•|LAST ROSE - 02|•

223 20 0
                                    

11 TAHUN KEMUDIAN...

Mulut ditutup kerana menguap. Sungguh, dia mengantuk. Tapi loceng tak habis-habis berbunyi. Entah siapalah yang datang mengganggu ketenteraman hidupnya ini.

Klak!

"Assalammualaikum, Iyan!"

"Uncle? Haih... Uncle, Iyan ngantuk tau..." rengeknya. Caivan ketawa.

"Olololo, kecian anak buah titew ni. Meh cini cayang bucuk-bucuk uncle." Ifyan ketawa dan menutup pintu setelah Caivan masuk. Mereka menuju ke ruang tamu.

"Uncle nak minum?" soal Ifyan basa basi.

"Tak payah. Nanti Iyan bukan buat air tapi tidur dekat dapur." Ifyan tersengih. Dia duduk di sebelah Caivan.

"Kenapa datang pagi-pagi ni?"

"Uncle nak pergi korea esok. Ada kerja. Jadi uncle tak boleh nak masakkan untuk Iyan. Itu yang datang ni nak ajar Iyan masak." Ifyan ternganga kecil.

"Uncle! Esok nak pergi harini baru bagitahu? Siap nak ajar masak lagi! Uncle ni betul ke tak?" Caivan ketawa dan menyerabaikan lagi rambut Ifyan yang dah macam sarang burung itu.

"Nak buat macam mana, uncle lupa. Busy sangatlah. Iyan tu tak nak tolong uncle urus syarikat."

"Eleh, nak menyalahkan kita pula. Uncle tu yang tak pandai tengok jadual sendiri. Lagipun, Iyan tak minat nak jadi CEO atau bos besar sekalipun." Caivan menggeleng. Tahu sangat perangai si kecil ini.

"Dah tu Iyan nak apa? Takkan nak duduk goyang kaki pula." Ifyan tersengih.

"Kan Iyan dah cakap, Iyan nak fokus dengan diri Iyan dulu setahun ni. Tahun depan Iyan nak sambung belajar. Nak jadi chef!" Caivan menggeleng.

"Dah, pergi dapur tu masak. Nanti uncle rasa. Kalau lebih baik dari minggu lepas uncle bagi gift."

"Gift? Gift apa?" soalnya sedikit teruja.

"Adalah. Mana boleh bagitahu. Cepat, panaskan kuali." Ifyan mencebik. Tak sukalah main rahsia-rahsia ni.

"Apa-apa jelah." gumam Ifyan sambil mengikat rambutnya dan berlalu ke dapur. Caivan menggeleng. Rambut bukan main panjang lagi. Dah potong pun tetap nampak panjang. Geram pula dia.

"Masak betul-betul tau. Risau uncle nak tinggal Iyan sorang-sorang."

"Rumah Qazrael ada dekat depan rumah ni je, uncle. Jangan nak gedik sangat. Iyan pun tak gedik gitu." Caivan ketawa. Alah, nak usik sikit pun tak boleh.

CAIVAN dan Ifyan duduk di meja makan. Bau harum masakan seketul Ifyan sangat menggugat selera. Haih, makin pandai masak ni yang tak best. Siapa lagi nak merengek minta dia masak lepasni kalau bukan Ifyan?

"Cubalah rasa." Caivan akur dan menaruh lauk kari ayam itu atas nasi dalam pinggan. Ifyan pula duduk menongkat dagu dan sesekali menguap. Dah cakap, dia masih mengantuk.

Satu suapan masuk dalam mulut setelah doa. Caivan tersenyum. Ibu jari diangkat pada Ifyan.

"Yes! Dapat gift kan?" Caivan ketawa.

"Laju je kalau bab hadiah kan?" Ifyan tersengih.

"Mestilah!"

"Pergilah ambil dalam kereta. Ada dekat bahagian belakang. Ambil semua." Ifyan mengangguk faham dan mencapai kunci kereta Caivan yang ada atas meja itu.

Dia terus berlalu keluar dari rumah dan menuju ke arah kereta Caivan yang elok terparking depan pintu pagar. Ini namanya tak nak bagi dia keluar ni.

Pintu belakang dibuka dan dia tercengang. Kejap, sel otak tak berhubung. Apakah?

"Betul ke tidak uncle ni?" gumam Ifyan.

Malas mahu berfikir lebih lama, dia ambil satu beg kertas dan jambangan bunga mawar putih itu masuk ke dalam rumah. Tak lupa pintu kereta kembali dikunci.

"Uncle! Are you serious? Apa ni?" Caivan ketawa melihat wajah tak puas hati yang tercetak diwajah Ifyan.

"Mawar putih. Why?" soal Caivan dengan tawanya.

"Kenapa bunga?"

"Sebab cantik? Tiap kali uncle pandang bunga tu, uncle jadi teringat dekat anak buah uncle yang sorang ni. Sama-sama putih. Cantik."

"Tapi kenapa bunga mawar? Banyak lagi bunga lain, right? Bunga lili, bunga tulip, kenapa kena mawar? Warna putih pula tu." soal Ifyan curiga. Seram dia. Dah lah tu, siap puji dia cantik pula.

Caivan ketawa dan mengusap lembut kepala Ifyan dengan tangan kiri sebelum dia suap diri.

"Lepasni, setiap hari akan ada satu tangkai mawar untuk Iyan. Jangan buang, simpan." Ifyan makin curiga. Caivan tak jatuh hati pada dia kan?

"Uncle... Normal kan?" Caivan ketawa terbahak-bahak. Ifyan kerut dahi. Salah ke apa dia tanya? Dia cuma risau.

"Merepek betul. Meh duduk makan. Jangan risau, baru semalam uncle mengorat PA Si Riyadh tu." Ifyan menghela nafas lega.

Baguslah kalau masih normal. Risau dia. Lepasni rasa macam dah tak nak bagi Caivan masuk rumah dah. Seram dibuatnya.

"Iyan, kenapa harini tukar lagi panggilan? Mana panggilan abi?" Ifyan tersengih.

"Harini Iyan tak rasa nak ada bapak. Panggil uncle jelah."

"Boleh macam tu ya?" Ifyan ketawa.

"Mestilah boleh. Kenapa pula tak boleh, kan?" Caivan menggeleng. Nasib baik comel. Kalau tidak dah dibuang dalam bilik air. Yelah, Ifyan panggil dia ikut mood. Sampai dia terikut-ikut.












- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang