Ya Allah, lakonan apa pulak ni? sejak bila pula dia sayang aku? Aidan apa semua ni? soal hati kecil Aisya. dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki ini dan wanita itu.

Aisya mengangguk lemah, "hmm..saya nak cuba baju ni.." Aisya Aqeela menunding jari pada gaun nikah yang terdapat di tangan pekerja bernama Rafeqa itu.

Aidan merampas baju di tangan Rafeqa dan menghulurkan baju itu kepada Aisya.

"sayang cuba dulu. Nanti dah pakai tunjuk biy, okay?" ujar Aidan dengan mesra. semakin terkejut Aisya dengan perubahan bahasa Aidan. Aisya akur dan masuk ke dalam bilik persalinan.

hampir lima minit Aisya menyarungkan baju itu ke tubuh. Lawa, cuma susah sikit nak pakai. Aisya Aqeela bukannya reti pakai baju macam ni.

Aisya melihat dirinya di pantulan cermin di dalam bilik kecil itu. Elok sahaja ditubuhnya. kelihatan sungguh ayu dan cantik. Aisya tersenyum simpul. Dia membuka pintu bilik itu berhajat untuk menunjukkan kepada Aidan.

kreek..sanyuman yang terhias di bibir menjadi pudar. Luluh hati Aisya saat melihat Aidan di peluk erat oleh wanita tadi.

Aku dah agak, mesti ada sesuatu. Air matanya menakung di tubir mata. entah kenapa hatinya rasa bagai di robek.

Awal-awal dah macam ni.

***

setelah aku menghantar Aisya masuk ke dalam bilik persalinan, lenganku di tarik kasar oleh seseorang. Aku mengalih pandangan ke belakang.

Rafeqa Syuhada. perempuan yang sudah lama aku benci. Dasar perempuan jalang!

aku menolak tangannya kasar. "apa semua ni, Aidan?"soalnya dengan muka berharap.

aku mendengus kasar. "kenapa? salah ke aku cari baju kahwin dengan tunang aku?"soalku dingin. Dia menekup mulutnya. Tidak percaya dengan apa yang aku katakan .

"what? baby, you cakap you cintakan I. you tipu I? how could you?" ujarnya dalam suara sebak. Aku menggulingkan mata. Malas nak melayan.

"hoi, kau jangan sengaja buat amnesia eh? kau lupa ke apa yang kau dah buat pada aku dulu? perempuan jalang!" tengkingku. Rafeqa menggeleng kepala. Dia menangis tiba tiba. Secara rawak, dia memeluk erat tubuhku.

entah kenapa, aku bagai dipukau. Pelukannya hangat dan selesa. dengan perlahan, tanganku membalas pelukannya.

kreek..pintu bilik persalinan terbuka. Aku terkedu saat melihat Aisya di dalam gaun itu. Sungguh lawa! dia nampak...sexy..

wajahnya yang pada awal tersenyum kini memasam. Baru aku tersedar, aku dalam pelukan Rafeqa. Jelas kelihatan air mata menakung di tubir mata bundarnya.

dengan segera, aku melepaskan pelukan Rafeqa. Gadis itu kelihatan terkejut. "baby, why?"soalnya. aku mengendahkannya.

aku berjalan ke arah Aisya. jelas kelihatan air mata sudah berderai di pipinya. Dia yang perasan aku semakin mendekat, segera menolak pintu bilik itu untuk menutupnya. namun aku sempat menahannya.

"professor.. lepaskan pintu ni..saya nak tukar baju.."rayunya dengan suara serak. Dia cuba menolak lagi tetapi kudrat aku lebih kuat. Aku menolak pintu itu dan akhirnya aku berada di dalam bilik itu.

aku menutup dan mengunci pintu itu. "prof..keluar laa..saya nak tukar baju.."ujarnya sambil menutup wajahnya dengan tangan. Aku memandang tubuh Aisya dari atas sehingga bawah. so sexy..

aku mendekatkan tubuhku dengannya. "prof..jangan dekat!" ujarnya. Aku menelan air liurku. bagai dipukau, tanganku menarik lembut tangan yang menutupi wajah cantiknya.

terdapat kesan air mata di pipi gebunya. Tanganku terus melekap lembut di pipinya. "prof.."panggilnya. Aku mengelap pipinya yang basah dek air mata.

"sayang.. don't be like this.."ujarku dengan suara romantis yang di buat. Ibu jariku sibuk mengusap pipinya. aku memandang matanya yang bundar.

"sayang.. you look sexy in this gown..better we find another gown for you..I don't want anyone fall for you, baby.." aku mengelus lembut pipinya. Aisya kelihatan terkejut dengan tindakan dan kata kata aku.

"dah, aku keluar dulu. Kau tukar baju okay? ingat, lepas ni terus keluar tau..jangan berhenti kalau ada perempuan or mana-mana manusia panggil.. I'll be waiting outside okay.." arahku. Aisya mengangguk perlahan. sempat aku menghadiahkan satu senyuman sebelum keluar dari bilik itu.

"Aidan!" panggil satu suara. aku menoleh ke belakang. "I akan pastikan you melutut pada I!"jeritnya. Aku tersenyum sinis dan terus berlalu pergi.

huh, Rafeqa Syuhada. Macam aku tak kenal kau manusia macam mana. kalau dia nak sesuatu, dia akan dapat macam manapun caranya. tapi tak kalini. aku tak akan kalah kali ni. Tidak depan Aisya Aqeela. Dan aku akan pastikan kau merasa macam mana sakitnya aku rasa selepas ni.

Mampukah Dia

vote√
comment√

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now