•|LAST ROSE - 12|•

127 15 1
                                    

HIPOTERMIA. Terlambat sikit sahaja lagi pasti bakal meragut nyawa Ifyan. Jujur, kalau tak kerana menunggu Ifyan untuk keluar, pasti semuanya bakal terlambat.

Qazrael benar-benar ketakutan saat melihat bibir Ifyan yang sudah membiru. Lelaki itu benar-benar kesejukkan di bawah pancuran air itu.

"Aku minta maaf, Iyan..." gumam Qazrael untuk kesekian kalinya. Bibir lelaki itu bahkan masih biru.

IFYAN mencelikkan mata memandang sekeliling. Kosong. Tiada sesiapa. Seluruh tubuh terasa sakit.

Dia menghela nafas lelah saat menyedari apa yang terjadi. Yang bawa dia siapa? Qazrael? Atau papanya? Atau Caivan?

Klak!

"Hai, Iyan." Ifyan hanya diam memandang dokter itu.

Air dituangkan dalam gelas dan dia membantu Ifyan minum. Ifyan hanya diam menerima setiap perlakuan itu.

"Bagi saya periksa sikit ya?" Ifyan mengangguk sekali.

QAZRAEL usap lembut kepala Ifyan. Dia biarkan Ifyan yang memeluk perutnya. Ifyan pasti hancur kerana ucapannya.

"Nak balik..." rengek Ifyan perlahan.

"Esok, Iyan. Kau masih lemah." Ifyan diam. Qazrael mengintai wajah Ifyan. Dia ketawa kecil melihat Ifyan yang mahu menangis itu.

"Iyan, tadi aku pergi rumah kau ambil baju. Aku buka peti tengok kosong. Kau makan apa?" soal Qazrael.

"Beli luar," jawabnya perlahan. Qazrael mengangguk faham.

"Esok lepas keluar hospital, kita pergi beli barang nak?" Ifyan hanya mengangguk. Qazrael tersenyum dan membetulkan selimut Ifyan.

"Tidur. Aku dodoikan." Ifyan mengangguk.

IFYAN mengeluh berat dan sedikit mendongak memandang Qazrael yang tidur memeluknya dengan erat.

"Qaz... Bangun, Qaz..."

"Ermm..."

"Bangunlah. Iyan nak pergi toilet." Qazrael melepaskan Ifyan dan tidur membelakangi Ifyan.

Entah siapa yang jadi pesakit sekarang ini. Ifyan menggeleng dan terus turun dari katil hospital mahu menuju ke bilik air di dalam wad itu.

"Iyan..." Langkah Ifyan terhenti.

"Ingat, hidup masih ada artinya. Masih banyak perkara yang kau impikan belum terwujud." Ifyan diam mengepal tangannya. Dia berpaling memandang Qazrael yang tersenyum padanya.

"I know," balas Ifyan dengan senyuman. Dia kembali melangkah masuk ke dalam bilik air.

Senyuman Qazrael mati. Entahlah, melihat setiap tindakan Ifyan seakan memicu sesuatu dalam dirinya agar terus waspada dengan tindakan lelaki itu.

Terlebih lagi saat mengingat bagaimana pucatnya wajah Ifyan. Bagaimana sejuk suhu tubuh Ifyan dan bagaimana tatapan mata menyorot kosong seakan tak mempunyai asbab dan keinginan untuk teruskan hidup lagi.

Ifyan yang sedari kecil sudah hancur semakin lama semakin hancur.

TENGAH hari itu setelah keluar hospital, Ifyan dan Qazrael terus ke supermarket untuk membeli bahan-bahan makanan. Setelahnya mereka sama-sama pulang memasak dan makan.

"Iyan, are you okay?" soal Qazrael lembut.

"I don't know..." jawab Ifyan. Fikirannya bercelaru.

Surai rambut Ifyan diusap lembut. Qazrael ukir senyuman lembut. Persis seperti apa yang papanya lakukan padanya setiap kali dia bersedih atau gelisah.

"Terima kasih sebab kuat, Iyan. Terima kasih sebab masih bertahan hidup. I'm so proud of you, boy," ucapnya lembut. Tanpa amaran, Ifyan memeluk erat perut Qazrael.

"Nak abi... Nak abi, Qazrael..." lirih Ifyan. Qazrael ketawa kecil.

"It's okay, nanti Azra call abi suruh balik cepat. Tapi, Iyan kena janji sesuatu dengan Azra."

"Apa?" soal Ifyan dengan suara yang teredam.

"Janji jangan sakitkan diri Iyan lagi. Boleh janji dengan Azra?" Ifyan mendongak memandang Qazrael. Dia teresak kecil dan mengangguk.

"Iyan nak abi..." Qazrael meraup rambut Ifyan ke belakang dan mengangguk.

"Nanti Azra call. Sekarang Iyan kena makan banyak-banyak. Lepastu makan ubat then kita main dekat luar. Ambil udara segar."

"Tak lapar..."

"Nak call abi tak?" Ifyan mencebik dan mengangguk.

"Kalau nak call abi kena makan. Okay?" Ifyan mengangguk pasrah. Dia boleh saja telefon menggunakan telefonnya. Tapi dia dah lancarkan perang dengan abinya. Dia mahu mogok.

Caivan selalu cakap busy, kerja dan lain-lain. Dia mogok. Merajuk.

"Good! Jom, pergi makan. Penat-penat Iyan masak tadi kan? Takkan tak nak makan."

"Hm... Jom, Qazrael. Nanti call abi suruh balik." Qazrael ketawa.

"Okay, jom!"









- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWo Geschichten leben. Entdecke jetzt