•|LAST ROSE - 29|•

111 10 0
                                    

SETAHUN KEMUDIAN...

"Baiklah, semua boleh bersurai."

"Terima kasih, bos!"

Nafas dihembus lega. Dia membetulkan urat-uratnya dan berlalu keluar menuju ke pejabatnya di tingkat atas.

Klak!

"Ifyan!" sapa Qazrael yang berada di dalam pejabatnya itu. Ifyan ketawa kecil dan melambai perlahan sebelum kembali menutup pintu dan berlalu duduk di sofa berhadapan dengan Qazrael.

"Kenapa datang sini? Kau tak kerja ke?" soal Ifyan. Dia menerima huluran air coklat suam dari Qazrael.

"Harini kan jadual kau jumpa psikiatri." Ifyan tepuk dahi.

"Aku lupa." Qazrael menggeleng.

"Nyanyuk dah dia." Ifyan tersengih.

"Macam mana lepas dah ambil alih syarikat arwah abi kau? Okay?" Ifyan mencebik dan menggeleng.

"Tak okay! Kau pun tahu aku tak suka hadap dokumen hari-hari. Dah lah assignment aku belambak!" Qazrael ketawa dan mengusap lembut kepala Ifyan.

"Alah, kata nak dapatkan ijazah untuk abi kau. Lagipun, Uncle Caiv macam dah jangka semua ni. Tu yang mudah sikit masalah kau ni." Ifyan mengangguk setuju.

"Aku pun rasa macam tu. Sebab masa aku masuk sini, PA abi macam dah boleh agak aku tak berapa faham dengan kerja-kerja syarikat. Dia yang ajar aku macam mana nak urus semua benda. Untung-untung tak muflis syarikat ni." Mereka berdua kemudian ketawa.

"Iyan, kau memang tak nak jumpa dengan papa kau ke?" Soalan Qazrael itu buatkan Ifyan diam. Dia menghela nafas dan memandang Qazrael yang setia menanti jawapan darinya.

"Aku tak nak... lebih tepatnya aku tak boleh..."

Qazrael mengangguk faham.

"Ikut papa nak?" soal Tuan Idzad lembut. Ifyan hanya mengabaikan soalan itu dan memejam matanya.

"Iyan, sampai bila kamu nak macam ni?"

Plak!

"Don't touch me!" ucap Ifyan agak kuat.

"Ifyan. Jangan derhaka," tegur Riyadh. Ifyan pandang Riyadh dan Tuan Idzad. Dia baru mahu pulih setelah seminggu membaca surat dari Caivan. Tapi, dalam waktu seminggu itulah Tuan Idzad selalu datang padanya.

"Pergi balik. Jangan datang lagi dah. Iyan tak nak tengok papa dekat sini. Tak nak walau bayang sekalipun," ucap Ifyan perlahan.

"Ifyan-"

"Uncle Riyadh pun. Cukuplah. Uncle dengan papa perlu pergi. Iyan sakit dengan kehadiran uncle dan papa. Jadi tolong... pergilah," potong Ifyan.

"Darimana kamu belajar biadap, Ifyan Damien?" soal Tuan Idzad kesal.

"Dari papa," jawab Ifyan mudah. Dia terus bangun menuju ke biliknya ditingkat atas meninggalkan Tuan Idzad dan Riyadh.

"... Ifyan!"

"Hah?" Qazrael mengeluh dan menjentik dahi Ifyan.

"Aku tanya kau nak pergi sekarang ke kejap lagi? Ada masa lagi ni sebelum waktu yang ditetapkan." Ifyan tersengih.

"Sekarang je lah. Lagipun kerja aku dah siap. Boleh balik terus nanti." Qazrael mengangguk.

"Jom."

Ifyan mengangguk. Dia meneguk airnya hingga tandas dan gelas kertas itu dibawa keluar dan dimasukkan dalam tong sampah.

TUAN Idzad benci mengakui ini, tapi Caivan benar. Setiap perlakuannya, setiap tutur katanya, semua itu bakal menjadi pedang bermata dua yang bakal ikut menikamnya dengan amat dalam.

"Pernah ke papa fikirkan perasaan Iyan?" soal Ifyan perlahan. Tuan Idzad terdiam menatap Ifyan yang sedang sibuk melukis di halaman rumah.

"Pernah ke... sekali dalam hidup papa, Iyan jadi orang yang penting? Pernah ke waktu Iyan menjerit-jerit, meraung-raung, menangis, seru papa untuk ada dengan Iyan... pernah ke papa datang?" soal Ifyan lagi. Berus cat yang menari-nari di atas canvas putih itu menjadi wadah untuk dia menyalurkan perasaan sakit yang dia rasai.

"Pernah ke papa akui Iyan? Pernah ke papa anggap Iyan selama ni? Kehadiran Iyan ditolak, Iyan dipukul dan Iyan dimaki. Setiap hari tanpa jeda, papa akan terus sakitkan Iyan. Sekarang... salah ke bila Iyan bersikap macam ni?" Ifyan meletakkan berus cat itu ke dalam bekas air dan menoleh menatap Tuan Idzad.

Senyuman dibibir Ifyan benar-benar buatkan Tuan Idzad jadi tak karuan. Ifyan bangun mendekati papanya itu.

"Pernah ke papa berperan sebagai seorang ayah untuk Iyan macam yang arwah abi buat?"

"Iyan, papa-"

"Terkadang... Iyan jadi terfikir yang Iyan sebenarnya bukanlah anak papa. Tapi, anak abi." Tuan Idzad tersentak mendengar itu. Ifyan ketawa kecil.

"Pa, Iyan kan dah cakap waktu tu... Iyan dah tak perlukan peran papa lagi. Iyan dah menyerah. Iyan dah penat bersikap bodoh demi meraih impian yang ada di bawah tapak kaki papa."

"Ifyan Damien!"












- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now