•|LAST ROSE - 30|•

204 15 0
                                    

IFYAN tersenyum. Dia merasa lega setelah pertemuannya dengan psikiatri yang merawatnya itu.

"Kau betul-betul nampak sihat sekarang, Iyan. Aku bangga dengan kau," ucap Qazrael.

"Aku pun bangga dengan diri aku sendiri, Azra. Aku suka bila aku dah mampu kawal diri macam ni." Qazrael tersenyum dan mengusap lembut kepala Ifyan.

"Nampaknya, bunga mawar terakhir yang kau dapat dari arwah abi kau adalah tanda berakhirnya penderitaan kau." Ifyan ketawa. Dia menatap kelopak bunga mawar putih yang terakhir kali tiba depan rumah dari Arwah Caivan.

Dia jadikan bunga terakhir itu sebagai penanda buku dan gantungan kunci dari resin.

"Last rose... My suffer..." gumam Ifyan yang kedengaran samar ditelinga Qazrael.

TUAN Idzad menatap lama rumah yang ditempati oleh Ifyan saat ini. Rumah bekas adik iparnya... Dia ingin masuk bertemu anaknya. Namun, dia tak mampu. Lebih tepatnya tak berani.

"Iyan ada satu soalan... kenapa bila anak membalas apa yang seorang ayah lakukan padanya, dia akan disebut sebagai anak yang derhaka?" soal Ifyan.

Tuan Idzad tak mampu menjawabnya. Dia tak mampu untuk memberikan jawapan. Dia tak tahu apa jawapan yang tepat.

"Iyan cuma bersikap macam mana papa bersikap pada Iyan dulu. Iyan tak memaki, Iyan tak ragu dengan status papa. Iyan tak pukul papa... Iyan cuma menolak kehadiran papa, abaikan papa, itu je. Itu je yang Iyan tiru dari papa. Tapi kenapa papa dengan Uncle Riyadh selalu sebut Iyan derhaka?"

"Sakit kan, pa? Sakit kan bila diperlakukan macam ni oleh darah daging sendiri. Kan? Iyan pernah rasa lebih. Hidup Iyan sampai hancur, hidup Iyan dibayangi rasa takut dan Iyan hidup dengan menderita. Waktu tu, kehadiran Iyan masih ditolak. Iyan hampir gila, rasa nak mati dengan semua perlakuan papa pada Iyan."

"Cukuplah pa... Jangan buat Iyan seolah orang jahat dalam hidup papa. Jangan buat orang salah faham dengan sikap Iyan sekarang pada papa... Iyan dah penat, pa. Jangan buat orang sebut Iyan anak derhaka lagi. Iyan cuma tiru balik apa yang papa buat pada Iyan."

"Pa... Anak adalah seorang peniru yang handal. Jadi bukan salah Iyan kalau Iyan bersikap jahat dimata papa dan orang lain. Semua tu datang dari papa dan Iyan tiru persis yang papa buat. Kalau papa rasa sakit, Iyan pun rasa sakit. Bezanya, sakit Iyan berlipat kali ganda dari ni," ujarnya dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Tuan Idzad menunduk. Benarkah? Ifyan Damien benar-benar meniru perlakuannya? Jadi... sesakit inikah Ifyan saat dia perlakukan lelaki itu dengan amat teruk?

"Jangan tunggu Ifyan tu tawar hati baru nak menyesal. Ayat tu... Uncle Caiv yang cakap kan? Tuan Idzad sekarang nampak tak kesan dari apa yang Tuan Idzad dah buat pada Ifyan? Suka tak bila Iyan tak perlukan Tuan Idzad lagi?" soal Qazrael. Tuan Idzad hanya diam.

Qazrael ketawa mengejek.

"Tuan Idzad... Anak memang tak mampu nak membenci seorang ibu yang melahirkan dirinya. Tapi, anak mampu untuk membenci seorang ayah. Lebih lagi seorang ayah yang gagal dan tak mahu mengakui anaknya sendiri."

"Sekarang... Tuan Idzad rasalah akibat dari perbuatan Tuan Idzad sendiri. Saya ucap tahniah sebab Tuan Idzad berjaya dapat apa yang Tuan Idzad cakap dulu. Iyan dah berubah, jangan pula Tuan Idzad yang mengejar-ngejar Iyan kerana status bapa kandung. Tuan sendiri yang buang dia, acuhkan dia dan buat dia tawar hati dan menyerah ke atas tuan."

Qazrael terus berlalu masuk dan meninggalkan Tuan Idzad sendirian di luar untuk merenungi semua yang sudah terjadi.

