•|LAST ROSE - 10|•

152 18 0
                                    

IFYAN bangun dan menggaru perutnya yang terasa gatal. Jam dinding dilihat. Sudah jam 10 pagi. Tadi lepas subuh dia sambung tidur semula.

Telefon atas meja diambil. Ada beberapa pesan daripada Caivan dan Qazrael. Missed call dari Caivan juga banyak.

Kepalanya kembali terasa nyeri dan begitu menyakitkan. Dia jadi bingung. Bukannya dia berada di rooftop? Kenapa boleh di rumah pula? Subuh tadi tak sempat fikir sebab terlalu mengantuk dan sakit kepala. Sekarang baru boleh fikir.

"Aku kenapa?" bingungnya sendirian. Pelik!

Abi Caiv Kesayangan: Iyan, abi minta maaf. Abi janji, minggu depan abi balik. Jangan lupa makan, minum, tidur yang teratur.

Azra Hodoh: Iyan, jangan lupa makan ubat. Kalau kepala rasa sakit, kau rest je.

Azra Hodoh: Jangan lupa makan. Aku kena balik rumah parents aku. Jumpa petang nanti. Oh ya, jangan lupa kau kena jumpa dengan psikiatri petang ni. Siap-siap tau.

13 missed call from Abi Caiv Kesayangan.

"Eh... Harini bukan lapan hari bulan ke?" gumam Ifyan. Dia membuka kalendar dan dibuat semakin bingung.

"Aku ada kuasa teleport ke?" Terkejut bila tengok kalendar sudah sembilan hari bulan. Rasanya baru lapan hari bulan. Dia bangun menuju ke bilik air. Dia mahu mandi lagi.

PETANG itu, Qazrael menemaninya pergi appointment dengan psikiatri. Tapi seperti biasa, Qazrael yang sebagai wakil dipanggil. Ifyan hanya mampu diam dan menunggu.

Dia tahu dia mempunyai penyakit mental. Tapi, dia masih bingung. Apatah lagi dia tak mampu mengingat apa-apa mengenai semalam. Semua rasa asing dan pelik.

Dia tak tahu untuk apa Caivan meminta maaf, dia tak tahu apa yang terjadi sewaktu di rooftop itu. Seperti amnesia sahaja. Belum lagi sakit kepala yang terus-terusan menderanya.

"MANGSA dera jadi pendera? Saya tak faham," ucap Qazrael.

"Macam ni, Qazrael..."

"Mangsa dera akan tumbuh besar menjadi pendera kalau lambat ditangani." Qazrael mengerutkan dahinya.

"Ma-maksudnya?"

"Macam yang saya cakap, mangsa dera pada akhirnya akan tumbuh besar menjadi pendera seandainya lambat ditangani. Pendera yang saya maksud di sini ada dua jenis." Qazrael diam mendengar penjelasan itu.

Dia bingung.

"Sama ada dia lakukan kekerasan fizikal pada orang lain atau dia lakukan kekerasan fizikal pada diri dia sendiri. Ifyan adalah jenis yang kedua. Dia lakukan kekerasan fizikal pada diri dia sendiri."

Qazrael jadi teringat semua lebam, bekas luka dan kesan melecur di tubuh Ifyan. Juga lebam di bahagian leher lelaki itu.

"Tak mungkin..."

"Ianya mungkin. Ifyan bukan melakukan selfharm untuk ketenangan atau pelampiasan rasa sakit. Tapi untuk kepuasan diri dia sendiri. Ini yang dinamakan mendera diri sendiri. Dia sedar dan dia suka dengan rasa sakit yang dia buat sendiri."

"Sebab tu pentingnya peranan orang sekeliling. Mereka yang mendapatkan penderaan perlu segera dibantu sebelum ianya melarat. Untuk kes Ifyan, masih belum terlambat. Hanya sedikit sukar. Tapi, ia tak mustahil untuk dibantu." Qazrael kehilangan kata-kata. Dia benar-benar tak jangka semua ini. Ifyan yang dia kenal ternyata lebih parah?

"Tak... Saya tak boleh nak faham."

"Pernah dengar yang dibuli jadi pembuli?" Qazrael mengangguk. Bahkan melihat depan matanya sendiri pun pernah.

"Macam tu lah." Qazrael menggeleng. Dia masih tak mengerti.

"Jadi, mudahnya macam ni... Mangsa dera suatu saat akan jadi pendera dan yang ditinggalkan, suatu saat akan pergi meninggalkan."

"Ta-"

"Saya belum habis, Qazrael." Nafas dihela dan Qazrael mengangguk.

"Kalau mereka tak sembuh, kalau mereka tak berjaya keluar dari masa lalu, semua tu yang akan jadi. Mereka akan jadi sama seperti orang yang menyakiti mereka kalau mereka belum sembuh dan masih belum berjaya untuk keluar dari rasa sakit tu."

Qazrael menunduk. Entahlah... Dia tak mengerti semua ini. Baik buruk sesuatu, dia tak pernah terfikir sampai sejauh itu.

"Bantulah dia, Qazrael. Sebelum nyawa dia berakhir ditangan dia sendiri sebab mendera diri."

"Habistu... Macam mana dengan penyakit dia?" soal Qazrael. Dia tak mahu bahas soal dera mendera.

"Dia tahu. Cuma masih agak bingung. Awak dah berusaha Qazrael."

DALAM kereta, Ifyan hanya diam. Qazrael juga sama. Mereka sama-sama diam.

"Kalau nak tanya tu tanya je." Qazrael mula membuka suara.

Ifyan menghela nafas berat. Dia mengangguk faham. Lebih baik dia bertanya daripada terus tak tahu.

"Aku buat perangai lagi ke?" soal Ifyan. Qazrael mengangguk.

"Tapi tak ada apa yang jadi. Kau cuma berubah jadi diri kau waktu umur enam tahun. Itu je." Ifyan menghela nafas lega. Dia tersenyum.

"Baguslah... Aku minta maaf, aku tak boleh kawal diri dan mungkin dah menyusahkan kau," ucap Ifyan. Qazrael menggeleng.

"It's okay. Apa gunanya kawan kalau tak disusahkan." Ifyan ketawa kecil.

"Oh ya, aku yang enam tahun tu gaduh dengan abi ke?"

"Haah, kau cakap rindu, suruh balik, tapi abi kau banyak kerja. Kau pun mengamuk lah. Mogok dengan dia." Cerita Qazrael. Ifyan tersengih.

"Aku kena minta maaf dengan abi." Qazrael tersenyum dan menggosok kepala Ifyan kasar.

"Buatlah."

"Tapi aku tak ingat apa-apa... Aku minta maaf," ujar Ifyan.

"Tak apa, bukan kau minta diberikan ujian yang macam ni. It's okay. Lagipun, kau tak buat masalah." Ifyan tersenyum.

"Terima kasih, Azra..."

"Sama-sama, Iyan. Lapar tak? Aku bawa pergi makan nak?" Ifyan menggeleng.

"Aku masih rasa kenyang. Mungkin dah makan?" Qazrael mengangguk.

"Mungkin juga."















- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now