CHAPTER 36

372 8 2
                                    

VOTE PLEASE ⭐

Terjerit kecil Aurora apabila memetik strawberi di ladang strawberi itu. Sampai penuh bakul dengan strawberi.

Inilah kali pertama dia datang ke Cameron Highlands. Selama ini dia hanya mampu berangan-angan sahaja. Nak pergi hanya dalam mimpi sajalah yang dia boleh.

Nak harapkan siapa bawak dia? Dulu-dulu sebelum dia berjumpa dengan Darren dia hanya tahu kerja sahaja demi menyara hidup.

Kalau tak kerja tak makanlah dia. Dia tiada sesiapa ketika itu. Asal usul pun dia tidak tahu. Orang yang menjaganya sudah pun meninggal jadi sebab itulah dia membawa diri ke Kuala Lumpur.

Dan tup...tup terjumpa dengan Darren. Semenjak itulah hidupnya berubah. Daripada tak pernah merasa erti kehidupan sebenar terus dapat merasa apabila Darren hadir dalam hidupnya.

"abang besarnya yang tu" ujar Aurora teruja sambil mendekati Darren yang sedang memetik buah strawberi yang besar itu.

"Kan. Abang rasa yang ni paling besar dalam semua yang kita petik tadi"

Aurora angguk mengiyakan kata-kata Darren. Yang dia dapat kecil. Mana tak nya asal ade sahaja strawberi yang berwarna merah terus dia petik.

"Cukuplah ni sayang. Banyak sangat dah tu sampai tak muat bakul"

"Okay lagipun Aurora dah lapar ni" sengih Aurora.

"kita bayar then kita pergi makan" putus Darren. Kesian isterinya kelaparan.

Setelah selesai buat pembayaran, mereka berdua pun pergi mencari kedai makan yang terletak di Tanah Rata.

Nak sampai ke malam ni banyak lagi masanya. Sekarang baru pukul 2 petang. Nak buat apa pun mereka tidak tahu.

Kalau nak berjalan-jalan dia okay sahaja tapi dia memikirkan keadaan isterinya. Dengan membawa perut yang besar. Nak berjalan lagi. Risau Aurora tidak larat sahaja.

"Abang jom pergi Taman Lavender nak tak?" soal Aurora.

"sayang larat lagi ke? Abang risau keadaan sayang je. Kaki tu makin bengkak nanti" Ujar Darren dengan nada kerisauan.

"bolehlah abang. Aurora tak pernah pergi situ. Takde siapa pun nak bawak Aurora" kata Aurora dengan nada sayu. Kepala ditundukkan ke bawah.

Laju tangan Darren diangkat lalu mengusap lembut kepala Aurora. Dia tahu Aurora tengah sedih. Nak tahu Aurora tengah bersedih senang je. Kalau kepala ditundukkan itu bermaksud dia tengah bersedih dan tiap kali Aurora bersedih pasti dia akan mengusap kepala isterinya bagi menenangkan Aurora.

"Abang? Abang kan boleh bawak Aurora"

"tapi tadi abang tak nak bawak Aurora" Kepala didongakkan memandang ke arah Darren.

Air mata Aurora diusap perlahan dengan menggunakan ibu jari Darren.

"mana ada abang tak nak bawak. Abang boleh je bawak tapi sayang tu. Larat ke nak jalan?"

Kepala Aurora angguk beberapa kali.

"Kalau kaki sakit macam mana?" soal Darren lagi.

"abang kan ada. Abang lah tolong urutkan. Abang urut sedap. Boleh hilang sakit kaki Aurora" puji Aurora. Ambil hati duluan...

"amboi dia. Puji lebih-lebih ni saje je kan sebenarnya?" Darren cuit hidung mancung Aurora. Isteri siapa comel sangat ni?

"hehe betul lah tu. Jom lah abang. Aurora dah siap makan ni" ajak Aurora lagi.

Sakit kaki tu belakang cerita. Asalkan dapat pergi itu pun dia sudah bersyukur.

"Okay, fine"

Akhirnya Darren bersetuju. Demi Cinta hati yang seorang ini. Kalau tak diikut nanti panjang pula muncungnya.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now