2; Coffee

2.1K 133 4
                                    

Aku menaip setiap butir perkataan yang terlintas di dalam benak fikiran aku. Jika aku rasa sesuai barulah aku menulis rangkap seterusnya. Aku bersandar di kerusi empuk seketika. Keluhan berat dilepaskan dan aku merenung ke luar jendela.

Di mana kau? Kenapa kau sunyikan ketika aku memerlukan diri kau di samping aku? Sumpah aku rindu gelak tawa dan gurau senda manja kau. Di sini. Di dalam cafe ini. Tempat pertemuan pertama kita berjumpa. Masih segar dalam ingatan aku bagaimana setiap kali kau berada di sini.

✘✘✘

"One Coke please" pinta aku kepada diri kau. Kau merenung aku. Mungkin pelik dengan diri aku.

"Coke?" Soal kau. Aku mengangguk.

"Pagi pagi sudah minum coke. Tak elok. How about coffee?" cadangan kau buat aku menggeleng laju. Kopi? Seumur hidup aku, aku tidak pernah sukakan kopi. Kadang kala aku pelik bagaimana manusia boleh menelan kopi yang adakalanya pahit dan manis seperti kehidupan. Kekadang suka kekadang duga. Aku tidak mahu seperti itu.
"Why not? Belum cuba belum tahu" pujuk kau sekali lagi. Aku merenung kau lama. Kau tersenyum. Senyuman itu...

Buat aku cair setiap masa.

"Saya oderkan awak coffee. Don't worry. Saya oder yang manis punya" lantas kau bangun dan memesan caramel maccahiatos buat diri aku. Aku hanya menurut. Aku tahu kau bimbang tentang kesihatan diri aku yang tidak pernah fikirkan diri sendiri. Hanya sibuk dengan kerjaya yang aku berjaya kecapi.

Aku tertanya tanya apa rasa kopi yang sering kau syorkan pada diri aku. Kau meletakkan secawan kopi dihadapan aku. Perlahan-lahan aku menghirup. Inilah pertama kali lidah aku menyentuh cecair yang terasa manis pekat dan adakalanya susu dan pahit bercampur.

✘✘✘

Telefon aku berdering kuat. Tanda panggilan masuk. Setiap kali telefon aku berdendang pasti aku mengharapkan panggilan dari kau. Tapi hambar. Semuanya bukan seperti yang aku harapkan.

Malas malas aku menekan butang hijau untuk menyambut panggilan dari pengurus aku itu.

"Hello. Kau kat mana? Lagu dah siap?"

"Sikit lagi. Saya dekat cafe berdekatan bangunan. Jangan risau saya akan siapkan hari ini juga"

"Jangan lambat. Tuan besar sudah minta. Tolong buat yang terbaik untuk peminat peminat kau dan jangan hampakan kami" panjang lebar nasihat pengurus aku. Sudah lazim dia akan memberi kata kata semangat untuk aku mengarang bait bait lagu buat peminat setia aku. Aku membuang pandangan aku ke jendela sekali lagi.

"Baiklah" jawab aku sepatah lalu memutuskan talian. Aku menghirup sedikit americano coffee yang menjadi kegemaran kau setiap kali kita meluangkan masa bersama. Aku kembali menulis lirik lagi yang tulus dari hati.

✘✘✘

Kekasih hati. Lagu aku sudah di debutkan, Adakah kau bangga? Sorakan gemuruh dari peminat aku setiap kali lagu aku bergema kuat di alam semesta, adakah kau suka? Kenapa kau menghilangkan diri? Aku tahu kau pergi kerana aku mula mengabaikan kau setelah kerjaya aku mendapat sambutan hangat.

Maafkan aku. Tolong kembali di sini. Kita mulakan semula. Kenangan kita yang manis seperti mocha latte menjadi igauan ngeri aku setiap malam. Hati ini terasa sunyi tanpa kau. Aku mohon walau seketika.

Kembali..

✘✘✘

S

elepas segala kerja aku selesai aku menyinggah diri aku di cafe kegemaran kau dan aku. Dan ya, sekali lagi kerja aku mendapat sambutan hangat dari semua orang. Sepatutnya aku terasa bangga namun tanpa kau hati aku terasa kosong. Seolah olah ini semua tidak layak buat diri aku.

Aku menuju ke kaunter pesanan. Selalu kau yang pesankan buat diri aku. Tapi sekarang berbeza.

"Ya. Selamat datang, oder?" Pelayan itu sedia untuk mengambil pesanan aku.

"One Caramel maccahiatos and slice of red velvet cake" pinta aku.

"Make two set please" pinta seseorang di sebelah aku. Pelayan itu sekadar mengangguk. Aku menoleh. Mata aku terbuka luas. Terasa mata ini menipu diri aku saat ini.

kau memandang diri aku.

"Tahniah atas kejayaan awak" ucap kau sambil tersenyum manis bak Cappuccino buat diri aku. Syukurlah kau sudah kembali dan perlahan aku tersenyum bahagia saat ini.

Bangtan Imagines | btsWhere stories live. Discover now