Aidan tergelak kecil lalu mencuit batang hidung Aisya. "dah, tepi.. aku nak pakai baju..dah la sejuk ni.." Aidan menolak Aisya dengan selambanya lalu gadis itu jatuh terjelopok di atas lantai serupa nangka busuk.

"aduh.."desah Aisya. eih, suka hati dia je! dah peluk orang lepastu sedap dia je tolak orang macam tolak papan! hish! gerutu Aisya dalam hati. Aidan hanya mampu tersenyum sinis.

"oh,abang.."panggil Aisya. Aidan yang sedang membelek pakaiannya dalam almari hanya menjawab, "hmm?"

"kenapa pakai aku kau balik?" soal Aisya. ha, pelik lelaki ni. macam-macam panggilan la dia nak guna. Aidan tidak menjawab, sebaliknya dia memusingkan tubuh dan menghulurkan baju t-shirt dan seluar tracknya kepada Aisya dengan senyuman tak lekang dari bibir.

Aisya mengerut dahi, "nak buat apa ni? takkan nak bagi saya yang pakai?"soal Aisya. Aidan menghembus keluhan halus. "sayang..I nak you pakaikan baju I..ingat tak time hari nikah tu? you tak tukarkan pun baju I..so, now you need to pay for it.."ujar Aidan sambil melipat tangan ke dada.

Aisya ternganga. memori selepas bernikah dulu terimbas kembali.

"macam tu ke nak kejut suami?"soal Aidan. menegak bulu roma Aisya dibuatnya. nafasnya tidak teratur. dia berasa kedudukannya terlalu intim dengan Aidan.

"s-saya..nak suruh prof tukar dulu baju prof..baru tidur.." gagap Aisya bersuara. Aidan tersenyum sinis.

"kenapa tak kau je yang tukarkan baju aku?"

Aisya mengerutkan muka. Ah sudah! otaknya ligat memikirkan alasan. tiba tiba matanya terbuntang, "oh a'ah la! tadi mummy suruh tolong masak.. okay bye!" Aisya terus berjalan laju ke arah pintu bilik.

tiba tiba kolar bajunya di tarik dari belakang. "oit, mana nak lari?"soal Aidan, dingin. Encik dingin buat comeback!

Aisya tersengih mengalahkan kerang busuk, "err..tak..bukan lari..tapi tu ha..aaa.." Aisya gagap. Aidan sudah tergelak jahat di dalam hati. hah! hah!

"sayang, you kena sarungkan dulu baju kat badan I, baru I lepaskan you nak pergi mana pun!" janji Aidan dengan nada mengusik.

Aisya menggigit bibir bawah. "huhh.. fine.." Aisya menarik tangan Aidan ke arah katil. Baju di tangan Aidan di ambil. "angkat tangan!" arah Aisya tegas. Aidan menggulingkan mata dan menurut.

"ha, jeling jeling! minta tolong orang pastu sombong!" kata Aisya, tak puas hati. Aidan menurunkan tangan semula, "suka.hati.aku.la." balas Aidan. Aisya menarik dan menghembus nafas. sabar.sabar. tiba masa nanti, kena la.

Aisya menyarungkan baju pada tubuh Aidan. Aidan tersengih-sengih di layan seperti anak raja itu.

tiba tiba pergerakan Aisya terhenti. Dia membuat muka simpati kepada Aidan. dengan muka dingin, Aidan bertanya, "kau apahal?"

"t-takkan la seluar pun nak orang yang pakaikan.." rengek Aisya. Aidan menahan tawanya. "ha, pakaikan la.."Aidan menggulingkan mata.berlagak. Aisya menahan sabar. Nak kena lempang dia ni. Dia mengambil seluar lelaki itu dengan muka cemberut.

cepat-cepat tangan Aidan menarik seluarnya di tangan Aisya membuatkan gadis itu tersentak. "dah, tak payah.. aku pakai sendiri..sana, blah.. "Aidan terus membawa seluarnya masuk ke dalam bilik mandi untuk menyalinnya.

***

Apabila keluar dari bilik mandi, lengan Aidan terus di tarik ke katil. "nak buat apa ni?"Tanya Aidan. Aisya Aqeela menolak tubuh Aidan sehingga dia terduduk di birai katil.

Aisya memanjat katil dan pergi ke belakang Aidan. "sayang.. buat apa?"soal Aidan sekali lagi. "senyap la.."balas Aisya.

tiba tiba terasa ada tangan di atas kepalanya. "ni ha..abang punya rambut basah..nanti sejuk..nanti takut lagi teruk demam.. jadi, Aisya keringkan la ni.."terang Aisya sambil mengeringkan rambut Aidan dengan tuala kering. Aidan membuat mulut O

"abang abang abang..lepas ni saya nak keluar beli barang dapur dengan angah..abang tunggu rumah tau.."ujar Aisya. Aidan mengerut dahi.

"nak ikut.."ujar Aidan. Aisya menggeleng. "mana boleh! abang kena rehat kat rumah. badan abang ni panas lagi.." bidas Aisya lalu meletakkan belakang tapak tangan ke dahi Aidan.

Aidan menarik tangan Aisya yang di dahinya, "kalau macam tu..kau tak boleh pergi..teman aku kat rumah ni.." kata Aidan separa bisik.

"ish, manja la abang ni! no! alaaa..nanti Aisya balik la..okay? abang rehat je.."

"huh..suka hati la.." akur Aidan. Pasrah.

zupp! tubuh Aidan di tolak sehingga terbaring. Aisya menundukkan kepalanya sehingga mukanya mendekat dengan muka Aidan.

jantung Aidan berdegup laju. Terkejut woi! Ni bukan kes jantungku berdegup kerna dia dup dap dup dap.. Ni kerna terkejut jatuh bangunan kena tolak dengan kingkong!

"awak jangan nak mengada merajuk eh, prof Aidan..nanti Aisya balik, Aisya pujuk prof Aidan..okay?" ujar Aisya separa berbisik. Aidan menelan Air liur. Dia mengangguk laju. seram juga budak ni kadang-kadang. Nak pujuk tu macam nak sedut darah.

Aisya tersenyum manis lalu dia mencium dahi suami kesayangannya. "bye abang!! Aisya pergi siap dulu!!" Aisya melompat turun daripada katil.

Mampukah  Dia

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now