17; Katak

669 78 9
                                    

Jeon Hye In berjalan di kaki lima koridor sekolah High school Daegu menuju ke makmal sains. Hari ini dia ditugaskan mengambil alih sebagai pembantu makmal untuk subjek biologi kelak. Walaupun dia juga seorang murid namun atas kepintarannya dalam subjek biologi dia pilih untuk mengantikan sementara pembantu makmal.

Hye In berjalan agak pantas di kaki lima kerana dia sudah kesuntukan masa. Tangannya memegang kotak hitam dengan erat. Takut terjatuh. Hye In berjalan terlalu laju sehingga tidak perasan Hye In terlanggar seseorang dari belakang.

"Ouch!" Jerit Hye In. kotak hitam tersebut jatuh terbuka dan 'benda' yang didalamnya bersepah di atas lantai. Hye In memandang ke atas untuk melihat gerangan siapa yang telah Hye In langgar.

Mata hye In terbuka luas. Rambut kusut yang sudah kedepan tidak dipedulikan. Hye In telah langgar Yoon Gi KINGKA di sekolahnya. Aish! Mati aku macam ni. hye In mengumam.

Siapa tak kenal Min Yoon Gi? Kingka no 1 dalam sekolah Hye In. Semua orang takut kepadanya. Kekadang cikgu juga turut takut hendak 'menyentuh' aura Yoon Gi memang kuat dan menakutkan.

Hye In melihat Yoon Gi sudah jatuh terduduk di hadapannya akibat perlanggaran tadi. Muka Yoon Gi menahan sakit dan Matanya merenung tajam ke arah Hye In.

Omoo! Habislah... Ommaaaaa! Rintih Hye In dalam hati. Hye In menanti Yoon Gi bersuara dengan penuh debar. Yoon Gi menunding jari ke arah Hye In. Hye In menunduk takut untuk melihat wajah bapak singa dihadapannya.

"Eh! kau sedar tak..." ayat Yoon Gi tergantung. Hye In masih menanti dengan debar. Bersedia untuk menghadapi hukuman dari Kingka yang tidak berhati perut itu. Sunyi. Hye In mula hairan apabila Yoon Gi tidak menyambung ayatnya. Hye In mengangkat wajahnya memadang Yoon Gi.

Wajah Yoon Gi pucat dan tangannya mengigil. Matanya merenung tepat ke arah 'benda' yang jatuh berterabur dihadapannya. Hye In melihat kataknya yang berterabur. Bingkas Hye In bangun dan mengutip katak tersebut. Satu persatu Hye In masukkan dalam kotak dan Yoon Gi masih terdiam seperti tadi.

Ngerbit!

Seekor katak yang masih belum pengsan melompat di hadapn Yoon Gi. Serta merta Seluruh bulu roma Yoon Gi menaik.

"Arghhhh!" Yoon Gi menjerit dan berlari pergi tinggalkan Hye In disitu. Hye In terpinga pinga dengan kejadian tadi. Matanya seolah tidak percaya dengan kenyataan yang

KINGKA bernama Min Yoon Gi takutkan KATAK.

✘✘✘

"Baiklah. Pelajar kamu boleh mula bedah katak yang berada di hadapan kamu sekarang. Jika ada sebarang masalah atau tak tahu cara bedah dengan betul, kamu boleh minta bantuan dari Jeon Hye In" Cikgu Ji Hyo memberi arahan dengan jelas. Kesemua pelajar faham dan mula bedah katak yang berada di hadapan mereka. Seorang satu katak.

Hye In pergi satu meja ke satu meja untuk meninjau keadaan pelajar. Apabila tiba di meja terakhir dan agak hujung dari makmal mata Hye In terbuntang. Yoon Gi?!

"Hye! Kau budak yang langgar aku tadi kan?!" Bisik Yoon Gi agak mendalam kepada Hye In. Hye In merenung Yoon Gi dengan pandangan takut. Hye In mengangguk kecil.

