•|LAST ROSE - 17|•

127 16 0
                                    

TUAN Idzad merengus geram. Ifyan masih tak putus asa? Dia benci melihat kesungguhan Ifyan itu. Lagipula, tiada bukti nyata bahawa Ifyan itu anaknya.

"Betul, papa baru pertama kali jadi seorang ayah, papa baru pertama kali dapat anak. Betul... lyan tahu. Bukan keinginan papa untuk dapat anak macam lyan. Tahu... lyan tahu. Sebab lyan sedar ibu bapa tak boleh memilih siapa anak dia. lyan faham. Tapi, papa faham ke?"

"Hm? Papa faham ke apa yang papa cakap? Kalau papa cakap macam tu, lyan pun boleh, pa. lyan pun baru pertama kali jadi seorang anak... lyan baru pertama kali jadi manusia. lyan juga tak boleh pilih siapa ibu bapa lyan... Pa, kita sama-sama baru pertama kali... Tak adil untuk lyan kalau lyan je yang perlu faham..."

"Bukan ke anak tu amanah dari Allah? Bukan ke anak patutnya berhak untuk rasai kasih sayang ibu bapa diorang? Kan? Tapi... kenapa lyan tak?"

"Kenapa papa buat macam lyan langsung tak layak untuk semua tu? Bukan keinginan lyan pun masa kelam tu jadi. Kalau papa cakap yang papa malu ada anak macam lyan, kenapa papa tak buang je dari dulu? Kenapa beri alasan ragu dengan status lyan? Kenapa papa tercari-cari kesalahan lyan? Teruk sangat ke anak macam lyan? Teruk sangat ke Iyan sampai papa rasa malu?" soalnya.

Ifyan mula teresak. Dia pandang papanya yang hanya diam itu. Sesak dadanya mendengar setiap tutur kata papanya itu. Tepat menusuk jiwa. Menghancurkan kekuatan yang dibina.

"Iyan tak minta hidup macam ni, pa. lyan tak minta orang datang pecah masuk rumah, buat benda terkutuk tu pada mama, pada lyan, tak pernah, pa, tak pernah... I was seven that time... lyan yang patut tanya papa..."

"Mana papa waktu tu? Mana papa bila mama perlukan papa? Mana papa bila lyan perlukan papa? Mana? Papa tak ada! Papa tak pernah ada waktu lyan dengan mama berjuang untuk maruah kami, untuk hidup kami. Papa tak ada..." Ifyan diam beberapa saat sebelum menatap tepat ke dalam mata papanya itu.

"Adil ke papa pertikaikan masa kelam tu, pa? Adil ke bila papa sendiri tak ada waktu lyan berjuang mati-matian untuk lepaskan trauma dari apa yang jadi tu? Adil ke bila lyan hidup bertarung dengan rasa takut, rasa nak mati, tapi papa tak ada? Adil?"

"Adil ke papa persoalkan apa yang jadi pada lyan?! Adil ke papa pertikaikan lyan?! Adil ke papa cakap lyan kotor sedangkan papa tak ada dekat situ untuk tolong kami pertahankan maruah kami. Adil ke, pa?! Iyan cuma minta kasih sayang dan perhatian papa... itu je..."

Ifyan teresak kencang. Dia mencengkam dada yang semakin terasa sesak. Tuduhan dan penghinaan yang dia dapatkan hari ini benar-benar buatkan dia sakit. Papanya kembali membuka luka lama dari dirinya. Dia kembali merasa hina dan jijik dengan dirinya sendiri.

"Sumpah, demi Allah, pa... Sakit... lyan sakit dengan setiap tutur kata papa tadi. Sumpah. Wallahi... sakit.... sakit sangat, pa..."

Kata-kata Tuan Idzad benar-benar menusuknya dengan dalam. Terlalu sakit untuk ia bersuara lagi. Semua ini terlalu menyakitkan.

"Tak payah nak buat drama murahan dekat sini. Kau dah terlalu kotor untuk dibersihkan, Ifyan. Lebih baik kau pergi, berhenti ganggu hidup aku! Mati lebih bagus! Berhenti kotorkan dunia dengan kehadiran kau yang menjijikkan!" ucap Tuan Idzad dan terus berlalu keluar dari rumah.

Ifyan ditinggalkan lagi dengan kata-kata yang begitu menyakitkan. Salahkah apa yang dia lakukan? Salahkah apa yang dia cuba buat?

"Iyan!" Ifyan tersentak dari lamunannya. Dia pandang Caivan yang memanggilnya kuat. Dia tersengih.

"Haih... Iyan buat apa ni? Abi penatlah, Iyan. Kenapa buat macam ni?" soal Caivan. Ifyan menggeleng dan memeluk Caivan.

"Jangan nakal, Ifyan. Abi tinggal nanti." Ifyan mendongak memandang Caivan. Dia menggeleng laju.

"Jangan..." rengeknya.

"Kalau tak nak kena tinggal, jangan buat perangai macam ni. Bahaya kaca tu semua, Ifyan. Tengok, berdarah dah tangan Iyan. Abi tak suka tengok anak abi luka." Ifyan mengangguk faham.

"Jom, abi ubatkan." Ifyan akur sahaja. Wajah abinya sedikit pucat. Dia rasa bersalah kerana itu. Andai saja masa lalu tak kembali terkenang. Dia takkan begini.

"Abi... Iyan minta maaf."

"Hm." Ifyan diam. Pasti Caivan marah padanya.














- Continue -

[C] LAST ROSE: My SufferWhere stories live. Discover now