•|LAST ROSE - 11|•

141 16 3
                                    

IFYAN mengeluh panjang. Soalan Qazrael tadi buatkan dia terdiam beberapa saat. Hairan juga sebab Qazrael tiba-tiba tanya.

"Aku tak tipu. Memang betul luka ni sebab pelurus rambut. Masa aku guna tu kena dekat sini. Takkan aku gila sangat sampai nak cederakan diri macam tu," ucap Ifyan. Qazrael mengangguk sahaja.

"Yelah. Aku percaya. Tapi lebam dekat perut kau?" Ifyan menatap Qazrael tajam.

"Kau buat apa dekat aku?" soal Ifyan mendatar.

"Aku tak sengaja nampak masa kau tidur. Baju kau terangkat sikit." Ifyan tak percaya. Dia buang pandangan keluar.

"Ifyan, kau kawan dengan aku bukan sehari dua je. Dah lama. Takkan aku nak buat benda tak senonoh tu dekat kau."

"Siapa yang boleh jangka?" Qazrael mengeluh berat.

"Ifyan, boleh tak jangan libatkan orang lain dengan trauma kau? Lagipun, benda dah lepas."

"Sebab ia pernah berlaku jadi aku perlu curiga dengan semua orang. Azra, kau ingat aku sengaja ke nak jadi macam ni? Nak libatkan semua orang? Kau ingat aku sengaja?" soal Ifyan dengan mata yang berkaca-kaca.

"Kau tak rasa jadi aku macam mana. Kau tak tahu kejadian tu berputar-putar dalam otak aku macam mana sampai setiap orang pun aku perlu rasa curiga! Aku tak nak pun semua ni... Aku tak nak pun hidup macam ni... Aku tak minta."

"Tapi tiap kali... tiap kali aku keluar, mesti akan ada seorang dua yang pandang aku penuh nafsu. Aku takut, Azra. Bukan tanpa sebab aku jadi curiga dengan kau walau dah berkawan lama. Aku... Aku cuma tak mampu buang perasaan takut aku..."

Ifyan menyeka air matanya yang jatuh membasahi pipi. Dia ambil telefonnya. Dia pandang lampu isyarat merah itu beberapa saat dan terus membuka pintu.

"Kau takkan faham pun. Aku balik naik teksi. Terima kasih untuk harini."

Tak sempat bersuara, Ifyan sudah tutup pintu. Dia mahu kejar, namun lampu sudah berubah hijau dan kereta belakang sibuk tekan hon.

"Argh! Mulut kau ni, Qazrael!" Marahnya pada dirinya sendiri.

IFYAN membayar teksi itu dan terus berlalu keluar. Qazrael yang menunggunya di depan pintu pagar itu dihiraukan.

"Iyan, aku minta maaf."

"Kau tak salah. Balik jelah, Azra. Aku penat, nak rehat." Qazrael menarik pergelangan tangan Ifyan.

"Sakitlah!" jerit Ifyan.

"I'm sorry. Iyan, aku tahu aku salah. Aku minta maaf."

"Aku dah cakap kau tak salah. Pergilah balik. Aku betul-betul penat, Azra... Please." Qazrael tahu Ifyan terasa dengan ucapannya. Dia sungguh rasa bersalah.

"Aku salah, Iyan. Aku tak patut cakap macam tu sedangkan aku nampak perjuangan kau selama ni. Aku minta maaf cakap tu. Maafkan aku, please..." Ifyan menarik tangannya semula.

"Kita bincang esok ya? Aku penat sangat. Tolonglah faham," ujar Ifyan dan terus beredar. Qazrael menghela nafas berat. Dia terus berjalan kembali ke rumahnya.

IFYAN duduk di bawah pancuran air dan biarkan bajunya basah kuyup sembari teresak-esak menangis. Bagaikan pita rosak, kenangan buruk saat dia berusia tujuh tahun kembali terlihat.

"Arghhh!"

"Mama... Aku tak minta semua tu jadi! Aku tak minta semuanya jadi macam tu! Aku tak minta! Aku nak hidup normal... Aku nak hidup normal!" Tubuhnya dibersihkan secara kasar.

"Aku tak minta kena macam tu... Aku tak minta muka aku macam ni... Aku tak minta... Aku tak pernah minta semua ni... Tak pernah... Tapi kenapa aku yang disalahkan? Kenapa aku? Kenapa aku yang seolah jahat? Aku tak pernah minta hidup aku jadi macam ni..."

'Mati.'

'Mati, Ifyan. Mati!'

'Kau jahat, kau pembunuh, kau kotor!'

'Mati... Mati... Mati... Mati! Mati! Mati! MATI!'

Nafasnya jadi tak terkawal. Dia memegang kepalanya yang terasa seakan mahu pecah.

'Kau bodoh! Mati, Ifyan! Mati!'

'Gantung diri kau! Tikam diri kau! Kelar leher kau! Mati! Mati lah, Ifyan! Mati!'

"Arghhhhh! Diam! Diam! Sakit! Diam!"

Semua terasa berputar, sakit dikepala semakin mendera. Dia berakhir pengsan di bawah pancuran air itu.













- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now