•|LAST ROSE - 26|•

121 14 0
                                    

IFYAN meronta-ronta mahu membebaskan diri dari Caivan. Tak segan dia memukul Caivan.

"Iyan, dengar cakap abi! Kami semua dekat sini cuma nak Iyan sembuh. Nak Iyan sihat balik." Ifyan menggeleng laju.

"TAK NAK!! LEPAS! DIORANG SEMUA NAK BUAT BENDA TAK ELOK DEKAT FYAN! TAK NAK! TAK NAK DATANG SINI!!" raung Ifyan. Caivan buntu, sudah sejam dia begini.

Dugh!

"Iyan!"

Ktak!

IFYAN yang duduk di tepi sungai itu dihampiri. Caivan menyerahkan satu cup aiskrim buat Ifyan.

Ifyan menatap lama aiskrim itu.

"Ambil." Ifyan akur.

"Terima kasih, uncle," ucap Ifyan perlahan. Caivan ukir senyum.

"Kenapa uncle?"

"Sebab Iyan tak nak bapak harini," jawab Ifyan dengan senyuman kecilnya.

Caivan ketawa dan menggosok kepala Ifyan. Dia tak menyangka dia mampu membesarkan Ifyan hingga harini. Remaja 16 tahun yang sedang menikmati aiskrim itu dipandang lama.

"Uncle... you make me feel uncomfortable. Don't look at me like that..."

Caivan mengangguk akur. Dia menatap lurus ke depan. Sungai yang tak jauh dari rumah Caivan menjadi tujuan setelah pulang dari sekolah tadi.

"Iyan tak nak cerita ke kejadian dekat sekolah tadi?" soal Caivan. Ifyan berhenti menyuap aiskrim ke dalam mulut.

"Iyan cuma takut, abi. Iyan tak ada niat nak cederakan tangan dia dengan pen tu. Iyan tak sengaja, sumpah..."

"Abi percayakan Iyan. Cuma... abi tak nak benda ni berulang. Iyan tahu kan, abi tak nak orang pandang buruk pada Iyan. Abi cukup tahu keadaan Iyan, tapi orang lain tak. Ianya buruk untuk keadaan Iyan. You know that?" Ifyan mengangguk. Dia tahu itu.

"Abi... Iyan budak normal juga kan?"

"Of course! Who said you abnormal?" Ifyan menggeleng.

"I just ask." Caivan mengangguk faham dan mengusap lembut kepala Ifyan.

MELIHAT keadaan Ifyan beberapa bulan ini, mereka semua tahu bahawa Caivan adalah satu-satunya sebab mengapa Ifyan masih bertahan.

Entah ini baik atau malah semakin buruk, sifat Ifyan yang dulunya terbahagi dengan berpecah belah malah kelihatan kembali menjadi satu.

"Iya-" Qazrael terdiam melihat Ifyan yang menarik tangan dari dipegang olehnya.

"Iyan... dah berbulan berlalu. Takkan kau nak macam ni je terus-terusan..." Ifyan tak menjawab. Bahkan Ifyan langsung tak mempunyai semangat untuk terus hidup.

Qazrael menghela nafas berat. Dia duduk di hadapan Ifyan atas katil itu dan menatap mata Ifyan.

"Iyan, kau tahu tak... kitaorang semua ada jumpa surat waktu kemas rumah Uncle Caiv." Hal itu berjaya menarik perhatian Ifyan.

Qazrael mengambil surat yang dia letak atas meja dalam bilik Ifyan tadi diserahkan pada tuan badan. Dia ukir senyuman saat Ifyan melihat ke arahnya.

"Ni surat dari Uncle Caiv untuk kau. Aku harap... lepas baca surat ni, kau jadi lebih baik dan reda dengan segala ketentuanNya. Jalan hidup kau masih panjang, Iyan.

Ifyan menatap surat itu lama. Dia mahu menangis. Namun, air mata sudah tak mahu turun lagi. Dia tak mampu menangis lagi.

"A... bi..."














- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now