Wah, buku kegemaran Al-Quran. Hmm, tak terfikir pulak aku nak jadikan Al-Quran tu macam buku. Punya banyak buku yang aku baca, ada yang aku baca sampai beberapa kali, tapi berapa kali je dalam seumur hidup aku ni yang aku baca Quran? Termenung sekejap aku mengenangkan hakikat ini.

Hmm, dia pun jual mahal macam aku jugak la..ehehe. Baiklah, tak sabar aku nak tunggu apa maksud dia 'bentuk lain' itu.

Umar masih melayan aku seperti biasa kalau terserempak di kolej atau ketika mesyuarat. Pertunangan kami tidak diheboh-hebohkan. Selain daripada Nora dan Kina, tidak ada orang lain yang mengetahui tentang pertunangan aku dan Umar. Hinggakan teman sebilikku sendiri, Lia tidak dapat menghidu bau.

Tiba-tiba, ada satu mesej whatsapp masuk ke telefonku.

Carl: Congratulations on your engagement.

Alamak, mana dia tau ni?

Hana: Thank you. So my mom told you?

Carl: No, it was your dad. He went in the office today and told me.

Eh lupa pulak Carl kan kerja dengan daddy. Hmm..apa lagi aku nak cakap ni ek?

Hana: Ic. So how are you?

Carl: I am doing ok. Just a little heartbroken.

Erk, heartbroken? Hmm

Hana: Poor Carl. Time heals everything.

Gila hati kering reply macam ni je.

Carl: I hope so. It's not everyday you receive the news that the girl of your dream is now engaged to another guy.

Hallamak dia masih bukak cerita sedih la..come on Hana, dodge this!

Hana: I am sure you will find the real 'girl of your dream' soon.

Carl: I don't know.

Krik krik. Krik krik. Aku dah mati akal ni apa nak reply..hmmm..

Hana: I am sorry Carl. I have to go now. Don't be sad. She's out there.

Aku harap dia tak memanjang-manjangkan cerita lagi. Semenjak menjadi tunangan Umar, aku semakin tidak selesa untuk berbual panjang dengan lelaki lain. Walaupun belum ada ikatan yang rasmi, aku rasakan yang aku harus lebih menjaga pergaulan dan pertuturanku dengan lelaki lain.

Aku tak sangka Carl masih menaruh hati kepadaku. Adakah aku mungkin pernah memberi harapan palsu kepadanya? Bukankah sudah aku nyatakan yang aku hanya ingin berkawan? Adakah tidak mungkin untuk seorang lelaki dan perempuan menjadi hanya sekadar sahabat? Entahlah. Aku harap Carl tidak terlalu kecewa. Dia bukannya calang-calang lelaki. Pasti memang ramai gadis yang sudah sedia menanti.

Sedar tak sedar, hari semakin menginjak senja. Aku bergegas untuk mempersiapkan diri ke surau. Sekiranya berkesempatan, aku suka untuk solat berjemaah Maghrib dan Isya' di surau. Selalunya aku akan ke surau bersama Nora dan Kina.

Nora dan Kina adalah 2 'rakan surau' aku yang sejati. Aku bersyukur dipertemukan dengan mereka berdua. Kami saling ingat-mengingati untuk ke surau. Kalau aku lupa, Nora ingatkan. Kalau Nora lupa, Kina ingatkan. Semenjak aku lebih rapat dengan mereka, aku juga semakin kerap ke surau.

Nora adalah penuntut jurusan matematik. Ingin jadi guru matematik katanya apabila keluar kolej nanti. Kina pula jurusan sastera. Walaupun kami ni berlainan bidang, tetapi kami bertiga memang boleh masuk kepala. Mungkin sebab minat kami terhadap 'hijab', mungkin juga sebab kami lebih cenderung ke arah aktiviti keagamaan. Yang pasti, aku senang berkawan dengan Nora dan Kina.

Nora anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Sifatnya memang ke'kakak-kakak'an. Kina pula anak bungsu daripada 3. Dan aku pula anak tunggal. Secara alami, apabila kami bersama Nora akan mengambil tugas ketua, Kina sebagai pengikut, dan aku jadi orang tengah.

Nora meng'whatsapp' aku untuk memberitahu yang dia sudah menunggu di bawah untuk ke surau. Aku turun dengan telekung unguku setelah mencalit sedikit minyak pewangi di badanku. Aku suka berwangi-wangi ke surau. Rasa lebih bersemangat untuk solat!

"Assalamualaikum. Sorry lama ke tunggu?" aku menyapa Nora.

"Waalaikumussalam. Takdelah. Saya pun baru je sampai. Kina pun on the way" kata Nora yang kelihatan tenang dan berseri dalam telekung putihnya.

