9; Teru Teru bozu

736 74 6
                                    

Min Yoon Gi berlari lari ke arah hutan yang sangat tebal. Telinganya ditutup dan kakinya laju melangkah masuk ke dalam hutan.

Teru Teru Bozu
Teru Bozu

Sekali lagi lagu itu terngiang ditelinga Yoon Gi. Jelas sekali benda itu semakin hampir walaupun tidak kiralah berapa jauh pun Yoon Gi cuba untuk melarikan diri.

"Argh!" Yoon Gi terlanggar akar pokok yang menjalar dan Yoon Gi jatuh terjelopok. Sedaya upaya Yoon Gi bangun dan dirinya mula rasa ketakutan.

Teru-teru-bozu, teru bozu
Ashita tenki ni shite o-kure
Sorete mo kumotte naitetara
Sonata no kubi wo chon to kiru zo

Suara seperti gadis perempuan bernyanyi lagu jepun itu menghantui Yoon Gi. Bait lirik terakhir yang bermaksud jika esok masih mendung dan aku terjumpa kau menangis. Aku akan memenggal kepala kau. itu membuatkan bulu roma Yoon Gi menegak.

Mungkin kedengaran pelik pada pandangan orang lain, namun Yoon Gi mengerti maksudnya. Dan hanya satu sahaja dalam fikiran Yoon Gi sekarang. Hidupnya bakal berakhir!

Air jernih mengalir di tubir mata menandakan hanya tahuna sahaja tahu betapa takutnya dia sekarang. Lagu itu semakin kuat mendekati Yoon Gi. Yoon Gi memejamkan mata dan hanya pasrah dengan apa yang berlaku. Tiada tempat untuk dia berlari lagi.

Seminit..

Dua minit..

Suasana sunyi seketika. Lagu yang menghantui Yoon Gi tadi hilang secara tiba tiba. Yang didengar hanyalah bunyi alam pada waktu malam. Yoon Gi membuka mata dan melihat sekeliling.

"HAHAHAHA"

Satu lagi suara lelaki agak garau sedang ketawa menghantui Yoon Gi.

"Tak ada guna kau lari suga.. tak ada guna.."

Ketakutan Yoon Gi semakin mengila. Perlahan dia cuba mengangkat wajah dan merenung ke arah suara tersebut.

Kim Seok Jin berdiri di depan mata Yoon Gi sambil memegang pisau tajam ditangannya. Yoon Gi tergamam melihat Jin berada di sini. Yoon Gi bangun dan cuba untuk lari.

Teru-teru-bozu
teru bozu

Kaki Yoon Gi terpaku. Dia dikelilingi patung teru teru bozu yang putih dan dipenuhi dengan darah pekat. Wajah patung itu menakutkan dan menyeramkan. Pucat muka Yoon Gi dan tangannya menggeletar. Yoon Gi berpaling..

"MATILAH KAU YOON GI!"

✘✘✘

"Kau berjaya bunuh dia untuk aku?"

"Ya"

"Bagus, akan aku berikan ganjaran seperti dijanjikan"

"Terima kasih.."

"Tapi tugas kau belum habis. Masih ada seseorang lagi yang harus kau bunuh"

"Siapa?"

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now