•|LAST ROSE - 19|•

134 14 0
                                    

IFYAN benci keadaan ini. Keadaan dimana dia perlu menerima segalanya dengan terpaksa. Keadaan dimana dia perlu faham bahawa dia tak diinginkan lagi.

Tok!

Tok!

Tok!

"Iyan... Bukalah pintu." pujuk Qazrael.

"Iyan... Aku rindu kau lah. Please... Buka pintu. Janganlah berkurung je. Iyan..." Apa jua pujukan, tawaran, semua dia abaikan.

Qazrael di luar menghela nafas. Sedalam apa luka Ifyan? Tak mungkin jika kerana papanya yang tak menerima hakikat bukan?

"Iyan... Kau tak rindu aku je? Dah lama kita tak keluar."

Klak!

Qazrael tersenyum. Ifyan membuka pintu dan terus memeluk Qazrael. Tangisan pilu dihamburkan.

"Azra..." lirih Ifyan.

"Ya? Aku dekat sini." Ifyan makin mengeratkan pelukan itu.

"Hantar aku pergi... Hantar aku pergi, Azra... Aku tak kuat..." Qazrael melerai pelukan dan menangkup wajah Ifyan.

"Kau kenapa?! Apa jadi ni, Iyan?! Kenapa banyak lebam?!" soal Qazrael saat melihat Ifyan. Lelaki itu teresak kuat.

"Bawa aku pergi... Diorang akan datang balik... Bawa aku pergi, Azra... Aku tak nak dekat sini..." lirih Ifyan seraya menggenggam erat pergelangan tangan Qazrael yang ada dikedua belah pipinya.

"Cerita dengan aku, kenapa? Siapa buat kau ni?" Ifyan menggeleng.

"Hantar aku pergi... Cepat, Azra! Aku nak pergi! Bawa aku pergi!" desaknya. Qazrael melihat Ifyan seperti kehilangan akal saja. Bagaimana tidak, Ifyan merayu-rayu, matanya melilau seolah takutkan sesuatu dan mulutnya terus merayu, terkadang terkomat-kamit mengucap sesuatu.

IFYAN sudah berhari-hari berkurung dan ketakutan. Lelaki itu juga sering menangis tanpa sebab. Sudahnya, Qazrael dan Caivan bawa Ifyan ke hospital.

Ifyan dinyatakan mengalami kemurungan yang teruk akibat rasa trauma. Tanya punya tanya, Ifyan akhirnya jujur.

Beberapa waktu lalu, ada orang pecah masuk rumah. Seperti dulu, sewaktu dia berumur tujuh tahun. Ifyan yang ketakutan tak mampu mengawal semua ini.

"Ifyan!" Tubuh Ifyan ditahan.

"Arghhhh! Ien tak gila! Ien tak gila!" Caivan memeluk erat tubuh Ifyan.

"Don't do this, Ifyan... Kepala Iyan berdarah sayang. Jangan buat macam ni," pujuk Caivan. Ifyan meronta-ronta hingga berguling-guling atas lantai dan meraung.

"Iyan! Abi dekat sini! Tengok abi! Pandang abi, Ifyan! Pandang abi!" Wajah Ifyan ditangkup. Lelaki itu masih teresak.

Tubuh Ifyan bergetar hebat. Wajah Caivan dipandang walau kabur kerana air mata.

"Tak ada sesiapa sakitkan Iyan. Abi dengan Azra dekat sini. Tak ada orang boleh sakitkan Iyan." Ifyan menggeleng.

"Ien tak nak!" Semakin laju menggeleng dan menutup kedua belah telinganya.

"Arghhhh!! Tak nak! Tak nak! Tak nak!!!"

"Iyan!"

"Tak nak! Tak nak! Ien tak nak! Ien tak gila!"

"Ifyan..." Caivan menyeka air mata dengan lengan baju. Sungguh menyakitkan melihat Ifyan begini.

"ARGHHH! TAK NAK! ARGHH! TAK NAK! TAK NAK! IEN TAK GILA! AKU TAK GILA!"

"IFYAN DAMIEN!" suara Caivan meninggi. Dia memeluk anaknya itu erat-erat.

"JANGAN SENTUH! JANGAN PEGANG IEN! JANGAN SENTUH! JANGAN SENTUH!"

"...Ifyan!" Dia tersentak. Dia pandang Caivan dan Qazrael yang menatapnya risau.

"Iyan okay?" soal Caivan. Ifyan mengangguk ragu.

Tangan Qazrael naik menyeka air mata dipipi Ifyan. Ifyan pegang pipinya yang lembab dan basah.

"I-Iyan nangis?" soal Ifyan bingung. Caivan dan Qazrael mengangguk.

"Iyan fikir apa?" soal Caivan lembut.

"Tak... Iyan cuma teringat ingatan asing waktu Iyan hampir gila..." jawabnya jujur. Caivan bangun dan terus memeluk Ifyan.

Ifyan terkedu. Sedetik kemudian, dia letakkan dagu di bahu Caivan dan tersenyum.

"Terima kasih abi... Terima kasih sebab ada untuk Iyan..." bisik Ifyan perlahan. Caivan mengangguk.

"Abi pun ucap terima kasih sebab Iyan percayakan abi untuk besarkan dan rawat Iyan macam anak abi sendiri," bisik Caivan pula. Ifyan tersenyum.

Dia pandang Qazrael yang tersenyum melihatnya berpelukan dengan abinya.

"Terima kasih juga, Azra... Terima kasih sebab selalu ada," ucap Ifyan sedikit kuat. Qazrael tersenyum dan mengangguk.

Ifyan menyelesakan diri dan menikmati pelukan hangat itu sebelum dia perlahan-lahan kehilangan kesedaran dan akhirnya tumbang.














- Continue -

[C] LAST ROSE: My Sufferحيث تعيش القصص. اكتشف الآن