"Dengar sini budak! Kalau kau bocorkan rahsia aku kat semua orang yang aku takut katak, siap kau!" Yoon Gi memberi amaran kepada Hye In. Laju Hye In mengangguk tanda faham. Lantas Hye In beredar dan menuju ke meja lain. Hye In menarik nafas lega. Mujur Yoon Gi tak jadi hukumnya kerana terlanggar Yoon Gi pagi tadi. Mungkin Yoon Gi takut rahsianya pecah?

Hye In tersengih.

Satu jam berlalu. Hye In memerhati Yoon Gi dari jarak jauh. Terkial kial Yoon Gi memegang alat bedah. mukanya pucat seperti pagi tadi. Timbul rasa kesian di lubuk hati Hye In. Hye In Menuju mendekati Yoon Gi.

Katak dihadapan Yoon Gi masih belum terbelah lagi.

"Yoon Gi.. awak okay?" Soal Hye In. Yoon Gi menunduk kepalanya. Air mata seperti sedang berkumpul di tubir mata Yoon Gi. Alamak! Kingka sekolah nangis ke?!

"Erkk.. Yoon Gi.. cepatlah buat nanti Cikgu Ji Hyo mesti marah" aku memujuk Yoon Gi. Yoon Gi kekal dengan posisinya. Serentak dengan itu Cikgu Ji Hyo bersuara.

"Baiklah pelajar sampai disini sahaja. Pelajar yang berjaya bedah katak sepenuhnya dengan betul itu nanti saya luluskan kamu dalam subjek biologi"

Kesemua pelajar mengemas alat mereka dan beredar keluar dari makmal. Yoon Gi pula masih tidak berbuat apa apa kerana dia tidak mampu untuk atasi ketakutannya. Cikgu Ji Hyo mendekati Yoon Gi.

"Yoon Gi! Apa masalah kamu ni? Kamu nak gagal dalam subjek ini ke? Kenapa kamu langsung tak bedah katak tu?!" Bertubi-tubi soalan yang dikenakan untuk Yoon Gi dari cikgu Ji Hyo. Hye In berdiri dihadapan Yoon Gi.

"Erk. Cikgu boleh bagi dia masa? Dia perlukan bantuan saya tadi tapi saya tak sempat tolong dia. Please Cikgu.." Hye In merayu kepada Cikgu Ji Hyo. Cikgu Ji Hyi mengeluh.

"Baiklah. Satu jam bermula sekarang. Selepas satu jam saya datang balik dan kalau awak masih belum bedah. Awak gagal dalam subjek ini!" Cikgu Ji Hyo memberi amaran lalu keluar dari makmal.

"Okay Yoon Gi! Fighting! Saya percaya awak boleh buat" Hye In memberi semangat untuk Yoon Gi. Yoon Gi menggeleng.

"Aku tak boleh Hye In! Aku tak boleh! Aku ta.."

Hye In memegang wajah Yoon Gi. Ayat Yoon Gi terhenti.

"Tengok saya and everything gonna be fine. Don't worry" Seraya Hye In melepaskan wajah Yoon Gi dan mengenggam tangan Yoon Gi untuk mengatasi ketakutannya. Hye In tak nak Yoon Gi gagal dalam subjek ini. Perasaan terharu hadir dalam diri Yoon Gi.

✘✘✘

Hye In tersengih apabila terkenangkan kembali saat itu.

"Sayang, For you" Yoon Gi menghadiahkan patung katak berwarna hijau untuk Hye In. Hye In menyambut.

"Hai, dah tak takut katak?" Usik Hye In. Yoon Gi tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Saya memang takut katak.. Tapi saya lagi takut kehilangan orang yang saya sayang"

___________

Request by someone yang Kyung tak ingat usernamenya. Jeon Hye In, Mianhae 😞

So here your request. Hope you like it ^^ Enjoy bananas! 🌸

Xoxo, kyungru

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now