CHAPTER 9

564 31 4
                                    

VOTE PLEASE ✓

Darren merengus kasar. Sudahlah dia penat drive sesorang. Dari kereta lagi dia dah berangan nak landing atas katilnya. Sampai je rumah, dia melihat rumah neneknya seperti tiada orang.

Apa paling tak boleh bla nya ada perempuan duduk di biliknya. Dia sudahlah tidak suka kalau berkongsi barang. Siapa pulak yang berani duduk dalam biliknya.

Dia tanya tak reti nak menjawab so dia gunakan cara kasar. Baru lah reti nak beri tindak balas.

"aduhh" jerit perempuan itu akibat terhentak kepala di meja. Apabila gadis itu pusing belakang mahunya luruh kejap jantungnya.

"Aurora?" panggil Darren dengan nada terkejut. Macam mana pulak si budak pendek ni ada dekat sini?.

"eh awak" jelas sekali riak wajah Aurora yang turut terkejut itu.

"apa kau buat dekat sini?. Dekat bilik aku pulak tu" soal Darren hairan. Setahu dia, dia tiada sepupu jauh. Kalau ada pun semua dia kenal. Wait, don't tell me yang Aurora anak angkat mummy.

"nenek yang suruh saya duduk dalam bilik ni? Dia kata ni bilik boboy" jawab Aurora.

Darren mengetap bibirnya. Aduh, nenek ni. Baru nak control macho. "ni bilik aku"

"oh awaklah boboy tu ye" senyum Aurora. Muka beku tapi sekali nama panggilan Boboy. Comel.

"tch, dah keluar" halau Darren. Aku nak tidur ni, penat.

"halau kita pulak. Kita yang sampai dulu" cebik Aurora lalu melangkah ke muka pintu.

Selepas sahaja dia keluar dari bilik lelaki itu, dia dikejutkan dengan suara seorang wanita.

"Woi, perempuan. Kau buat apa dalam bilik anak sedara aku" Mata puan Melur mencerlung ke arah gadis yang berada di hadapannya ini.

"sa... saya tak buat apa-apa pun" ujar Aurora tergagap-gagap. Dia berasa takut akan wanita ini. Di sebelahnya ada seorang gadis yang lebih kurang sebaya dengan dirinya.

"kau ingat aku tak tahu yang kau nak mengorat Darren" memetir suara Puan Melur.

"mama, tengoklah dia nak mengorat abang Darren" adu Puteri.

"takpe. Dia takkan dapat kahwin dengan Darren. Mama akan pastikan benda itu tak berlaku" Puan Melur mengusap lembut tangan anaknya.

"KAU BUAT APA DEKAT SINI, HA PEREMPUAN!" tengking Puteri sambil menolak bahu Aurora.

Dia tidak puas hati dengan perempuan yang maklang bawak balik ini. Bukan apa tetapi dia tidak suka ada orang lebih cantik daripadanya.

"saya ikut mummy je" jawab Aurora takut-takut.

"berani kau panggil maklang tu mummy. Kau ingat kau sape?" marah Puteri lalu mengangkat tangannya mahu menampar pipi Aurora.

Aurora memejam matanya kerana takut tetapi takde pun tangan yang hinggap di pipinya. Haih, nak sangat ke, Aurora?.

"Don't you dare to touch my sister" Darren memandang tajam ke arah Puteri. Berani dia nak tampar adik aku. Meh hadap abang hot ni dulu.

"Apa yang kau buat ni Puteri?" celah Nek Kemboja di muka pintu. Dari tadi lagi dia, Datin Orkid dan Dato Danish menyaksikan Puan Melur dan Puteri memarahi Aurora.

"eh mak. Ma..ma..mana ada. Kitaorang tak buat apa pun. Budak ni ha yang kurang ajar" dalih Puan Melur. Aduh, mampus aku kalau mak nampak segala yang jadi tadi.

"apa kau ingat aku rabun?" sinis Nek Kemboja. " walaupun aku dah tua tapi aku tak pernah mintak bantuan cermin mata kalau nak baca surat surat khabar. Tak macam kau. Hebat lagi aku ni ha. Tak rabun tak buta" sindir Nek Kemboja sedas.

CARL DARREN : HIS AURORA Where stories live. Discover now