•|LAST ROSE - 15|•

145 18 0
                                    

PANG!

"Stop being rude, Ifyan Damien!" tengking Tuan Idzad. Ifyan pandang papanya itu.

"Rude? Iyan cuma minta masa papa sekejap je! Sekejap je untuk bagitahu keadaan Iyan! Biadap ke tu?" soal Ifyan. Tuan Idzad berdecit.

"I told you, Ifyan. Berhenti raih perhatian aku. Kau dah tahu kan? Sekarang untuk apa buat semua ni? Hm?"

Ifyan hanya mampu diam. Tuan Idzad berdecit. Dia melangkah pergi. Namun, pergerakannya terhenti saat mahu membuka pintu pejabat itu.

"Iyan... Iyan dah buat DNA tes..." Ifyan menunduk tak mahu menoleh. Dia tahu Tuan Idzad masih di situ.

"I-Iyan curi sikat rambut papa dengan Uncle Riyadh. Iyan... Iyan anak-"

"I don't care," ucap Tuan Idzad dan terus keluar menutup pintu meninggalkan Ifyan.

"Papa... Iyan anak papa..." Dia teresak kecil. Beberapa hari setelah dia terjaga di biliknya, dia nekad melakukan DNA tes itu. Beberapa bulan berlalu dan hasilnya baru dia ambil.

Dia gembira. Sangat gembira saat mengetahui statusnya. Dia anak Tuan Idzad. Benar-benar anak kandung Tuan Idzad. Tapi harapannya punah. Papanya tak peduli. Bahkan tak mahu tahu.

Ifyan pandang sampul surat ditangannya itu. Matanya agak kabur kerana air mata. Dia meletakkan surat itu atas meja kerja papanya. Juga beberapa helai rambutnya dia letak di dalam satu plastik kecil dan selitkan di situ.

Mungkin papanya tak percaya dengan hasil itu. Lebih baik dia berjaga-jaga. Dia berharap semua berjalan lancar dan dia akan dapat apa yang dia mahukan.

"IYAN! Mana kau pergi? Kenapa luka ni?" soal Qazrael. Ifyan yang diserbu begitu terus memeluk Qazrael dengan erat. Dia melepaskan tangisannya dengan kencang.

"Hei, kau kenapa?"

"Aku happy... Aku happy, Azra. Aku anak papa... Aku anak kandung papa..." ujarnya. Qazrael mengerutkan dahinya.

"Gembira? Tapi kau tak nampak gembira. Kenapa?" soal Qazrael seraya meleraikan pelukan.

"Papa macam tak kisah. Tapi aku akan tunggu. Kalau tak berjaya, aku undur diri. Aku dah tak nak berjuang untuk sesuatu yang dah pasti tak ada hasil... Aku takut... Kalau papa tak percaya, aku terpaksa pergi..."

TUAN Idzad tergesa-gesa mencari telefonnya. Dia baru sedar telefonnya tiada. Namun, matanya malah tertancap pada satu sampul surat.

Dia membuka sampul surat itu dan mengeluarkan isinya. Dia membaca itu dan berdecit. Dia gumpal surat itu dan dicampak dalam tong sampah.

Satu note yang menempel di atas meja itu diambil.

Kalau papa tak percaya,
Gunakan rambut Iyan ni
Papa sendiri yang buat tes.

Iyan tunggu papa untuk terakhir kali.

Tuan Idzad diam merenung nota dan plastik kecil berisi beberapa helai rambut putih itu.

"Merapu. Dia sendiri yang cakap Iyan bukan anak aku... Tapi anak Riyadh... Riyadh sendiri pun sama... Tak mungkin semua ni betul." Tanpa fikir panjang, dia buang semua pemberian Ifyan itu ke dalam tong sampah.














- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWo Geschichten leben. Entdecke jetzt