"Hari ni siapa kasi kuliah Maghrib?" tanya aku kepada Nora. Nora ni memang cekap bab menghafal semua benda. Segala maklumat dapat disimpan dalam otaknya yang bergeliga itu.

"Siapa lagi? Tunang awak la" senyum Nora sambil menyiku aku mengusik.

Laa ye ke. Hari ni turn Umar rupanya untuk memberi tazkirah. Di Surau Solihin ini ada beberapa hari, slot kuliah antara Maghrib dan Isya' akan diisi oleh pelajar. Mereka selalunya akan memberi peringatan tentang hal-hal berkaitan kehidupan sebagai pelajar ataupun tentang isu-isu semasa. Apa agaknya yang Umar nak sampaikan hari ni. Hati aku berdetik girang. Rasa tak sabar pulak nak ke surau nak dengar suara Umar ni.

Melihat aku senyum meleret Nora mengingatkan.

"Hana, jangan salah niat ye ke surau ni. Kita nak solat jemaah tau" tegur Nora lembut sambil memegang tangan aku.

"Ish, betul jugak tu. Thanks Nora for reminding me. Astaghfirullah" cepat-cepat aku memperbetulkan niat aku. Kalau tak sia-sia je ke surau kalau semuanya kerana salah niat. Sejurus Kina sampai dengan telekung hijaunya. Aku dan Kina memang suka pakai telekung pelbagai warna manakala Nora lebih gemar dengan telekung putihnya. Kami bersilang tangan sama-sama menuju ke surau.

Semenjak beberapa program yang dianjurkan oleh AJK Minat Surau, kehadiran untuk solat berjemaah semakin meningkat. Kalau dulu, nak penuhkan satu barisan pun susah. Kini hampir separuh ruang surau bahagian perempuan dipenuhi oleh jemaah. Aku bersyukur kepada Allah dan aku berharap agar perkembangan yang baik ini akan berterusan.

Selesai solat Maghrib, kami mengambil tempat duduk dan bersedia untuk mendengar kuliah. Aku mendengar suara Umar memberi salam dan membaca selawat sebelum memulakan sesi tazkirahnya. Umar memulakan dengan membaca hadis tentang 5 waktu sebelum tiba 5 waktu. Aku rasa macam pernah dengar hadis ni sebelum ni. Umar seterusnya mengulas bahawa betapa pentingnya kita sebagai pelajar menyedari hakikat 'waktu muda sebelum tiba waktu tua'. Kita sebagai pelajar diberi nikmat umur yang muda oleh Allah swt. Badan yang sihat, tenaga yang banyak. Kita seharusnya menggunakan nikmat kurniaan Allah itu sebaik-baiknya ke jalan yang diredhai Allah. Lumrah kejadian Allah, umur muda kita pasti akan berlalu dan diganti dengan usia tua pula. Sebelum waktu itu tiba, kita harus berwaspada sentiasa. Jaga masa kita sebagai mana kita menjaga barang yang paling berharga. Laju tangan aku menulis di buku nota. Peringatan ni memang kena betul di batang hidung aku yang suka sangat buang masa di FB!

Tamat sahaja kuliah Maghrib, azan Isya' pun berkumandang. Solat Isya' diimamkan oleh Umar. Lunak suaranya mengalunkan bacaaan Quran di setiap rakaat. Aku cuba mengkhusyukkan diri seboleh mungkin.

Fokus Hana fokus! Jangan fikir Imam, fikir Tuhan! Aku terpaksa berperang dengan nafsu aku yang senang sangat lalai dalam solat.

"Khusyuk ke Cik Hana kita solat tadiii.." panjang usikan Kina kepada aku dalam perjalanan pulang ke bilik.

"Ish Kina ni! Err, struggle la jugak ehehe" aku mengaku dengan ikhlas.

Nora dan Kina ketawa berderai.

"Takpe la Hana. Memang itulah ujian dalam solat ni. Bukan Hana je yang susah nak khusyuk. Saya pun kadang-kadang melayang jugak fikiran ni fikir macam-macam" ujar Nora.

"Haah la Nora. Kadang-kadang geram dengan diri sendiri. Hana berusaha sungguh-sungguh untuk fokus kepada makna bacaan. Tapi kadang-kadang melayang juga otak ni!" tambah aku.

"Melayang teringat tunang keeee..kikiki " Kina mengusik lagi dengan tawanya yang terkekek-kekek.

Tanpa kami sedari, Sumaiyyah muncul secara tiba-tiba di belakang. Wajahnya masam bagai baru tertelan cuka. Alamak, apa yang dia dah dengar? Aku, Nora dan Kina berpandangan sesama sendiri sebelum terus melangkah pergi. Aku harap la dia tak dapat tangkap apa-apa. Kalau tak habisla drama lagi!


Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now