aku segera mengetap bibirku. salah aku juga, duk muncung sangat. setelah selesai mencuci, aku berjalan laju melepasinya dan menuju ke ruang tamu. baru sahaja nak melabuhkan pinggul, satu tangan menarik bajuku dari duduk. nasib baik dia tarik baju je okay.

"eih! awak nak apa?!"soalku dengan nada marah. baju aku masih ditarik olehnya. Aidan membuat muka tidak bersalah.

"nothing.." dia terus melepaskan bajuku dan aku terus melayang jatuh di atas sofa. tak guna punya tunang!

"eih, Prof ni pun..nak lepas tu baik la sikit..suka hati je..tengok pinggang orang dah sakit!" omelku.

"habis, kau nak aku angkat bridal style lepastu lapik bantal pastu letak kau baik baik..camtu?"soalnya. Aku ternganga dengan kata katanya. gila.

"tak..sekarang, apa masalah Prof tarik baju saya?!" ha, ni la soalan panting. apa sebab dia duk tarik baju aku hah? aku nak duduk pun tak senang.

"sengaja.."jawabnya sambil melipat tangan ke dada dengan muka selamba badak dia. Ya Allah, panasnya hati aku! menggelegak dah ni!

aku menarik dan menghembus nafas berkali-kali. Aidan memandang aku pelik. Otak ligat menyusun ayat sentap, panas dan segalanya untuk balas dendam. baru je nak tembak..seseorang kacau line..

"hoi, dah nak kahwin pun nak gaduh..Cuba kau orang ni baik sikit..tak malu ke orang tengok.."

Aku dan Aidan menoleh ke arah pintu utama. Angah..dengan handphone tak lepas dari tangan. matanya tertumpu pada skrin Iphonenya tetapi mulut dia dukkk bercakap.

"kau ni Qeel..hormat sikit bakal suami kau..ha, kau pulak Aidan..tegur Aqeela kalau dia melampau..dah..aku naik dulu.." angah terus beredar baik ke atas. mata aku dan Aidan tak lepas melihat bayangan angah sehingga hilang dari pandangan.

"ha, kau dengar tu..hormat aku! eih, perempuan. aku ni dah la lagi tua dari kau. bakal suami kau pulak tu. jaga sikit mulut kau eh..kau ingat aku tak tahu kau nak tembak berdas-das ayat panas kat aku? aku tak kesah la.. Tapi kau ingat.. aku takkan melutut dekat kau!" ujar Prof Aidan sinis.

Aku mengetap bibir. hish, dia yang tak jaga mulut. Ya Allah, macam mana la bila dah kahwin nanti. huhuhu..

***

aku mengambil keputusan untuk keluar bilik. dah pukul 11 malam mesti semua dah tidur. Daddy balik pukul 10 tadi lagi. perut ni tiba tiba rasa lapar.

aku melangkah perlahan turun ke bawah. lampu dapur aku biarkan tertutup takut ada yang perasan aku masih terjaga duk cari makanan malam-malam.

aku membuka peti ais dan mengeluarkan ais krim. teruk en, malam-malam makan ais krim. depan peti ais pulak tu. aku bukan lapar nasi ke apa, aku lapar junk food.

sedang aku asyik menikmati ais krim di hadapan peti ais, tiba tiba ada satu suara menyapa di depan pintu dapur.

"hoi.."

aku menelan air liur. ah sudah, bila masa dia datang? walaupun tak nampak batang hidung dia, suara dia je aku dah tahu siapa. Siapa lagi, future husband aku lah.

persoalannya, kenapa dia turun dapur malam macam ni? dia pun lapar malam-malam ke? kesian. makan malam tadi yang hang duk tambah tadi tak cukup yang? tu perut ke apa?

sedang aku sibuk mengelamun, terdengar deruan nafas di telingaku. Baru aku tersedar.

aku berada di tengah antara dua lengan sasanya. "Prof.."panggilku.

"sayang.. you buat apa kat sini hmm?"soalnya. Ya Allah, macam mana ni? cuaca dia bertukar jadi macam ni pulak malam ni.

"s-sayaaaa..saya makan ais krim la.."jawabku gagap. aku dapat rasakan kehangatan nafasnya di mukaku.

"sayang.. you ni lapar sangat ke sampai malam-malam cari makanan?"soalnya dengan suara yang.......romantik? aaaaaa!

"err..emm..eerrrmm..."

"hmm..sian sayang I..lapar..I pun lapar.."ujarnya. aku menelan air liur.

"oh, awak lapar? biar saya masak meggi ye?" aku baru nak menolak tangannya, dia terlebih dahulu mencengkam pergelangan tangan kananku,

"baby..I want to eat you.."

"AAAAAAAAA!!!!"

Bush!

satu bantal melekap di mukaku. aku terus terjaga.

"hoi!!nak jerit pergi karaoke sana la!!kau ni Qeel, kacau je aku nak tengok TV!" jerkah angah. aku ternganga. apakah? aku mimpi?

"angah, m-mana..mana Aidan?"soalku. entah, cemas?

"kau kenapa? ha, tu la..tidur maghrib..Aidan dah balik la lepas hantar kau tadi. aduh..kau ni.."balas angah dengan kerutan di dahi.

aku masih bingung. "dah la, baik kau naik mandi..sejak balik terus landing sini.. pergi!" angah menghalau aku.

so maksudnya...semua ni..hanyalah permainan tidur aku??hehhhh..

Mampukah  Dia

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now