Aku mengatur langkah ke hadapan. Alangkah terkejutnya aku melihat pasangan pelanggan yang datang itu.

"Eh, kau?" Sapa Rafeqa. Dia tersenyum sinis.

Adakah apa yang berlaku pada Rafeqa dulu akan berulang tetapi kali ini pada aku?

Ialah, dulu Aidan menolaknya di butik tempat kerja Rafeqa, sekarang adakah aku pula yang akan merasakan benda yang sama?

"Wow, hebat sungguh..bekerja di butik ya kau?" Rafeqa melepaskan lengan Aidan dan berjalan mendekati aku. Wajah aku di tilik. "Ugh, jijik la tengok muka engkau!" Hamburnya.

Aku tidak kisah, kata-katanya hanya untuk menyakiti hati aku. Aku langsung tidak kisah lagi. Aku memandang Aidan di belakang, "abang.." bisikku.

"Siapa abang kau?" Nada Rafeqa meninggi. Aku tersentak. Air mataku menakung. Argh, jangan menangis Aisya. Kau tak mahu kelihatan lemah di hadapan Aidan. Aidan menundukkan kepalanya.

"Aqeela.." sapa Kak Hadirah. Aku menundukkan wajah. "Cik, boleh saya bantu?" Tanya kak Hadirah kepada Rafeqa.

"Saya nak beli baju untuk perkahwinan kami dan saya tak nak layanan daripada perempuan tu.." Kata Rafeqa dengan angkuh lalu menunding jari ke arahku.

"Dia ada buat masalah ke?" Soal kak Hadirah kepada Rafeqa. Kak Hadirah menggenggam tanganku agar aku bersabar.

" huh, tengok muka dia dah satu masalah buat aku.." ujarnya sambil menyilang tangan ke dada.

Mendengar Rafeqa berkata begitu, kak Hadirah menoleh ke arah aku. Dia memandang aku dengan makna. Aku faham, lalu aku mengorak langkah ke stor menggantikan tempat kak Hadirah. Biarlah dia yang melayan. Kalau aku, aku rasa aku tak mampu melihatan drama mereka nanti.

.
.
.

"Kita masuk butik ni pulak la sayang.." rengek Rafeqa. Ini butik haritu. Aku memandang Rafeqa dan mengiyakan kata-katanya. Ini adalah butik ke lima yang kami masuk. Dari awal tadi, ada sahaja yang tidak kena dengan bajunya. Aku okay je, Rafeqa sahaja yang banyak songeh. Biarlah, asalkan dia bahagia.

Kami melangkah masuk. Hati aku terasa tidak sedap. Keluar seorang pelayan wanita. Perempuan ni. Kali ini aku langsung tidak rasa ingin marah. Biasanya melihat dia aku nak marah, tapi ini tak.. Aku dapat rasakan aura....rindu? Argh, kenapa dengan kau ni Aidan?! Kau benci dia! Dia mempergunakan kau! Kau tak kenalpun dia! Argh, kepala aku sakit.

Pandangan dia..

"Abang.."aku mendengar bisikannya. Abang? Sekejap..di mana aku dengar panggilan ni? Ah,kenapa aku terasa sebak? Aku menundukkan kepala.

Seorang wanita datang. Aku biar sahaja mereka menyelesaikan masalah. Aku mendengar apa yang Rafeqa katakan. Agak keras. Tetapi aku biarkan.Aku tak nak masuk campur. Aqeela..nama dia Aisya Aqeela.. Aisya berjalan memasuki satu bilik. Kenapa semakin dia berjauhan semakin aku sebak? Argh, gila la kau Aidan! Jangan terpedaya! Cinta kau dekat depan ni, Rafeqa Syuhada!

.
.
.

Aku menangis..menangis semahu-mahunya..Ya Allah..pedihnya hati ini..Allahuakbar..Ya Allah..kuatkanlah hati aku ini..

"Aqeela?"

Aku mengesat air mataku. Tetapi ia berdegil masih mahu menitis. Aku tidak tahan, biarkan sahaja..biarlah air mata ini menitis.

"Aqeela jangan la menangis.." Kak Hadirah menepuk belakang aku. Dia mengusap perlahan lenganku.
"Sudah la..mungkin pelanggan itu tengah stress..itu yang dia keras macam tu..sudah la.." pujuk kak Hadirah. Aku menggelengkan kepala, "tak...tak...akak tak faham..dia tu..dia.." aku semakin sebak. Esakan tangisan ini tak mampu di tahan. Aku memeluk tubuh kak Hadirah, "kenapa Aqeela? Bagitau akak.." katanya.

"Lelaki tu...suami Aqeela.." aku terus meraung. Ya Allah..sakitnya..Ya Allah...

Hadirah tersentak mendengar luahan Aisya Aqeela. Betulkah apa yang di dengarinya? Lelaki tadi itu suami Aisya Aqeela?

"A-Aqeela..tabah ya.." Hadirah tidak mampu menolong, dia hanya mampu menenangkan Aisya dan berdoa agar Aisya Aqeela selamat.

***

"Sayang, you nak tema apa?" Tanya Rafeqa sambil membelek catalog pelamin pengantin dan sebagainya.

Aidan tidak membalas, fikirannya melayang memikirkan tentang Aisya Aqeela dan mimpi-mimpi anehnya sejak kebelakangan ini.

"Sayang!"

"Ha, ye apa dia.." akhirnya dia tersedar. "Ish, apa you ni..mengelamun pulak..ni ha, cantik tak?" Tanya Rafeqa sambil menunjukkan catalog. Aidan hanya mengangguk. "Hmm, okay.."

"You ni kenapa? Macam tak suka je keluar dengan I.." soal Rafeqa. "Eh, mana adalah..I penat sikit je.."balas Aidan sambil tersenyum plastik. "Hmm ye la.."

Siapa kau yang selalu menghantui malam aku? Selalu membuatkan aku teringatkan kau? Yang selalu timbulkan perasaan rindu? Siapa? Argh, kepala aku sakit memikirkan engkau. Tolonglah, tunjukkan diri kau!

Mampukah Dia

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now