Sumpah selepas kejadian tempoh hari aku tidak punya semangat untuk berlatih. Pertandingan semakin hampir dan pencapaian aku pula seperti merosot. Aku gusar. Mampu ke aku nanti?

Ibu aku akan memerhatikan aku. Semua orang akan menyaksikan aku nanti. Aku benar benar gerun dengan semua ini.

Akhirnya waktu yang telah lama aku tunggu tiba. Pertandingan itu bermula dan aku penyertaan terakhir. Perasaan takut menyelubungi diri.

Jung Kook hadir di belakang aku.

"Kalau awak takut, pandang sahaja saya dan semuanya akan okay. Saya janji"

Aku merenung Jung Kook. Ya, dialah sumber kekuatan aku. Aku mengangguk. Walaupun hati aku sakit tapi aku perlukan kekuatan sekarang.

✘✘✘

Aku berlari mencari Jung Kook. Tangisan kegembiraan keluar. Trofi juara aku genggam dengan kemas.

"Tahniah sayang! Saya tahu awak mampu" Ucap Jung Kook di belakang aku. Aku menoleh. Sebuah senyuman aku hadiahkan. Dia memeluk tubuh aku. Dan aku terasa bahagia dalam pelukannya. Aku tahu Jung Kook turut cintakan aku. Tapi gadis tempoh hari...

"Jung Kook, hari tu saya nampak awak..." aku beranikan diri untuk bertanya namun ayat aku terhenti.

"Dia adik perempuan saya"

_________________

Hai Bananas! 🌸 Sorry if this imagine is kinda bored. Actually I have a hard time this before and please forgive me about late update.

Thanks keep waiting and i love you guys!

Xoxo, Kyungru

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now