•|LAST ROSE - 27|•

99 13 0
                                    

IFYAN membuka surat yang diberikan padanya itu. Dia menatap lama tulisan itu dan serta-merta air mata jatuh membasahi kertas itu.

Surat itu ada disertakan sekali dengan sekeping gambar Caivan dan Ifyan yang masih berusia 14 tahun kala itu.

Kehadapan Ifyan Damien... anak abi yang paling abi sayang. Iyan, abi tak tahu kenapa abi tulis surat ni. Tiba-tiba terdetik nak berikan Iyan surat.

Iyan, sepanjang tempoh kita bersama, jadi anak beranak, abi jadi pakcik pada Iyan, to be honest abi happy. Abi nikmati semuanya. Iyan tak salah baca, abi memang nikmati semuanya. Dimula dari kelahiran Iyan, panggilan uncle dari Iyan, tragedi yang bawa Iyan jatuh, suka duka Iyan, jatuh bangun Iyan, perjuangan dan pengorbanan Iyan...

Abi nikmati semuanya. Itu semua kenangan yang tak mampu terulang dan tak mahu diulang. Jujur, abi takut bila Iyan cakap abi ialah satu-satunya alasan Iyan bertahan hidup. Abi takut Iyan akan jadi macam dulu.

Iyan... Iyan seorang yang kuat. Sangat kuat. Andai kata, abi terpaksa tinggalkan Iyan sendirian, maafkan abi, sayang. Disamping itu, abi minta Iyan untuk doakan dan ikhlaskan abi. Iyan kena tahu, abi tak suka tengok air mata Iyan. Itu menyakitkan untuk abi yang besarkan Iyan macam anak sendiri.

Iyan... Pedulilah kata orang. Iyan anak abi. Sebab Iyan anak abi, Iyan kena ikhlas, kena reda. Ambillah masa sebanyak mana yang Iyan nak. Tapi jangan pernah kembali pada keadaan yang sama macam dulu. Abi tak ada dengan Iyan dah masa tu. Abi tak boleh lap air mata Iyan, abi tak boleh usap kepala Iyan, abi dah tak boleh tenangkan Iyan.

Abi tahu Iyan menyerah. Abi tahu Iyan serius dengan perkataan Iyan. Sebab tu abi dengan papa sampai bertengkar waktu tu. Abi minta maaf... Tapi papa Iyan yang mula. Dia marah abi sebab abi panggil Iyan anak. Dia yang tak peduli selama ni. Abi ni abi Iyan. Selamanya akan macam tu. Jadi abi balas...

"Ifyan Damien anak aku. Selamanya akan jadi anak aku."

Cool kan abi? Iyan, kalau betul Iyan sayangkan abi, apa pun yang jadi ke depannya, apa pun yang mendatang, abi harap Iyan tak kembali pada situasi yang membebankan diri Iyan macam dulu. Macam waktu Iyan kehilangan arwah mama. Iyan... selamat hari lahir, sayang...

Selamat hari lahir anak abi. Tumbuh besar jadi seorang yang kuat, Iyan. Untuk abi. Hehe... Entah kenapa firasat abi kuat mengatakan yang surat akan sampai pada Iyan bila abi dah tak ada. Abi harap semua tak berakhir secepat tu. Abi nak tengok Iyan pegang ijazah... Abi nak tengok Iyan kahwin dan hidup bahagia dengan keluarga yang Iyan bina. Tapi abi rasa macam tak sempat.

Yang benar, abi Iyan
yang paling hensem.

Ifyan teresak-esak menangis membaca surat itu. Sakit, terharu, sedih dan gembira. Ifyan tak dapat tafsir perasaan itu. Yang pasti, ini sedikit membantu.

"Abi... Iyan sayangkan abi. Maafkan Iyan, abi..."














- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now