"Maafkan, papa..." gumam Tuan Idzad dan terus memandu kereta pergi dari situ saat melihat Ifyan yang keluar dari kereta Qazrael dengan senyuman dan gelak tawa.

MALAM itu, Ifyan duduk di dalam bilik Caivan. Dia sedang tersenyum menatap gambar di dalam bingkai gambar atas meja di sisi katilnya.

"Abi... Dah lama Iyan tak buat perangai lagi. Iyan dah lama tak cederakan diri, fikiran buruk Iyan pun dah jarang muncul. Ingatan Iyan pun kadang-kadang je bermasalah. Mereka masih wujud. Tapi Iyan rajin makan ubat dan mampu kawal mereka. Hebat kan, Iyan?" Ifyan terkekeh kecil. Dia mengambil bingkai gambar itu dan bersandar pada kepala katil.

"Abi... Azra tadi tanya pelik-pelik tau. Iyan rasa macam nak cakar je muka dia. Dah lah muka Azra jadi makin hensem. Muka Iyan pula makin banyak mirip mama. Hm... Iyan suka... tapi Iyan jadi macam perempuan. Iyan tak suka... Azra selalu ejek Iyan..." adunya dengan bibir yang mencebik.

"Abi... Iyan akui, abi adalah orang yang hebat. Abi superhero dalam hidup Iyan. Abi seorang ayah yang terbaik... Abi... Iyan harap abi akan selamanya jadi ayah Iyan. Selamanya walau tanpa ikatan darah... I'm your son and you are my father... Iyan sayang abi..." Ifyan ketawa kecil dan menghela nafas. Dia memeluk bingkai gambar itu.

"Abi hebat, Azra... Dia bukan seorang ayah. Dia belum sempat jadi seorang ayah. Tapi untuk aku... dia ialah seorang ayah yang terbaik."

"Kenapa kau rasa macam tu?" soal Qazrael ingin tahu. Ifyan tersengih. Dia jadi mengingat semua hal yang telah Caivan lakukan untuknya.

"Sebab... kasih sayang dan perhatian abi tak pernah kurang untuk aku. Dia tak pernah mengeluh jaga aku. Dia selalu senyum walau terkadang aku berlebihan. Dia yang terbaik dari yang terbaik. Aku gembira dan bahagia sangat sebab dapat jadi anak dia, Azra..."

"Kau sayang sangat dengan abi kau, kan?" Ifyan mengangguk laju.

"Mestilah sayang sangat! Abi selalu ada, abi ikut sedih kalau aku sedih, abi akan sedih, akan nangis kalau aku sakit, kalau aku terseksa. Abi akan bahagia bila aku bahagia. Abi akan gembira bila aku gembira. He is the best father in the world. I swear..." Qazrael mencebik dan memakan nasi goreng miliknya.

"Habistu, aku ni bukan yang terbaik lah?" Ifyan ketawa dan menggeleng.

"No! Abi aku yang terbaik!" Qazrael berdecit.

"Aku pun banyak function dalam hidup kau. Puji aku tak nak pula." Ifyan ketawa lagi. Cemburu ke?

Ifyan terkekeh kecil. Dia suka banggakan Caivan di hadapan Qazrael. Dia tak hanya membual, memang itu kenyataannya. Walau Qazrael juga begitu bermakna buatnya. Tapi, Caivan tetap nombor satu.

Ifyan kembali menatap bingkai gambar itu dan mengusap lembut gambar Caivan.

"Iyan tak pernah terfikir sesaat pun yang abi akan pergi macam ni dan tinggalkan Iyan... Iyan perlukan abi. Setidaknya sampai Iyan berjaya balas semua kebaikan abi pada Iyan selama ni..."

"Kita masih perlu waktu untuk ucap salam perpisahan... Iyan rindu nak dengar abi membebel dan mengusik Iyan. Suara lembut, usapan kepala, pelukan, kasih sayang dan semua perhatian abi. Iyan rindu sangat-sangat..."

"Tapi, Iyan reda. Walau Iyan masih tak ikhlas, Iyan reda abi pergi. Kata Azra... Abi masih hidup dalam hati Iyan... Iyan tak nak abi terseksa. Jadi Iyan reda dan lepaskan pemergian abi. Iyan sayang abi..." Suaranya semakin perlahan sebelum dia menutup mata dengan senyuman yang masih tak memudar. Air mata mengalir turun dari tubir mata.

"Iyan sayang abi. Sangat-sangat..." ucapnya lirih dan terus masuk ke dalam mimpi. Harapnya, dia dapat memimpikan Caivan dan bercerita banyak hal pada Caivan di dalam mimpi itu.











- Tamat -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now