CHAPTER 17

522 23 6
                                    

VOTE PLEASE ✓

"Aurora, anak abah" panggil Tan Sri Arqann. Dia melihat segalanya. Bukan dia sahaja malah semua orang di rumah itu turut melihatnya.

"Mummy, beb...betul ke ni family Rora?" Aurora memandang Datin Orkid meminta jawapan.

"ye, sayang. Ini lah family Rora yang selama ni Rora cari" jawab Datin Orkid.

Melihat reaksi Aurora yang senyap itu membuatkan merek semua mula kerisauan.

"kenapa ni, Rora" tanya Dato Danish pula. Aurora hanya menggeleng sambil menutup mata. Dia menyeka air mata dan menarik nafas lalu dihembuskan perlahan-lahan.

"ibu, abah" panggil Aurora lembut. Mereka semua terkejut dengan panggilan yang keluar dari mulut Aurora. Darren tersenyum melihat riak bahagia pada wajah gadis itu. Dia tidak pernah lihat lagi wajah Aurora segembira itu.

Tan Sri Arqann sujud syukur. Ya allah,  kau telah makbulkan doa aku selama ini. Setiap hari dia berdoa agar Allah SWT pertemukan dia dengan anak perempuannya. Allah SWT sudah dengar doa dia selama ini.

Pasangan suami isteri itu terus memeluk erat tubuh Aurora. Anak mereka yang hilang 22 tahun lalu sudah jumpa. Anak yang hilang akibat diculik semasa mereka bercuti.

"Rora rindukan ibu abah" Ujar Aurora sebak. Dia mencium pipi kedua orang tuanya. Ya allah, sungguh aku gembira dengan pemberian-Mu ini.

"adik tak nak peluk abang ke?" celah Aryann. Matanya sudah basah dengan air mata. Aurora panggung kepala.

"abang ni abang Rora ke?" soal Aurora terkejut. Jadi maknanya selama ini dia sudah berada dekat dengan keluarganya.

"dia abang Rora. Abang kandung Rora" Ujar Tan Sri Arqann.

Aurora berlari ke arah abangnya. Aryann membalas pelukan adik yang selama ini dia cari. Dia tidak kisah orang pandang dia sebagai lemah kerana mengalirkan air mata. Dia sudah cukup merana selama ini dalam mencari adiknya.

Darren menepuk bahu Aryann tanda memberi sokongan. Tipulah kalau Darren tidak berasa sebak langsung. Mahu sahaja dia mengalirkan air mata tetapi dia harus control macho. Balik nanti baru dia nangis.

"alhamdulillah, kita dah bersatu kembali" ucap Tan Sri Arqann sambil memeluk isterinya.

"kalau macam tu kami tinggalkan Aurora dekat korang. Aurora pun dah jumpa keluarga dia jadi eloklah kami minta diri dulu. Mesti banyak cerita yang korang nak share" Dato Danish berkata.

"terima kasih sebab dah jaga anak aku selama ni" Tan Sri Arqann memeluk Dato Danish.

"no hal lah. Bukan susah pun jaga Aurora ni"

"aku balik dulu ye, Fia" Datin Orkid bersalaman dengan Puan Sri Sofia.

Apabila kereta milik Dato Danish keluar dari perkarangan rumah Tan Sri Arqann. Aurora memeluk erat tubuh ibunya. Sungguh nyaman sekali dia rasa.

"ibu, abah"

"ye kenapa, sayang" Puan Sri Sofia mengusap lembut kepala anaknya.

"boleh tak kalau malam ni Rora nak tidur dengan ibu abah" permintaan daripada Aurora membuatkan mereka tersenyum.

"boleh sayang. Ibu pun teringin nak tidur dengan anak ibu ni"

"alah, abang nak tidur dengan ibu abah jugak" Aryann berpeluk tubuh. Dia pun nak bermanja dengan adiknya.

"jangan nak mengada. Ayan tu dah ada isteri. Pergi tidur dengan isteri Ayan" halau Tan Sri Arqann. Manja sampai ke tua!

"tapi Ayan dah lama nak bermanja dengan adik" balas Aryann.

CARL DARREN : HIS AURORA Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora