•|LAST ROSE - 20|•

133 15 0
                                    

BERAT rasa kepalanya saat terjaga. Caivan usap lembut kepala Ifyan. Kasihan lelaki ini. Setelah satu masalah, timbul pula masalah lain.

"Tangan Iyan sakit..." rengeknya perlahan.

"Habis air tu nanti cabutlah. Iyan tahan dulu." Ifyan mengangguk lesu dan menerima suapan bubur gandum itu.

"Abi... Harini tak ada bunga?" soal Ifyan. Caivan ketawa kecil.

"Ada. Abi letak situ." Rak buku miliknya ditunjuk. Ifyan menoleh dan tersenyum melihat gubahan sekuntum bunga mawar putih itu.

"Beautiful..." ucap Ifyan. Caivan mengangguk.

"Like your eyes right now." Ifyan tersenyum sahaja. Ifyan tarik tangan abinya itu digenggam.

"Sampai sekarang... Iyan masih yakin yang Iyan anak papa. Iyan masih yakin yang Iyan anak Tuan Idzad. Masih... Tapi rasa sakit dan seksaan yang Iyan dapat... Iyan tak mampu terima, abi..." ujarnya perlahan. Ifyan bawa tangan itu ke pipinya.

"Iyan dah usaha untuk lepaskan semua perasaan tu. Perasaan yang tak patut disimpan lagi. Tapi, Iyan cuma budak kecil yang masih harapkan bapak kandung dia. Bukan sebab Iyan tak bersyukur... Iyan bersyukur, Iyan gembira, Iyan bahagia hidup dengan abi. Tapi, ada satu masa... Iyan akan termenung, fikirkan nasib Iyan, hidup Iyan, papa dan mama..." Caivan mengangguk. Ya, dia tahu.

Mangkuk bubur diletakkan atas meja dan tangannya yang bebas itu mengusap lembut kepala Ifyan.

"Iyan minta maaf bila waktu Iyan hilang kawalan, bila waktu Iyan buat penat semua orang dengan fasa gila Iyan... Ahahaha... Akhirnya, Iyan tetap budak kecil yang akan merengek, yang akan menangis cari ibu bapa dia. Pelik kan? Orang dah buang, patutnya kita pergi. Tapi, Iyan macam budak dua tahun yang tak faham bahasa dan terus tunggu dekat sini."

"Normal, Iyan. Semua yang Iyan rasa, semua yang Iyan alami, semuanya normal bila dari kecil lagi tak dapat rasai kasih sayang dari ayah dan ibu kandung. Semua tu normal. Abi pernah ditempat Iyan. Abi faham," ucap Caivan. Ifyan tersenyum. Dia menatap bunga mawar dekat rak dan di dalam pasu atas meja kopi dalam biliknya itu.

"Bunga mawar tu... Suatu hari nanti Iyan janji akan berikan pada semua orang lepas penderitaan Iyan berakhir. Lepas Iyan mampu berdamai dengan keadaan dan diri Iyan sendiri... Iyan akan bagi abi satu jambangan bunga mawar yang besar. Biar abi tahu macam mana susahnya nak rawat bunga-bunga tu semua," katanya disertai dengan gurauan.

Caivan ketawa. Nampaknya Ifyan memikirkan cara nak balas dendam dengan bunga yang dikirim itu.

"Abi tunggu." Ifyan terkekeh kecil.

"Iyan nak bunga mawar tu jadi bunga mawar yang terakhir tanda dari pengakhiran segala penderita Iyan selama ni. Tanda yang Iyan dah berusaha mati-matian. Iyan nak bunga mawar tu tunjukkan yang Iyan dah bebas. Bebas dari penantian dan belenggu derita." Caivan mengangguk. Dia membetulkan selimut Ifyan.

"Last rose of my suffer..." gumam Ifyan. Dia kemudian tersenyum memandang Caivan.

"Abi, suatu hari nanti Iyan akan pastikan Iyan dapat buat papa menangis bangga sebab Iyan. Sekarang mungkin Iyan menyerah, tapi suatu hari nanti... Takdir akan tentukan semuanya dan Iyan akan pastikan papa menangis bangga. Iyan akan pastikan papa akui Iyan. Abi jadi saksi..."

"Iyan..." lirih Caivan. Air mata dipipi mulus Ifyan diseka lembut. Ifyan memeluk lengan Caivan dan menumpahkan tangis hingga kembali terlena.














- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now