CHAPTER 30

473 16 3
                                    

VOTE PLEASE ⭐

"Dah kenapa muka kau ni? Macam ayam berak kapur je dari tadi" tanya Ean.

Mikael hembus nafas perlahan. Kepalanya berserabut memikirkan tentang Mawar. Hubungan mereka juga semakin hari semakin jauh. Semuanya berpunca daripadanya yang tidak reti nak dengar penjelasan daripada Mawar.

"gaduh ngan Mawar?" duga Darren. Mikael mengangguk perlahan apabila tekaan Darren tepat.

"apa lagi masalah yang kau buat kali ni?" soal Ean. Kawannya yang sorang ini memanglah. Takde masalah nak cari masalah lepas tu mula lah pening memikirkan jalan penyelesaian.

"aku termarah dia sikit je"

"sikit?"

"takdelah sikit pun tapi boleh lah tahan" jawab Mikael.

"aku dah agak ini mesti berpunca daripada kau ni" Ean menggelengkan kepalanya. Dengan dia sekali pening.

"dah dia tu tak nak mengaku. Aku ternaik suara sikit je" Ujar Mikael membela dirinya.

"we know you" celah Darren.

"Okay, fine. Aku salah. Aku yang marah dia dulu sebab aku sakit hati bila dia tak nak mengaku yang dia pergi jumpa dengan mak ayah dia" terang Mikael.

"lah apa salahnya dia pergi jumpa dengan mak ayah dia. Itu kan orang tua dia?" Ean mula pelik.

"kau ni karang kene ngan aku. Kalau itu mak ayah kandung dia aku okay lagi tapi ni bukan. Itu cuma mak ayah yang jaga dia dari kecil je tahu tak" Ujar Mikael.

"mana Rahimi tu sekarang?" soal Darren serius. Orang tua tu jumpa dengan Mawar pasti ada perkara lain yang dimahukannya. Bukan dia tak kenal dengan perangai kaki judi itu.

"entahlah. Malas aku nak ambik tahu" jawab Mikael mudah. Daripada dia sibuk-sibuk ambil tahu pasal Rahimi lebih baik dia ambil tahu pasal Mawar.

"better you take care more about Mawar" pesan Darren.

"Itulah apa yang aku cuba buat sekarang"

"siapa pulak dah Rahimi ni. Aku ada tertinggal bas ke ni?" Ean pandang kedua orang sahabat dengan pandangan yang pelik.

"takde siapalah. Kau makan je spaghetti tu diam-diam"

Ean melontarkan jelingan tajam kepada Mikael. Nak marah kita pulak dah. Dia yang duk bincang benda yang aku tak tahu.

"aku rasa Rahimi tu ada plan something sebab dia tiba-tiba je rapat dengan Mawar" Ujar Darren.

"yes, I know. Masalahnya sekarang ni Mawar merajuk dengan aku sebab kes aku marah dia haritu" Mikael melonggarkan tali lehernya.

"pandai buat pandailah tanggung" celah Ean.

"nantilah aku fikirkan cara macam mana nak pujuk Mawar"

Tiga sekawan itu sambung makan kerana selepas itu mereka sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Aurora memeluk erat tubuh sahabatnya. Sudah lama mereka berdua tidak bersua muka.

"makin tembam eh kau sekarang ni. Aku nak jadi mama ke ni?" usik Delisha.

"hish kau ni, mana ada lah. Belum ada rezeki lagi" senyum Aurora.

"tak lama lagi ada lah tu. Aku tengok kau dengan Darren pun kemain rapat sampai tak boleh berpisah. Ini pun mujur dapat keluar sekali"

"Aku bosan duduk rumah. Itu aku minta izin nak keluar dengan kau" terang Aurora sambil memeluk lengan Delisha.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now