•|LAST ROSE - 24|•

133 17 0
                                    

QAZRAEL benar-benar tak mengizinkan Ifyan ikut dalam majlis pengebumian Caivan. Tepat setelah Ifyan melihat jenazah Caivan yang tidak lengkap anggota tubuhnya, Ifyan bagai terkena histeria dan mengamuk.

Ifyan disuntik ubat penenang dan diikat di atas katil bilik. Riyadh yang bantu menjaga dan memperhatikan Ifyan. Tuan Idzad pula sibuk mengurus majlis dan bertemu dengan keluarga arwah isterinya.

Diluar sangat sibuk hingga van jenazah datang dan mereka menuju ke tanah perkuburan.

Sementara itu, di dalam bilik Ifyan, lelaki itu sudah terjaga dan meronta-ronta serta menjerit-jerit. Luka tangan dan kakinya itu dihiraukan.

"LEPAS! NAK ABI! LEPAS! LEPASLAH! TOLONGLAH!!"

"Iyan-"

"TAK NAK! TAK NAK! NAK ABI!!" jerit Ifyan kuat. Kehilangan Caivan adalah hal yang paling berat buat Ifyan. Bagai mahu gila Ifyan saat ini.

Tangan dan kakinya ditarik-tarik. Namun, tak ada yang berubah. Yang ada, tangan dan kakinya itu terluka dan dia yang kelelahan. Kewarasan akalnya benar-benar dikuras.

"ABI! IYAN NAK ABI! ARGGHHH LEPAS! LEPASKAN! ABI! NAK ABI!!"

Riyadh mengusap lembut kepala Ifyan yang masih meronta-ronta.

"Shh... Abi nak rehat, Iyan. Izinkan abi berehat. Kesian abi tu, Iyan. Jangan macam ni. Jangan macam ni, Iyan" Tangisan kuat Ifyan memenuhi ruangan. Riyadh berlutut di atas lantai di sisi katil dan memeluk Ifyan yang tetap meronta.

"Abi..." Ifyan makin penat. Kerana menangis dan meronta, dia semakin merasakan kepenatan.

PUAS menangis, Ifyan kali ini hanya diam dengan tangan dan kaki yang masih terikat. Qazrael memerhati dari pintu bilik dan menghela nafas.

"Qaz, kesian dia." Qazrael menoleh memandang Riyadh. Dia ambil dulang makanan daripada tangan Riyadh.

"I know. But... dia boleh lost control dan bahayakan orang sekeliling termasuk diri dia sendiri. Qaz tak nak ambil resiko dan buat dia rasa bersalah." Riyadh menghela nafas berat.

"You know better, right? Just don't push him to understand. Keadaan dia tak memungkinkan untuk kita buat dia faham keadaan." Qazrael mengangguk faham. Dia tahu itu.

"Qaz bagi dia makan kejap. But... Uncle Riyadh tolong call dokter. Dia mungkin takkan makan." Riyadh mengangguk faham. Bahu Qazrael ditepuk beberapa kali.

"Iyan... Makan sikit nak?" lembut Qazrael berujar seraya mendekati katil. Ifyan tak merespon.

"Aku masakkan bubur ayam. Kalau kau tak nak, ada juga dessert. Makan sikit ya?" Qazrael mengusap kepala Ifyan.

"Iyan..." Riyadh yang memerhati dari pintu itu hanya diam. Pemergian Caivan yang mendadak buatkan Ifyan sakit.

"Iyan, aku cakap dengan kau ni. Please..." Ifyan memandang Qazrael datar.

"Aku nak abi aku," katanya dengan suara yang amat serak.

"Iyan-"

"Kau bawa abi pergi, kau ikat aku, kau jahat! Aku tak nak kau, aku nak abi!" Qazrael mengangguk faham.

"Okay. Aku bawa kau jumpa abi kau. Tapi dengan syarat. Kau makan. Lepas kau makan, makan ubat, rehat. Esok aku bawa kau jumpa abi kau. Boleh?" Qazrael cuba berunding. Ifyan tatap mata Qazrael. Jelas tiada keraguan di sana.

"Kau takkan tipu aku?" soal Ifyan. Qazrael mengangguk. "Aku takkan tipu kau."

"Aku tak nak makan." Ifyan terus menoleh ke arah lain.

"Iyan, kau kena makan. Aku takkan bawa kau jumpa dia kalau kau tak nak makan." Ifyan hanya diam seolah tak peduli.

"Iyan, please... Jangan seksa diri macam ni." Air mata Ifyan jatuh. Dia mahukan Caivan.

"Abi..." lirih Ifyan. Riyadh menghela nafas dan terus masuk ke dalam. Dia membuka ikatan pada tangan Ifyan dan memeluk lelaki itu. Belakang kepala Ifyan ditekan agar lelaki itu diam di bahunya.

"Nak abi..."

"Aku tahu Iyan faham. Aku tahu apa Iyan cuba buat. Iyan... Caivan takkan suka kalau Iyan macam ni." Ifyan teresak kecil.

"Iyan budak baik kan? Aku tahu Iyan faham keadaan. Jangan denial. Iyan tak nak sakit lebih teruk kan? Jangan macam ni. Caivan ada bagitahu aku, Iyan kena jumpa psikiatri esok kan?"

"Abi janji nak teman... Abi dah janji... Kenapa dia tipu? Iyan tak nakal... Iyan tak buat abi marah. Kenapa dia tinggal Iyan?" Riyadh usap lembut belakang tubuh Ifyan.

"Ini ketentuan Allah. Yang hidup pasti akan mati tak kurang sesaat dan tak lebih sesaat. Iyan kena faham tu. Denial cuma akan buat Iyan tambah sakit. Iyan nak ke duduk hospital? Nak?" Ifyan menggeleng. Dia perlahan-lahan membalas pelukan Riyadh.

"Iyan... nak bagi tu... bunga mawar tu..." Riyadh ukir senyuman.

"Esok kita bagi, okay? Malam ni rehat dulu, makan, makan ubat, lepastu- IYAN!"

Qazrael bergegas membuka ikatan di kaki Ifyan. Lelaki itu pengsan. Dahi Ifyan disentuh. Panas.

"Uncle, tak payah hospital. Panggil dokter je. Baringkan dia." Riyadh akur dan membaringkan Ifyan atas katil itu semula.














- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now