7 // Kisah Ting. 6

Începe de la început
                                    

​"Afiq Hazlami Lee bin Armizi Lee," panggilan nama penuhnya oleh Encik Hafiz mengejutkannya. Dia memandang ke arah Encik Hafiz. Ada kerutan pada dahinya.

​"Seingat saya, ada sorang pelajar tingkatan 6. 6 Anggun tak silap saya. Namanya Aqash Hizami Lee bin Armizi Lee juga. Kebetulan, nama ayah cikgu dan ayah dia sama. Atau cikgu dan dia adik-beradik?" tanya Encik Hafiz sambil tersenyum. Afiq mula gelabah. Ah, sudah. Teringat dia akan permintaan adiknya supaya merahsiakan status mereka berdua di sekolah.

​Afiq menanggalkan kaca mata yang dipakainya. Dia cuba berlagak tenang.

​"Beginilah cikgu. Sejujurnya, saya dan Aqash memang adik-beradik. Tapi kalau boleh, saya nak minta jasa baik cikgu untuk merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Segan pula saya," pinta Afiq.

​Ya ALLAH, minta-mintalah orang tua ni setuju, doanya perlahan.

​Apabila dia melihat Encik Hafiz mengangguk, dia menarik nafas lega. "Baiklah, kalau itu apa yang cikgu harapkan. Maknanya hanya saya, cikgu dan Aqash jelah yang tahu ya," Afiq mengangguk.

​"Tapi hairan pula saya. Muka cikgu dan Aqash tak sama langsung. Dia macam ala-ala orang Cina, cikgu pula muka macam orang Melayu," usik Encik Hafiz. Afiq tergelak kecil. Amboi Encik Hafiz ni, boleh tahan.

"Ayah kami mualaf. Jadi kiranya dia ikut belah ayahlah. Saya belah mak," kata Afiq. Encik Hafiz sekadar tersenyum mendengarnya.

​"Baiklah. Cikgu fahamkan tugas cikgu sebagai guru subjek Pengajian Perniagaan bagi pelajar-pelajar tingkatan 6. Cikgu akan mengajar tingkatan 6 Anggerik bagi tingkatan 6 bawah dan tingkatan 6 Anggun bagi tingkatan 6 atas, kelas adik cikgu," Afiq tersengih mendengar ayat terakhir Encik Hafiz.

​"Pelajar tingkatan 6 Anggun cuma mempunyai dua bulan dari sekarang sebelum menghadapi peperiksaan STPM. Jadi, pastinya tugas cikgu lebih berat. Saya harap cikgu dapat membimbing mereka dengan lebih baik. Mungkin untuk menyesuaikan diri dengan mereka, cikgu takkan ambil masa yang lama memandangkan cikgu pun muda lagi," bicara Encik Hafiz serius. Afiq mengangguk. Dia mula merasakan beban tugasnya yang berat.

​"Jadi, selamat berjaya saya ucapkan. Saya harapkan yang terbaik daripada cikgulah ya," Encik Hafiz bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Afiq bingkas membuat benda yang sama dan menyambut tangan Encik Hafiz.

​"Kelas cikgu akan bermula selepas rehat di mana cikgu akan masuk ke tingkatan 6 Anggun terlebih dahulu. Hari ni, biarlah cikgu buat sesi pengenalan diri dengan budak-budak tu dulu. Kebanyakan pelajar di dalam kelas itu merupakan pelajar harapan sekolah terutama Adlina Haziqah,"
​Afiq tersenyum sambil mengiyakan kata-kata Encik Hafiz. Adlina Haziqah. Seingatnya, Aqash pernah menyebut tentang gadis itu dahulu.

​"Baiklah cikgu, kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dahulu. Terima kasih untuk hari ini," Afiq meminta izin untuk beredar. Encik Hafiz mengangguk sahaja. Afiq memakai kembali kaca matanya dan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya. Encik Hafiz melihat sahaja Afiq sehingga kelibat jejaka itu hilang dari pandangan matanya.

*****

Adlina mematikan telefon bimbitnya. Senyuman manis terukir indah di bibirnya. Panggilan yang baru sahaja dia dapat sebentar tadi memuaskan hatinya. Rancangan jahatnya untuk mengenakan Aqash akhirnya dilaksanakan.

​Haha. Sekarang baru kau kenal Adlina Haziqah. Kau silap besar Qash main sayang-sayang dengan aku. Now, we will see. Tinggi mana kepopularan kau, tinggi mana pula rancangan jahat aku untuk mengenakan kau balik. Dia mengerling ke arah Nazihah yang tampak tidak sabar menunggu keputusannya.

​"Settle," jawapan pendek daripada Adlina benar-benar mengembirakan hatinya. Tanpa disedari, dia menjerit! Tubuh Adlina dipeluk erat. Adlina yang terkejut dengan reaksi Nazihah hanya tersenyum dan merelakan. Minah ni, hari tu cakap takut. Sekarang dia yang melebih-lebih.

Me vs YouUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum