•|LAST ROSE - 16|•

123 15 0
                                    

SEMINGGU, sebulan, bahkan sudah berlalu hampir setahun. Kini Ifyan Damien sudah berusia sembilan belas tahun. Yang ditunggu tak kunjung tiba.

"Iyan, tadi pa-"

"Iyan tak nak duit tu semua. Pulangkan pada dia. Iyan tak perlu." Potongnya tanpa menoleh.

Caivan mengangguk faham. Dia simpan kad ditangannya itu dalam poket seluar dan duduk di birai katil memandang belakang tubuh Ifyan yang sedang sibuk di meja belajarnya.

"Iyan, nanti abi nak balik rumah kejap. Nak ambil barang. Iyan nak kirim apa-apa tak?" soal Caivan. Ifyan menoleh memandang Caivan. Dia terus berdiri dan duduk sebelah Caivan.

"Nak peluk..." Caivan ketawa kecil dan memeluk tubuh Ifyan. Lelaki itu terkekeh ringan dan membalas pelukan itu erat.

"Iyan nak aiskrim coklat." Pelukan dileraikan. Rambut Ifyan diraup ke belakang.

"Itu je?"

"Hehe... Iyan nak kirim kek sekali. Tadi Azra cakap dia craving. Alang-alang semalam tu birthday dia." Caivan mencubit kedua belah pipi Ifyan. Merengek-rengek lelaki itu minta dilepaskan.

"Ada je dia ni. Betul nak kek?" Ifyan mengangguk.

"Cheese cake tau, abi..."

"Yelah. Iyan buat apa?" soal Caivan.

"Buat assignment. Susah lah... Iyan tak reti bab business..."

"Kalau Iyan tak reti macam mana nak tolong abi?" Ifyan mencebik. Dia letakkan kepala di bahu Caivan.

"Uncle Riyadh kan ada."

"Hancur company tu nanti." Ifyan ketawa. Caivan usap lembut kepala Ifyan. Dia tak mahu Ifyan tertekan kerananya. Banyak kali dia nasihatkan agar Ifyan tukar course. Tapi lelaki itu berkeras dan berkata mahu banggakan dirinya.

"Iyan... Jangan buat lagi perangai dulu. Iyan layak untuk bahagia." Ifyan angkat kepala memandang Caivan.

"Iyan minta maaf..."

"Tak apa..."

Caivan tergesa-gesa berlari masuk ke dalam rumah. Suara Qazrael dan Ifyan kedengaran hingga ke bawah. Laju dia menaiki tangga.

"Iyan! Sedar! Jangan buat macam ni!"

"Aku boleh gila, Azra! Aku boleh gila!!" Caivan dapat melihat bagaimana Ifyan berusaha membebaskan diri dari Qazrael.

Dengan satu tali yang tergantung pada kipas. Perbalahan Qazrael dan Ifyan berterusan hingga Caivan tersedar. Dia terus menahan tubuh Ifyan.

"Lepaslah! Aku boleh gila macam ni! Aku tak tahan! Aku tak tahan dah! Arghhhh!" Ifyan yang tak berjaya membebaskan diri meraung-raung. Lelaki itu benar-benar sudah berputus asa.

Dua jam lelaki itu begitu. Kini Ifyan kelihatan sedikit tenang. Caivan mengucup lembut dahi Ifyan. Lelaki itu memejam mata dan kembali dibuka perlahan-lahan saat Caivan menjauhkan wajahnya.

"Don't do this. Please, Iyan... Don't do this..." Ifyan tersentak melihat air mata Caivan.

"Iyan ada abi... Iyan ada abi, sayang. Don't do this. Iyan ada abi. Iyan... Jangan..." Caivan teresak perlahan memeluk erat tubuh Ifyan.

Ifyan kembali menumpahkan tangisnya. Caivan terus memujuk. Qazrael hanya mampu memerhati. Sesekali menyeka air matanya sendiri.

"Iyan kenapa? Cerita dengan abi. I'm here. Always here. Cerita dengan abi. Abi dengar." Pelukan itu dileraikan. Ifyan menggeleng.

"Iyan tak tahan dengan semua ni... Sumpah, Iyan rasa macam nak mati dengan semua benda ni... Iyan tak tahan... Iyan penat..." luah Ifyan dengan esakan. Tersedu-sedan lelaki itu.

"Iyan... Iyan boleh gila macam ni, abi... Iyan tak kuat... Iyan takut... Iyan nak papa... Tapi papa bencikan Iyan... Sakit... Iyan rasa macam nak gila... Iyan tak tahan dah... Iyan dah tak boleh..."

Caivan kembali memeluk erat tubuh Ifyan. Ifyan kembali menangis di bahu Caivan. Rasa sakit itu tak tertanggung lagi. Rapuhnya lelaki itu dapat diukur dari sini. Jika terlambat, mereka semua hanya mampu melihat jasad tergantung Ifyan sahaja.












- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang