​"Kau nak apa?" soal Adlina malas selepas lelaki itu berdiri di hadapannya. Aqash hanya tersenyum sinis. Ditenungnya wajah cantik Adlina dalam diam.

​"Kau sorang je tak wish birthday aku lagi hari ni. Kenapa eh?" Aqash menyoalnya kembali. Adlina merenung tajam ke arah Aqash.

Wadehel mamat ni?

Hak alah. Suka hati, jantung akulah nak wish ke tak nak. Ingat aku macam perempuan-perempuan yang over gedik tu ke nak wish-wish bagai. Bodoh punya mamat. Bingai, dikutuknya Aqash di dalam hatinya. Spontan, dia tersenyum sinis.

​"Aku tengok kau tak mati pun kalau aku tak wish. So what, Aqash Hizami Lee? Do you have any problem with that?" geram Adlina dengan Aqash.

​"Yelah, semua dah wish. Kau je belum. Kau kena ingat aku ni siapa." ujar Aqash berlagak. Adlina menjegilkan matanya. Buaya ni memang nak kena! Nak wish sangat kan, okay! Adlina tersenyum simpul. Sempat dia menoleh sekilas perempuan-perempuan yang berada di belakang Aqash. Bodoh betullah korang ni. Buaya macam ni pun boleh suka, kutuk Adlina perlahan.

​Secara tiba-tiba, Adlina menarik sedikit baju sekolah Aqash, memaksa dia berdiri di sebelahnya dan berhadapan dengan pelajar-pelajar perempuan lain. Kemudian, dia memaut manja lengan Aqash. Muka Aqash berubah serta-merta. Begitu juga dengan pelajar perempuan lain. Ada juga sesetengah di antara mereka menjerit. Ada juga yang mula merasa cemburu. Kalau diikutkan rasa hati, mahu sahaja Adlina ketawa besar di hadapan mereka dek muka macam ayam berak kapur.

​"Qash honey, happy birthday. I harap you panjang umur, berjaya dalam hidup. You kata nak kahwin dengan I bila umur kita 25 kan? I harap you boleh kotakan janji you nanti," Adlina bersuara manja sambil merenung lembut wajah kacak Aqash. Aqash yang terkedu hanya mampu mengangguk sahaja, bagaikan setuju dengan kata-kata Adlina. Tindakan Aqash ternyata hanya membuat pelajar perempuan lain merasa kecewa.

Takkan si Adlina laser juga mamat tu nak? Buta betullah!

​"Kahwin? Seriuslah abang Qash pilih akak ni. Oh My God," sebak suara seorang gadis tingkatan dua berkata. Abang Aqash dengan Kak Adlina? Tidakkkkkk!

​"Mestilah. In fact, tak lama lagi korang dapatlah kad kahwin kitaorang. Kan sayang?" Adlina menjungkitkan keningnya ke arah Aqash. Aqash sekadar tersenyum nipis lalu mengangguk.

Dasar buaya. Ingat aku nak ke kahwin dengan kau? Mati hidup balik pun cheq tak mahu!

​"Hoi makcik!" jerit satu suara. Adlina segera menoleh ke arah suara tu. Dilihatnya Nazihah, Adam dan Danial sedang berjalan menuju ke arahnya. Segera dia melepaskan pautan pada lengan Aqash. Aqash merenung ke arah Adlina dengan satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.

Bengong! Masa-masa macam ni baru nak muncul. Aku punya bagus nak berlakon tadi, terus musnah. Dorang nampak ke aku pegang lengan buaya ni tadi? Matilah aku kalau dorang nampak. Mesti baik punya kena bahan.

​"Mana korang pergi ha? Janji nak balik pukul 2. Tengok pukul berapa sekarang. Aku dahlah tak Zohor lagi. Dengan badan melekit, mata pun dah kuyu tahap langit ke tujuh dah ni. Korang buat road tour ke mende dalam sekolah tadi," bebel Adlina geram. Kawan-kawannya yang lain tersengih busuk. Faham sangat perangai Adlina yang tak suka menunggu. Tambah-tambah bila dia keadaan letih.

​"Macam tak faham si Adam ni. Dia kan gastrik. Tak sampai hati pulak nak biarkan dia makan sorang-sorang. Kan dia tak lalu makan, siapa susah? Kau jugak tahu," ujar Danial sambil ketawa terbahak-bahak. Adam sudah membuat muka comelnya. Nazihah hanya mampu menjungkit bahu, memilih untuk mendiamkan diri.

Adlina mendengus geram. "Dahlah, jom balik," Adlina menarik tangan Nazihah lalu mula berjalan keluar dari sekolah. Adam dan Danial membuat tepuk high-five kerana gembira tidak dimarahi Adlina seperti selalu jika lambat. Baru sahaja mereka berdua ingin menuruti langkah gadis-gadis itu, baru mereka perasan akan Aqash yang turut berada disini.

Me vs YouWhere stories live. Discover now