CHAPTER 12

542 27 0
                                    

Sudah hampir 2 minggu Darren dan Aurora tidak bersua muka. Kali terakhir pun masa Darren hantar Aurora ke rumahnya.

Dia sibuk dengan kerja di office. Mummynya pun tak pelawa dia untuk keluar bersama. Kebiasaannya Datin Orkid akan memaksanya untuk keluar bersama tetapi semenjak akhir-akhir ini tiada pelawaan pun dari mummynya.

"Tuan" suara Raykal mengejutkan lamunan Darren.

"yes"

"Tuan ada meeting pukul 12 nanti di Aryann's Hotel" ujar Raykal menerangkan jadual waktu Darren.

"Aryann's Hotel?" tanya Darren meminta kepastian.

Raykal angguk. "ye Tuan. Tuan ada meeting di Aryann's Hotel " ulang Raykal lagi sekali.

Darren bermain dekat pen nya. Macam kenal je siapa pemilik Aryann's Hotel ni.

"Kalau takde apa-apa saya keluar dulu ye Tuan" kata Raykal meminta diri.

"Aryann..Aryann..Aryann" Darren pejam mata untuk mengingati nama Aryann. Baru dia teringat yang dia ada seorang kawan bernama Aryann tetapi dia sudah lama tidak berhubung kerana Darren balik ke Malaysia.

Dia melihat jam di dinding. Baru pukul 10. Masih ada masa lagi. Dia pun menyambung buat kerja yang tergendala. Lagi pun jarak Aryann's Hotel bukan jauh mana.

Tepat pukul 11.50 Darren sudah sampai di Aryann's Hotel. Semasa dia sampai dia disambut oleh seorang pekerja.

"Tuan Darren?" soal pemuda yang memakai tag nama Aliff itu.

"yes" jawab Darren.

"Tuan boleh ikut saya. Tuan Aryann sudah menunggu di bilik mesyuarat" ujar Aliff sambil memberi senyuman manis.

Darren hanya angguk dan mengikut langkah pemuda itu. Ini kali pertama dia sampai di hotel ini kerana sebelum ini syarikat dia tidak berkerjasama dengan mana-mana syarikat perhotelan. Baru sekarang dia tergerak hati.

Pintu bilik mesyuarat dibuka dan dia melihat kerusi CEO dihadap ke cermin besar yang boleh menampakkan permandangan di hotel.

"Tuan Aryann. Tuan Darren dah sampai" lapor Aliff.

"okay, close the door" arah Aryann. Setelah mendengar pintu tertutup dia memusingkan kerusinya.

"it's been a long time right?" senyum Aryann.

Darren hanya menayangkan riak biasa. Dah agak yang Aryann's Hotel ni kepunyaan lelaki ini.

"come on, bro. Takkanlah kau tak rindu aku" Aryann menghampiri Darren. Baru dia mahu menepuk bahu Darren, Darren terlebih dahulu memegang kuat tangan Aryann.

"ADUHH, sakit bongok" jerit Aryann. Aku baru nak bermanja dengan dia. Kita ni sudahlah rindu kerana sudah lama tidak berjumpa. Boleh pulak dia cengkam tangan aku kuat-kuat.

"orang baru jumpa bagi salam bukan it's been a long time right?" Darren ajuk kata-kata Aryann tadi.

Auch. Pedih pulak rasa hati Aryann. Janganlah savage sangat. "okayy aku tukar. Assalaamualaikum kawanku"

"waalaikumussalam" jawab Darren.

"tak berubah-ubah kau ni. Still perangai beku kau tu" geleng Aryann. Macam mana lah perempuan nak dekat kalau macam ni punya perangai. Memang bujang ke tua lah kau, Darren. "kau single lagi ke? ke dah berpunya?"

"so shall we start our discussion?" Darren ubah topik. Aryann jeling ke arah Darren. Nak lari dari soalan aku lah tu.

Setelah hampir sejam mereka berbincang tentang projek baru, Aryann mengajak Darren untuk makan bersama di hotelnya.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now