•|LAST ROSE - 21|•

126 13 1
                                    

TIGA TAHUN KEMUDIAN...

Ifyan menghirup segelas air coklat pesanannya. Jam yang melingkar pada pergelangan tangan kirinya itu dipandang. Nafas dihela berat.

"Hai, boleh duduk? Tempat lain semua dah penuh." Ifyan mendongak memandang seorang lelaki yang mungkin sebaya dengannya itu.

"Duduklah." Izin diberi. Ifyan mengambil telefonnya dan terus hantar pesanan pada Qazrael. Entah berapa lama lagi lelaki itu mahu buat dia menunggu.

Suruh jumpa dekat rumah tak nak. Sibuklah, penatlah, jauhlah, macam-macam alasan walhal rumah depan-depan je.

Ifyan berdecit dan memandang orang didepannya itu. Bukan perasaannya saja. Betul, dia yakin. Bahkan riak wajah orang itu juga.

"Boleh berhenti tenung tak? Sumpah annoying," ujar Ifyan. Lelaki itu tersenyum nipis.

"Sorry... Awak nampak comel." Ifyan serta-merta berundur ke belakang.

Gaya bicaranya, tatapannya, semua itu buatkan Ifyan rasa geli dan jijik.

"Ja-janganlah jauh macam tu. Saya minta maaf buat awak tak selesa." Ifyan menggeleng.

"Sorry, tak selesa? Hei, budak kecil... Ikut saya nak? Mama awak tengah tidur tu."

"E-eh... Kenapa? Sa-"

Plak!

Tangan lelaki itu ditepis kasar. Ifyan tak mampu mengawal nafasnya. Dia sudah seperti orang terkena asma saja sekarang.

Buk!

Dia terjatuh dari kerusi dan menarik perhatian banyak orang. Ada beberapa orang mendekat dan itu makin buatkan Ifyan semakin takut.

Dia benci bila ada orang atau sesuatu yang berjaya memicu traumanya. Dia berundur hingga berlaga dengan dinding.

"Jauh... Jauh..." gumam Ifyan. Dia mencengkam rambutnya sendiri. Reaksi ini dia tak dapat kawal. Lebih tepatnya, ini bukan lagi dia.

"Jauh!!" tengking Ifyan. Dia memeluk kedua belah lututnya. Terdengar banyak bisikan dan spekulasi orang-orang.

"Awak okay?"

"Ifyan!" Ifyan mendongak. Dia kenal suara itu.

"Pa-papa..." lirihnya amat perlahan. Entah apa yang terjadi, dia merasa tubuhnya melayang. Dari posisi ini, dia mampu melihat wajah Tuan Idzad yang seakan panik itu. Perlahan-lahan mata itu mula tertutup sepenuhnya.

"ARGHHH!" Dia terjaga dari lenanya dengan nafas laju. Dia melihat sekeliling. Tempat ini dia tak kenal. Selimut ditarik menutupi tubuhnya yang masih berbalut dengan pakaian.

Bam!

"Iyan!" Ifyan terbatuk-batuk kerana rasa perit ditekaknya dan juga kerana terkejut. Qazrael dipandang. Ada Caivan juga.

"De-dekat mana? Ien dekat mana?" soalnya dalam tangis.

"Rumah aku." Ifyan menoleh memandang Tuan Idzad yang baru tiba dengan wajah datar.

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now