Siot.

Aqash cuma mempunyai seorang abang di dalam keluarganya. Afiq Hazlami Lee. Itulah orang yang paling rapat dengannya. Mungkin disebabkan mereka hanya dua beradik, segala masalah diceritakan kepada abangnya. Afiq baru sahaja menghabiskan pengajiannya dalam bidang pendidikan di Universiti Malaya. Sekarang, dia cuma duduk di rumah sebelum menunggu keputusan kementerian menghantarnya mengajar di mana-mana sekolah.

​Ada kalanya Afiq hairan dengan sikap adiknya. Kenapa dia lebih rela memilih untuk meneruskan pelajaran melalui tingkatan 6? Nak kata keputusan SPM teruk, dia mendapat 7A 2B dalam peperiksaan. Matrik, Politeknik, Universiti dan kolej swasta berlambak menghantar surat tawaran melanjutkan pelajaran kepadanya. Dia masih ingat kata-kata adiknya ketika dia memujuk supaya masuk ke universiti.

​"Tak kisahlah belajar mana-mana, yang penting niat dan semangat tu ada," kata putus Aqash untuk mengambil tingkatan 6 di sekolah lamanya dalam Pengajian Perniagaan mematikan pujukannya.

​Berbanding Aqash yang mukanya lebih comel dan chinesse look, Afiq pula mengikut muka kemelayuan ibunya. Dia mempunyai wajah tampan, berkulit sawo matang. Dengan tubuhnya yang tinggi lampai, dadanya yang bidang dan lesung pipitnya yang ada pada kedua-dua pipinya, tidak mustahil jika orang mengatakan antara dia dan Aqash bukan adik-beradik. Hakikatnya, muka mereka memang tidak sama langsung!

​"Hoi! Orang tanya dia boleh berangan lagi. Kau angau ke dik?" ditolaknya kepala Aqash dengan geram.

​Aqash terkejut. "Sakitlah monyet!"

​"Berani kau panggil abang kau monyet. Sini kau," Afiq memeluk geram kepala Aqash. Aqash sudah mula menjerit, minta dilepaskan. Afiq tidak mempedulikannya malah makin kuat cengkemannya.​

​"Kau lupa eh. Kau panggil aku monyet. Maknanya kau adik monyetlah," ujar Afiq sambil ketawa terbahak-bahak.

​"Apa ni? Birthday orang buat camni," Aqash cuba melawan. Tiba-tiba, Afiq bagaikan teringat sesuatu. Dilepaskan Aqash serta merta. Aqash yang berang segera menolaknya abangnya sehingga jatuh terduduk ke atas katil. Dia cuba untuk membalas kembali tetapi niatnya terbantut apabila melihat abangnya diam dan seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia segera duduk di sebelah Afiq. Dia memandang wajah Afiq.

Pelik. Apahal ni?

​"Kau kenapa?" tanya Aqash. Perbezaan umur 4 tahun antara Aqash dan Afiq tidak menghalang mereka menjadi seperti kawan. Mereka lebih senang menggunakan aku kau berbanding panggilan formal seperti abang adik. Geli kata mereka kepada mummy satu ketika dulu.

​Afiq merenung wajah jambu adiknya. "Aku lupa nak bagitahu kau something. Kalau boleh, kau anggap je ni sebagai hadiah hari jadi kau eh," kata Afiq sambil tersenyum nakal. Aqash terfikir sejenak. Risau betul bila tengok senyuman mamat ni macam ni. mesti ada-apa ni. For sure, berita baik untuk dia tapi bukan untuk aku, detik hatinya.

​"Apa dia?" soal Aqash berhati-hati. Oh Tuhan, kuatkan hati hambamu untuk menerima berita daripada abangnya yang gila ini.

​"Aku dapat tawaran mengajar kat sekolah kau!" jerit Afiq. Aqash membutangkan matanya.

What the hell he said just now?

​"Kau.. Janganlah main-main weh!" Aqash memerlukan kepastian daripada abangnya. Mamat ni biar betul!

​"Betullah! Ingat aku main-main ke,"

​"Hari ni hari apa?" soal Aqash. Afiq membuat muka hairan kepada adiknya tetapi dijawabnya juga.

​"Khamis. Kenapa?"

​"Allahu.. Esok dah nak kiamat agaknya!" ujar Aqash sambil meraup mukanya dengan sebelah tangan. Dia merasakan dunianya sudah gelap gelita apabila mendapat tahu Afiq mengajar di sekolahnya. Afiq ketawa terbahak-bahak.

Me vs YouWhere stories live. Discover now