1 // Birthday

14.1K 224 1
                                    

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang dan Adlina semakin resah menunggu di hadapan pintu pagar sekolah. Sengal! Kata je nak balik sama-sama. Sekarang? Batang hidung pun tak nampak. Melahap kat kantin ke apa ni? Tambah-tambah si Adam tu. Gastrik la, cacing kurang makanlah. Adlina mengetap geram bibirnya sambil membebel di dalam hati.

​Sambil menunggu, ligat otaknya memikirkan sesuatu. Tinggal dua bulan sebelum peperiksaan STPM bermula. Tolak makan, tidur, online Facebook, melepak, aku rasa ada seminggu je. Gilalah! Padahal banyak benda nak kena cover lagi ni. Muka je nampak pandai tapi takdelah sangat. Sempat juga dia ketawa kecil mengenangkan dirinya.

Hmmm, lepas tu nak kerjalah kejap. Bosan jugak duduk rumah. Hari-hari kema dengar ceramah mama. Orang suruh masuk Ustazah Pilihan, tak nak.

​Adlina memandang sekelilingnya. Gillian High School hampir lenggang selepas sesi persekolahan tamat. Sekolah swasta itu sememangnya popular dengan kejayaan para pelajarnya baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Ramai yang menyangka sekolah swasta itu hanya menerima pelajar-pelajar yang kaya dan berada sahaja tetapi tidak. Sekolah itu lebih mementingkan kecemerlangan penuntutnya. Justeru itu, tidak mustahil jika ramai ibu bapa sanggup mengeluarkan duit berlebihan untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sini agar mereka mendapat pendidikan terbaik.

​Tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar di dalam poket menandakan mesej baru telah diterima. Dengan segera dia mengeluarkan dan membaca mesej itu. Mama, sebutnya perlahan.

Mama kat luar ni. Mak Yam dah masak. Balik, makan, solat. Nak apa-apa tak?

​Senyuman nakal terukir pada bibirnya. Lincah tangannya membalas mesej Puan Narimah.

Nak laki sorang ;p

​Selang beberapa minit kemudian, tertera nama 'mama' di skrin telefon bimbitnya. Adlina ketawa kecil sebelum menekan butang hijau. Salam diberikan.

​"Amboi, melampau mintak macam tu. Nak betul-betul ke?" suara Puan Narimah membebel kedengaran.

​"Boleh ke?" balas Adlina selamba. Sempat dia menangkap bunyi dengusan lembut mamanya itu.

​"Eee budak ni... Merepek je kerja dia. Dahlah, kira takde apa-apa la eh. Mama letak dulu. Kita jumpa kat rumah nanti. Lin dah balik belum?"

​"Belum tapi dah nak balik dah ni,"

​"Haa yalah. Jalan elok-elok tu. Jangan nak merayap," tegas suara Puan Narimah berkata. Adlina tersenyum nipis.

​"Baik Puan Narimah. Jangan risau," Puan Narimah menggelengkan kepalanya. Panggilan terus dimatikan.

​Adlina meletakkan semula telefon bimbitnya di dalam poket baju kurungnya. Seketika, fikirannya rancak berfikir tentang sesuatu. Kalau mama betul-betul cari laki kat aku macam mana? Mama suruh aku kahwin terus ke? Ha, mintak-mintaklah calon tu muka dia sekacak Redza Minhat. Feewit, desisnya lalu tersenyum nakal.

​Angan-angannya sedikit terganggu seketika apabila dia terdengar jeritan-jeritan kecil di sekelilingnya. Dia menoleh sekilas ke arah kanan. Berubah terus air mukanya apabila melihat Aqash sedang berjalan ke arahnya. Spontan, dia mendengus kuat.

Apahal mamat ni datang sini? Nak jumpa aku ke? Ke aku yang perasan, Adlina memandang kiri kanannya.

Kosong. Yang ada pun Mak Jemah yang sedang menjual cendol di hadapan sekolahnya. Mustahil buaya ni nak jumpa makcik tu.

​Aqash Hizami Lee. Huh, siapa tak kenal buaya darat tu, sila tampar pipi sekarang. Anak lelaki kepada tokoh korporat yang paling popular, Datuk Amrizi Lee. Berbekalkan wajah Chinesse look, ditambah dengan pakej kekayaan keluarganya dan kepakaran mengayat manis tahap gula-gula Cadbury, perempuan mana yang sanggup tolak? Dahlah mata berwarna perang original, berkulit bersih dan putih. Complete package, mat salleh kata. Tidak terkejutlah jika dia asyik bertukar pasangan sahaja.

Me vs YouWhere stories live. Discover now