aku rindu bibir dia..aku rindu sentuhan dia..aku rindu kasih sayang dia..tipu la kalau aku sanggup nak tinggalkan dia..encik dingin, I love you so much..

***

Aku mengejutkan Aidan. hari ni daddy bagi Aidan cuti sebab baru keluar hospital. Aku pun ambil cuti. Yey! Aku nak jaga prof Aidan aku ni. Sian dia, lama jugak aku abaikan dia.

"Awak bangun la.." aku menggerakkan tubuhnya. Tiba-tiba tangannya menindih bahuku.

Ya Allah, berat! Aku terus tersembam ke atas tilam. Aku menghembus keluhan halus. Lengannya aku tolak ke tepi.

Oo..main dengan aku ye?

Aku tersenyum nakal. Haaa..keluar sudah idea nakal dia

..sian suami aku ni..lama aku tak layan baik-baik. Ceyh kejam punya bini.

"Abanggg.."panggilku dengan nada meleret. Suara yang menggoda.Aidan setakat menggerakkan sedikit tubuhnya.

Aik, ni betul tak bangun ke buat-buat tak bangun? Aku mengerutkan muka. Aku mengetap gigi. Ermm, geramnya tengok dia ni. Comel jeeeee. Nasib baik kau ni halal untuk aku encik dingin, kalau tak.....

....nak tengok pun tak boleh.

Ceyt..

Aku menyentuh dahinya dengan belakang tapak tangan. Ternyata suhu badannya masih panas. Ni kena suruh mandi ni.

Aku menarik selimut Aidan. Start dah nak main..

"Hmm..sejuk la.."rengeknya dengan mata masih tertutup rapat. Aku tergelak kecil. Aku memanjat tubuh Aidan. Tangan kananku menahan dari menindih tubuhnya dan tangan kiriku mula menyelinap masuk ke dalam t-shirt hitam lengan pendeknya.

Aku bermain dengan six pack yang sudah tersedia di tubuhnya.uish. Aku mengelus lembut perutnya. Nak cucuk tapi takdak lemak.

"ishh..sayang.."rengek kecil Aidan. Aku semakin galak melihat riaksinya..

"Sayang..don't..." Aidan merengek.  Aku bergelak sakan dalam hati.

Ha!..ha!..ha!..

"Bangun la.."pujukku. Tiada respon. Oo, nak kena lagi ke?

Aku mengambil langkah mencucuk pinggangnya. Bagai ada arus elektrik yang menerusi tubuhnya, Aidan menjerit kecil kegelian, "Ahhh gelila!!"

Sekali lagi aku tergelak dalam hati. Tahan dulu. Jangan sembir ketawa kau tu sya..

Aku mengelus pipinya. Hmm, rindu betul aku dengan dia ni.haih encik dingin, camna la aku boleh sayang sangat dekat kau?

Mata kami bertautan. Aku tersenyum kecil.  Muka dia bangun tidur. Comel! Dengan rambut serabai, mata kuyu. Haihh..cairrr..dah la handsome. Oyemjiii..

Abang dah berpunya ke? Ceyhh..

"Ouch!" Jeritku kecil apabila tiba-tiba tangannya mencubit pipiku. "Mengelamun..ish nakal eh kacau orang.. "ujarnya. Aku tergelak kecil..lagi.

Aku terus bangun dan berdiri di sebelah katil.

"Prince, jom bangun..awak kena mandi..awak demam lagi ni.."ujarku dengan lagak butler tidak berbayar. Aku menghulurkan dua belah tanganku.

Tanpa banyak songeh, Aidan mencapai tanganku. Aku menariknya sehingga dia terduduk di birai katil. Tubuhnya kelihatan lesu.

Em..nampak tak bermaya sangat dia ni. Tak salah kan kalau aku.....

"Awak, mandi eh?"ujarku. Aidan mengangguk lemah. Aku terus menarik hujung t-shirt yang di pakai.

Aidan memandang aku, aku memandang dia. Aku tersenyum tipis.haih,nak tak nak je. Terus dia akur dan mengangkat tangannya ke udara. Aku mengangkat t-shirtnya. Terpampang tubuhnya yang putih dan bersix pack. Uish..mengancam gila beb! Nampak tak, aku dah macam tak betol dengan dia ni..

Aku terus memapahnya berdiri. Aidan hanya menuruti. Tuala putih yang sudah tersedia di birai katil aku ambil.

Perlahan aku melilit pinggangnya.  Aku terus memimpinnya masuk ke dalam bilik mandi.

Apabila tiba di bawah shower, aku melekapkan belakang tapak tanganku di dahinya. Panas. Mm.cepat la baik. Saya risau.

Aloh aloh..dah macam mak jaga anak dah aku rasa. Ahah!

Shower dibuka lalu dia membasahkan kakinya dulu sehingga ke kepala. Tiba-tiba Aidan memusingkan tubuh.

Gulp. Arkkk.

Rambutnya, tubuhnya semua, keh. Matanya cuba untuk membuat eye contact. Aku terus memandang matanya yang cantik itu. Satu senyuman kecil terukir pada bibirnya

Tangan kanan Aidan memegang tangan kiriku lalu dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku. Berdegup laju jantungku saat dapat merasakan kehangatan tubuh dan nafasnya.

Chupp!

Bibir aku dan Aidan bercantum..dan dia menarik aku ke bawah shower.

Mampukah Dia

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon