CHAPTER 38

389 9 0
                                    

VOTE PLEASE ⭐

"Eh ibu. Lama dah ke duduk dekat situ" tanya Darren seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"tak lama pun tapi cukuplah ibu dengar yang Rora nak makan aiskrim dan Darren nak pergi belikan aiskrim untuk Rora"

Darren dan Aurora berpandangan sesama sendiri. Maknanya lama jugalah ibu berada di pintu itu.

Macam mana lah Aurora boleh tak perasan. Mana nak perasaannya dah kalau otak tu fikir pasal aiskrim je.

"Ibu nak turun masak ni. Kalau Darren pergi beli jugak aiskrim tu tahulah ibu nak buat apa"

Setelah memberi amaran buat kali kedua, Puan Sri Sofia mula berlalu ke dapur.

"Abang..." panggil Aurora sayu.

"Tak lama dah sayang. Lagi tiga hari je lagi. Lepas tu sayang nak makan aiskrim satu peti pun boleh. Abang izinkan" Darren usap kepala Aurora.

Mata tertumpu ke arah Darrel apabila anaknya mula merengek.

Darrel diambil lalu didukung oleh Darren. Paha anaknya ditepuk perlahan.

"Hensem kan anak kita abang?" pipi anaknya dicium bertalu-talu.

"tengok daddy dia lah" Darren mula berlagak. Mestilah hensem ikut dia. Takkan ikut muka jiran sebelah pulak.

"Nasib daddy dia hensem kalau tak..."

"ha sambung kalau berani. Abang geletek sayang sampai menangis baru tahu" ugut Darren. Nak cakap aku ni tak cukup hensem ke apa?

Kalah Jungkook BTS tau!

"mana aci main ugut ugut macam tu" cebik Aurora.

Mentang-mentang lah dia tak boleh bergerak sangat. Main ugut ugut pulak dah

"aci je" jawab Darren sengaja mengusik isterinya.

Geram dengan usikan itu terus badan Darren digeletek oleh Aurora. Ugut orang sangat kan. Kan dah mendapat.

Darren memang tak boleh membalas lah kerana anaknya masih lagi dalam dukungannya.

Bergema gelak ketawa Darren apabila digeletek Aurora. Nasib kau lah Darren.

"Darren...Rora mari turun makan. Ibu dah siapkan makanan tengah hari ni" panggilan daripada Puan Sri Sofia dari luar memberhentikan tindakan mereka.

"Okay, ibu. Kejap lagi Darren dengan Aurora turun" jawab Darren.

"Darrel macam mana?" tanya Aurora. Takkan nak tinggalkan anak mereka seorang diri dalam bilik ini.

Buat ke terjadi apa-apa perkara yang tak diingini. Menyesal tak sudah mereka nanti.

"Biar abang suap sayang makan kejap lagi. Nanti sayang boleh pegang Darrel cadang Darren lalu bangun.

Dia membantu isterinya untuk bangun sekali. Tangan kiri memegang Darrel dan tangan kanannya dijadikan tempat untuk Aurora berpaut.

Kebiasaannya mereka hanya makan di dalam bilik sahaja tetapi memandangkan sudah lama Aurora tidak makan sekali bersama ahli keluarga yang lain sebab itulah harini mereka makan di bawah.

Aryann dan Delaila turut ada memandangkan Aurora menjemput mereka untuk makan bersama.

"Adik tak makan ke?" soal Aryann apabila tiada pinggan tersedia di hadapan adiknya.

"Adik share pinggan dengan Darren je" jawab Aurora.

"amboi, comel betul" usik Aryann. Suka betul dia melihat hubungan Darren dan Aurora. Terserlah kebahagiaannya.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now